Permohonan dana RM1juta Jeyakumar ditolak
Permohonan semakan kehakiman ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar untuk mencabar tindakan kerajaan kerana tidak memberi dan menyediakan butiran peruntukan dana tahunan sebanyak RM1 juta kepada bahagian pilihan raya kawasan itu telah ditolak.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang membenarkan rayuan kerajaan persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan semakan kehakiman.
Hakim Datuk Low Hop Bing bersama-sama dengan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail (abang kepada Peguam Negara, Abd. Gani Patail - GB) dan Anantham Kasinater sebulat suara membenarkan rayuan itu dan menolak permohonan Jeyakumar.
Pada bulan Februari lalu, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali memberi kebenaran kepada Jeyakumar untuk memfailkan semakan kehakiman.
Pada 23 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak membenarkan kerajaan untuk menangguhkan prosiding semakan kehakiman.
Peguam Datuk Ambiga Sreenevasam yang mewakili Jeyakumar berkata, keputusan itu cukup mengecewakan kerana Jeyakumar berharap keputusan mahkamah akan menentukan ketelusan kerajaan dalam mengagihkan wang rakyat.
Mengulas keputusan mahkamah hari ini, Jeyakumar berkata mahkamah sebagai benteng terakhir untuk rakyat, sepatutnya menyokong keputusan untuk memastikan wang yang diperuntukkan tidak disalahgunakan.
"Saya tidak mahu wang untuk diri sendiri tetapi hanya ingin pastikan wang yang diperuntukkan dibelanjakan dengan betul dan tidak disalah-guna.
"Wakil rakyat pembangkang tidak langsung menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan ini adalah amat mengecewakan. Berikutan keputusan ini, mesej saya kepada rakyat adalah kita tidak boleh bergantung pada mahkamah bagi mendapatkan ketelusan tetapi mengharapkan kuasa rakyat dalam membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang."
Jeyakumar berkata, beliau akan berunding dengan Parti Sosialis Malaysia sama ada untuk meneruskan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Persekutuan yang bakal menelan perbelanjaan yang besar meskipun peguamnya melakukannya secara percuma. -mk
Ulasan GB
Keputusan mahkamah di atas membuktikan DISKRIMINASI yang amat nyata kerajaan BN terhadap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan menafikan peruntukan pembangunan dari kerajaan Persekutuan.
Kerajaan BN hanya memberikan peruntukan tersebut kepada wakil-wakil rakyat BN sedangkan sebagai sebuah kerajaan, wang rakyat yang digunakan untuk pengagihan peruntukan termasuk hendaklah diberikan juga kepada wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.
Ia bukan wang miik BN, tetapi milik rakyat.
Kedua, rakyat berpersepsi bahawa keputusan hakim itu juga membuktikan bahawa hakim-hakim mengikut kehendak dan telunjuk kerajaan Najib.
Ia adalah implikasi dari pertemuan Najib dengan para hakim pada awal bulan September lalu. GB sudah ulas dahulu di SINI. Petikan:

Istana Keadilan masih mengikut telunjuk eksekutif. Itulah persepsi rakyat.
Bagaimanakah hakim-hakim boleh bertindak dengan adil dan saksama jika mereka kini sedang tidak dapat membebaskan diri dari rasa "terhutang budi" kepada Perdana Menteri dengan menjemputnya untuk bersama-sama di dalam satu pertemuan di Istana Keadilan?
Muslihat apa yang ada disebaliknya? Malah rakyat berpendapat lawatan Najib dilihat cuba untuk memanipulasi institusi kehakiman. Hakim-hakim hendak dijadikan pak angguk-pak angguk kepada kehendak PM? Kedatangan Najib ke Istana Keadilan dilihat untuk "membeli" minda para hakim supaya mudah untuk diperlembukan.
mereka rasakan duit rakyat duit mereka juga..
BalasPadam[Klik Sini] Zahid AF2 Masuk PAS ?
Marilah kita berlawan di alam maya. Kalau berani silakan.
BalasPadamSalah satu jawatan didunia yang
BalasPadamdijanjikan NERAKA JAHANAM oleh ALLAH SWT diakhirat kelak andai disalah
guna semasa didunia ini.Wallahua'lam.
xpe, mereka brani salahgunakan kuasa walaupn telah diberi amaran oleh Allah SWT..smoga Allah memberi hidayah kpd mereka sume...
BalasPadamtunggulah balasan dari tuhan... bagi mereka yang tidak amanah dan zalim... ingatlah bahawasanya hidup ini hanyalah sementara aje...
BalasPadamTukarkan Pemerintah pada PRU13 kepada Pakatan Rakyat. Isnyaallah, suara rakyat untuk rakyat bukan untuk pemerintah BN yang tidak adil..
BalasPadam