PAS akan rujuk Zul Noordin ke JK Hak Parlimen
KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS dan Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul bagi menghadapkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas kenyataannya yang mengelirukan Dewan Rakyat.
Ianya berhubung kenyataan ahli parlimen bebas itu yang mengatakan bahawa "hudud PAS menghalalkan suami meliwat isteri" dan "Mukallaf bagi PAS berumur 18 tahun" ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau mendakwa merujuk kepada 'draf' dan 'enakmen' Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 yang dibuat sewaktu PAS memerintah negeri itu.
"Ini satu kenyataan yang cukup memalukan yang dikeluarkan oleh orang Islam untuk memalukan Islam itu sendiri.
"Kita anggap Kulim-Bandar Bharu sebagai pembohong," kata Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada sidang media di parlimen.
Turut serta pada sidang media itu Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), dan Azan Ismail (PKR-Indra Mahkota).
Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, mereka akan menunggu hansard parlimen esok sebelum mengemukakan usul tersebut di bawah perkara 26 (1b) peraturan mesyuarat.-HD

Isu liwat isteri: Pakatan mahu Zul ke JK parlimen
Ahli parlimen Pakatan Rakyat akan memfailkan usul untuk merujuk ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen kerana didakwa membuat kenyataan berniat jahat di Dewan Rakyat.
Ia ekoran rentetan kepada ucapan Zulkifli di dalam dewan sebelum itu yang antara lainnya menyebut bahawa hukum hudud PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Zulkifli berkata demikian dengan membangkitkan Seksyen 14 Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir, 2002.
Kenyataannya itu menyebabkan dewan gamat apabila ahli parlimen Pakatan Rakyat bangun dan membantah dakwaan berkenaan.
Zulkifli mendakwa beliau membacakan klausa undang-undang itu daripada naskhah enakmen yang diluluskan negeri Terengganu pada tahun berkenaan.
Beliau juga turut mengulangi kenyataanya tersebut dalam sidang media di bangunan parlimen selepas itu.
"Liwat ialah kesalahan merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan lelaki lain atau seorang lelaki dengan seorang perempuan lain yang dilakukan di luar tabii, melalui dubur.
"Maknanya liwat bagi enakmen hudud PAS ini, lelaki dengan lelaki main ikut belakang, lelaki dengan perempuan main ikut belakang, kecuali isterinya.
"Maknaya main dubur isterinya tidak dianggap liwat. Jadi saya kata ini Islam ke? Takkan liwat isteri tak dianggap hudud. Sebab prinsip liwat ialah main (hubungan seks) ikut belakang (dubur)," katanya lagi.
Beliau juga mengulas dakwaannya berhubung ulasannya ke atas istilah "mukallaf" yang turut menjadi pertikaian di dalam Dewan sebelum itu.
Katanya, mukallaf atau had umur kepada orang Islam yang boleh dikenakan hukum hudud, qisas dan takzir, adalah selepas akil baligh.
Ahli parlimen Pakatan pula, dalam satu sidang media berasingan, menyifatkan kenyataan Zulkifli itu berniat jahat menimbulkan perkara dalam draf undang-undang dan bukannya enakmen yang digazetkan.
"Jelas ianya satu (kenyataan) mala fide apabila saya mendengar dia mengulas. Dan memang benarlah, di akhirnya (Zulkifli) kata (kenyataan itu dibaca) daripada draf (Enakmen Jenayah Syariah Terengganu)," kata ahli parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Kalau draf, kenapa dia perlu timbulkan?," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri antara lainnya ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (Balik Pulau) dan Azan Ismail (Indera Mahkota).
Tambahnya, klausa yang menyebut "selain daripada isteri" itu juga merupakan satu kenyataan terbuka.
"Anda boleh membuat interpretasi yang salah. Jadi kita telah keluarkan daripada draf.
"Ia tidak ada (dinyatakan sebegitu) dalam versi muktamad. Saya boleh sahkan, tapi saya perlu semak sekali lagi," katanya.
Mengulas mengenai mukallaf 18 tahun pula, Dr Dzulkefly berkata PAS juga membentuk had umur itu supaya selari dengan undang-undang persekutuan. -mk
zul dah kebal beb ngan Allah pun dak tak takut
BalasPadambelajar tak abis begitula jadinyaaa...
BalasPadamzul ni tgh gila nak cari nama moga2 dpt jadi wakil umno PRU nanti...
ini jawapan berhemah untuk zulkifli nordin yg tak habis belajar ...
BalasPadamAntara hukuman yang dikenakan hukum hudud termasuk zina dan liwat
jika kau zulkifli nordin meliwat dubur isterimu HUKUMNYA TETAP HARAM tetapi tidak termasuk dalam HUDUD sebab kau suaminya.kalau isteri kau tuduh kau liwat,dan kau dihukum HUDUD dan dgn takdirNya mati,bini kau nak makan apa..jadi Islam bukan kejam macam tu..
itu maksud (kecuali isteri) dalam perenggan kau belajar tak habis tu ZUL BODOH
gua konfiuslah.
BalasPadamzul katak ni
mewakili siapa di parlimen?
majoriti rakyat kulim
sebelah mata pun tak boleh
pandang muka dia.
pengkhianat pkr.
inilah dikatakan muka tembuk.
muka tak tau malu.
muka haramjadah.
Inilah munafikun yang sejelas jelasnya. Tak orang Melayu yang mengaku Islam masih mahu mendengar hujah dan ucapan dari munafikun ni.
BalasPadamKalaulah AKU nampak si dia, tentu AKU teranjang kat muka dia tu.
Ingat pesanan dalam agama kita, bila datang manusia seperti Zul Mangkuk ini membawa berita, siasatlah 'kebenaran'nya. Selalunya manusia ini suka menipu dan berbohong.
Semakin lama semakin terserlah ketololan Zululim ni.
BalasPadam