Pakatan pertahan Mat Sabu, dakwa Umno-BN palsukan sejarah
Pakatan Rakyat mempertahankan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu kontroversi berkaitan kenyataan mengenai tragedi Bukit Kepong, sebaliknya mendakwa Umno-BN secara sistematik 'memalsukan' sejarah Malaysia.
"Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan Umno-BN dan perkakas propaganda mereka.
"Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan Umno dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan," kata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kenyataan dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi
Nik Nazmi Nik Ahmad dan setiausaha antarabangsa DAP Liew Chin Tong.
Dengan memetik kenyataan Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang", kata mereka, di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa.
"Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Mat Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis.
"Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong," kata mereka dalam kenyataan itu.
Pemimpin Pakatan Rakyat ini berkata kedua-dua dakwaan itu tidak benar sama sekali.
"Kami percaya Saudara Mat Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media Umno.
"Pertama sekali, Mat Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan," katanya lagi.
Justeru kata mereka, pihaknya mahu menegaskan bahawa mereka tidak mempersoalkan sebab Mohamad cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara.
"Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat," kata kenyataan mereka.
Kata mereka, apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?
"Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu.
"Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
"Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara," tambah kenyataan.
Ketiga-tiga pemimpin ini berkata, harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara, kata beliau.
"Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?
"Tetapi pemimpin Utmno idak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis Umno ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan," kata kenyataan mereka.
Malah tambah mereka, "hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, antikolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh kerajaan Perikatan/BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis."
Tegas mereka, buku-buku sejarah negara bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.
"Jelas sekali lagi bahawa Umno mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.
"Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mat Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara," kata mereka sambil menambah, yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan Umno-BN. -TMI

Mohamad Sabu tak sebut komunis
Kenyataan Media Pakatan Rakyat
Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong.
Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan.
Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.
Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.
Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?
Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.
Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?
Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.
Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis.
Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.
Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.
Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.
Dr Dzulkefly Ahmad, PAS
Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN
Liew Chin Tong, DAP
2 September 2011
KATALAH APAPUN. LUKA HATI ANAK CUCU PASUKAN KESELAMATAN TETAP BERDARAH.
BalasPadamBILA GHAIRAH MENGUASAI DIRI, SERONOK PULA DIPUJA DIPUJI, MAKA MAT SABU PUN LUPA PESAN NIK AZIZ " BAHAWA DI MANA MANA ADA CAMPURTANGAN ALLAH TA'ALA"
DAN SI LUNCAI DI ATAS TERLUPA BAHAWA:
BalasPadamAPA YANG MOHD SABU SAMPAIKAN ITU JUGA ADALAH "CAMPURTANGAN ALLAH TA'ALA".
Inilah sebenarnya "message" Mat Sabu bila bangkitkan nama Mat Indra tu.Dalam suasana menyambut kemerdekaan,Mat Sabu telah coba menyadarkan betapa terselewengnya sejarah tanah air.Coba lihat negara lain,diAmerika Syarikat George Washington yang diagong dihari kemerdekaan,tanpa mengira parti mana yang memerintah.Begitu juga diIndia,Mahatma Ghandi dan Nehru,diIndonesia,Bung Karno dan Dr.Hatta,diFilipina Jose Rizal - setiap perayaan hari kemerdekaan tokoh-tokoh ini yang diutarakan tanpa mengira parti mana yang memerintah - sejarah tetap sejarah.Coba fikirkan apa ada jasa Tengku Abdul Rahman dibandingkan dengan perjuangan Ibrahim Yaakub,Dr.Burhanuddin,Ahmad Boestamam,Ishak Hj.Mohammad mahu pun Shamsiah Fakeh.Oleh kerana depa bukan orang UMNO,jasa-jasa mereka diketepikan.
BalasPadamdepa asyik tumpu dekat bab2 nie sampai abai satu dua benda yang lebih penting daripada ini
BalasPadamEntri Terhangat!! :
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!
Identiti SebenarMakcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Dibongkarkan !!
HE!HE!HE!
BalasPadamBENAR. MAKA SETELAH MEYAKINI CAMPURTANGAN ALLAH, REDHALAH DENGAN KEMENANGAN UMNO PADA MASA LALU DAN DI MASA AKAN DATANG...
dan redhakan juga kehancuran UMNO/BN dan digantikan dengan Pakatan Rakyat.
BalasPadamMat Sabu memang tak sebut komunis tapi kaitkan dengan serangan komunis ke atas polis bukit kepung dengan perjuangan pembebasan negara. Mat Indera ketua komunis rejimen ke10 PKM mengetuai serangan tersebut. Kita nak sokong komunis yang serang polis tu ke atau polis yang mempertahankan kampung mereka. Komunis tetap komunis. Kita tak nafikan gerakan lain yang menentang British. Tapi taklah sampai masuk komunis.
BalasPadamada ano 12.12 am.
BalasPadamfilemkan cerita raja bersiong.
redhakan juga, buku sejarah malaysia akan susun semula.
maknanya pekong umno akan terbarai.
biarkan biarkan siluncai terjun dengan labu2nya.
- cucu pak pandir.
Terima kasih Mat Sabu,anda telah membuka mata kami tentang sejarah.
BalasPadamSejarah lampau yang ditinta untuk memenangkan pihak yang menang.
Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950.Tahun negara masih terjajah.Ertinya serangan ke atas Bukit Kepong adalah serangan ke atas penjajah yang memperalatkan Melayu hamprak menjadi pencacai penjajah !
InsyaAllah ..sesuatu yang bersifat makhluk tidak dikekalkan Allah.Moga Umno yang bersifat makhluk itu ada tempoh waktu untuk dibeku.
Alahai Si Luncai dan Dahan Jati,
BalasPadamJanganlah kerana kau berdua, Melayu dilihat sebagai bangsa yang tidak apa. Awat Melayu yang mempertahankan British tu dianggap WIRA? Awat Melayu yang menyertasi komunis untuk memerdekakan Tanah Melayu itu ialah Pengkhianat?
Sebab itu sampai hari ini, AKU masih percaya bahawa Melayu mudah dipermainkan oleh 'Melayu' (mamak dan makhluk yang mengaku Melayu). Melayu yang membenarkan Melayu lain murtad dari Islam tu WIRA? Melayu yang menentang MURTAD itu PENGKHIANAT? Melayu ... Melayu ... Melayu ... LAYU sebelum kembang.
Melayu yang percaya akan keadilan yang dikehendaki Allah swt, Melayu yang mempercayai RUKUN ISLAM sahaja akan berjaya di dunia dan di akhirat. Bala akan tiba bila Melayu sendiri tidak mengendahkan dan mempermain-mainkan amaran Allah swt terutamanya kes murtad.
Melayu Rasuah, tak apa sebab dia tu Melayu. Melayu tu salah guna kuasa, tak apa sebab dia tu Melayu. ..... pening Aku bila memikirkan masih ramai Melayu yang begini. Masa bila depa akan berfikir secara Islam dengan kebenaranNya sekali.