Segamat, 17 Okt: Rumah Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masood, telah dilontar cat merah dipercayai dilakukan pihak-pihak yang begitu marah setelah merasakan pengaruh mereka tergugat dan tercabar berikutan kehadiran dua tokoh Pakatan Rakyat, baru-baru ini.
Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 10 Oktober dan diikuti dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dua hari kemudian (12 Oktober), benar-benar telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak terbabit sehingga bertindak di luar batas moral.
Terdahulu dari itu Firdaus turut mendakwa menerima ugutan melalui telefon termasuk membakar pejabatnya jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah oleh Mohamad Sabu pada 10 Oktober lalu.
Firdaus ketika ditemui di rumahnya kelmarin memberitahu, beliau tidak akan lemah semangat dengan ugutan-ugutan itu sebaliknya akan meneruskan perjuangan untuk menjatuhkan Umno BN Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Ugutan dan simbahan cat ini adalah petanda bahawa Umno BN memang dalam keadaan yang sangat terdesak sekarang ini, sebab itu mereka cuba menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan mereka selama ini.
“Mereka cuba menghalang program ceramah kita kerana menyedari Segamat adalah kawasan hitam bagi mereka” katanya.
Firdaus yang juga pengamal undang-undang seterusnya menyifatkan, tindakan itu merupakan permulaan kepada cabaran-cabaran yang mungkin lebih besar lagi selepas ini, namun terus bertekad untuk meneruskan perjuangan.
“Perjuangan ini akan tetap diteruskan bahkan insiden yang berlaku ini akan menambahkan lagi semangat juang setiap pendukung PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Segamat ini,” ujarnya.
Ekoran insiden itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Segamat, kira-kira jam 1.00 petang kelmarin.
Pada satu majlis di Labis, 7 Oktober lalu, seorang petugas Jabatan Amal Johor, Shahril Sulaiman, tercedera dan menerima tujuh jahitan setelah dilontar dengan objek keras ketika cuba menghalang kira-kira 50 penunggang motorsikal yang cuba membuat bising untuk mengganggu majlis tersebut.
Sementara itu cubaan untuk mengganggu ceramah Mohamad Sabu di Kampung Tahang Rimau Segamat pada 10 Oktober lalu berjaya digagalkan, kehadiran ratusan petugas Jabatan Amal dan Angkatan Muda Keadilan yang mengawal lalu lintas menyebabkan taktik sama yang cuba dilakukan kumpulan penunggang motosikal untuk membuat bising bagi mengganggu ceramah, tidak menjadi. -HD

Gambar : Disebalik Bantahan,Ceramah Guan Eng Di Johor Dapat Sambutan Hebat
Beratus penduduk Segamat (Pencacai UMNO kot..) yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng ke Segamat, Johor.
Bagimanapun beratus penduduk Segamat itu hanya berani menyalak diluar saja.. kerana ada beratus-ratus lagi rakyat Johor yang menantikan kehadiran Guan Eng didalam Dewan tersebut dan Guan Eng berjaya memasuki dewan dengan selamatnya..ASD
Sumber gambar : KL Pos, Pulakdah dan Kami Benci Saiful Bukhari
Selatan Online
cari siapa buat kerja tu.
BalasPadamdapat, belasah cukup2.
tapi jangan sampai mati.
patutnya pr tubuh
komando berani mati.
lawan perkosa, lawak pukida.
jangan biar haramjadah tu
terlepas gitu aje.
jika ada apa2 majlis umno/bn
ganggu, kacau dan huruharakan.
barulah ini dikatakan anak jantan.
buku bertemu dengan ruas.
umno/bn mulakan kerja
kotor tu, bukannya pr.
alang2 menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan.
Hi! hi!tak dapat tanduk telinga dipulas...tindak tanduk org yg pengecut..
BalasPadamDasar tak ada telor,
BalasPadamMain pukul curi2
Bikin malu betol la puak2 umno ni.
Ambo tumpang gembira dengan suasana dan senario ini.
BalasPadamInilah keadaan yang buktikan bahawa Pas akan bertapak kukuh di bumi Johor selepas ini.
Keadaan sama berlaku ke atas negeri Kelantan di awal tahun 60an dan 70an dahulu.Ceramah dan orang Pas sering teraniaya dan diperlakukan hudoh seperti negeri tanpa undang-undang dan peraturan.
Semuanya berpihak kepada Umno.Tiada respon daripada pihak berkuasa sekalipun berpuluh laporan diajukan.Namun dengan ketabahan dan kekuatan iman orang-orang Pas terdahulu,panji kemenangan Pas sudah berkibar di bumi Che Siti Wan Kembang melepasi 22 musim.
Ayuh pendokong pas Johor ...
Tunjangkan ketabahan dan keimanan sedalam mungkin ke lubuk hati mu.. dengan harapan, sinar kebenaran akan terserlah di hujung nanti !
Yang buat kerja kotor ni kena faham betul-betul.Rumah-rumah pemimpin UMNO lebih besar dan hebat.Kalau tindakan balas kelak dilakukan,jangan salahkan sesiapa,tapi diri sendiri.Masanya akan tiba yang dizalimi akan hilang sabar.Kerja kotor macam ni semua orang boleh buat,cuma mau tak mau aje.
BalasPadam