29 Sep 2011

Video Seks Fitnah ADUN Kota Anggerik: AMK Buat Laporan Polis

PKR Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan blogger Pro-Umno Papa Gomo yang memaparkan klip video seks bagi memburukkan imej Pejabat Khidmat DUN Kota Anggerik.

Setiausaha Akhbar Adun Kota Anggerik, Mohd Ridzuan Alias menyifatkan usaha tersebut sebagai satu fitnah bagi memburukan imej Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari.

"Hari ini kami menafikan bahawa klip video tersebut sebagai suatu yang palsu dan niatnya hanya untuk memfitnah, ini kerana dekorasi dan susun atur pejabat sangat berbeza dengan keadaan pejabat (DUN Kota Anggerik) sebenar, saya juga menafikan individu dalam klip tersebut adalah kakitangan kami termasuk pelanggan itu, ini hanya satu fitnah yang cuba memberi persepsi buruk kepada pejabat DUN Kota Anggerik."

Beliau berkata demikian ketika ditemui TvSelangor sejurus selepas membuat empat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, hari ini.

Dalam serangan terbarunya ke atas pemimipin Pakatan Rakyat, Papa Gomo memaparkan kilp seorang wanita bertudung dengan seorang lelaki yang kelihatan melakukan perbuatan sumbang di dalam sebuah pejabat.

Papa Gomo mendakwa klip tersebut dirakam di pejabat DUN Kota Anggerik yang mana ADUNnya ialah Yaakob Sapari. Tajuknya adalah ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

"kita berharap perkara ini dapat diperbetulkan dan blogger tersebut dapat menarik kembali pendedahan klip video tersebut dan memohon maaf secara terbuka."

Pegawai Khas ADUN Kota Anggerik, Shamsul Firdaus berkata hanya beliau sahaja yang berkihdmat dan berada pada hari tersebut yang dikatakan kejadian sumbang itu berlaku.

"Pada waktu yang dinyatakan hanya saya seorang sahaja di pejabat kerana seorang lagi kakitangan iaitu Pembantu Tadbir Operasi, Cik Norlela Idris tidak berada di pejabat kerana bercuti sakit pada hari 19 september, ternyata ia adalah suatu yang tidak benar dan usaha memburukan imej Yaacob Sapari. "



3 ulasan:

  1. sekarang ni isu seks sentiasa ada kaitan dengan dalangnya UMNO dan BN, dapat pula perlindungan kerajaan BN, tak boleh dakwa dan kes ditutup...biar lagi BN perintah malaysia

    BalasPadam
  2. Cantik...apa malaysia ni dia punya kerr? bolih di katakan 90% xcaya dgn fitnah ini..sbb? umnogok mmg suka berfitnah2 ni..itu lah kerja depa bila dok mikir apa nak gasak org???
    fitnahhhh lah....xde menda lain ker nak fikir..nak tlg rakyat ker?nak turunkan harga barabg ker?? kan lebih baik gitu....ni xde? ashik2 fitnahhh

    BalasPadam
  3. x pyh lah nk buat laporan polis ke[utusan dia NATO jugak

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.