PAS mendakwa Umno telah memadamkan sejarah sebenar kemerdekaan negara dengan memasukkan nama pejuang parti itu sahaja.
Sebaliknya kata AJK PAS, Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar) tokoh pejuang lain seperti Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ahmad Bostamam telah dipadamkan.
Kerana itu katanya, perlu dilakukan pengolahan semula sejarah dalam negara kita supaya rakyat memahami erti kemerdekaan.
“Pejuang yang menentang penjajah British seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Bostamam dan ramai lagi pimpinan dan negarawan yang berjuang telah dipadamkan.
“Rakyat dan generasi muda dan generasi akan datang perlu tahu tentang pengorbanan mereka menghalau penjajah British yang menjajah negara kita,”katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mendakwa Mat Indera sebagai wira sebenar pejuang kemerdekaan negara.
Berjuang lawan British
Mat Indera berjuang menentang penjajah British secara gerila, namun namanya tidak disebut kerana bergabung dengan parti komunis.
Kenyataan orang kuat PAS itu dikecam pelbagai pihak termasuk tokoh DAP, Karpal Singh yang mahukan Mohamad meminta maaf.
Sehubungan itu, Dr Syed Azman menegaskan, isu sebenarnya adalah persoalan tentang sejarah kemrdekaan dan tidak timbul isu mengiktiraf komunis.
Beliau menambah, bukan mengenai mengiktiraf komunis, tetapi adalah persoalan kemerdekaan di negara.
Beliau berkata, isu ini perlu dilihat secara keseluruhan, bukan dari sudut Mat Indera atau tentang peristiwa Bukit Kepong sahaja. -FMT

Umno seleweng fakta sejarah negara
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Masyarakat kini melihat seolah-olah sejarah kemerdekaan seperti sejarah Umno semata-mata tanpa membabitkan tokoh yang lain.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) melihat isu yang berkaitan dengan pensejarahan hari kemerdekaan negara Malaysia ini tidak akan selesai dan menuju titik kesudahan kerana pihak kerajaan Umno BN yang memerintah sememangnya tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.
Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, Umno BN sentiasa mempergunakan isu hari kemerdekaan untuk mempengaruhi, menakutkan dan mengancam rakyat supaya tidak menolak mereka.
Menurutnya, Umno BN sentiasa memomokkan kepada rakyat bahawa hanya mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan negara sedangkan sejarah yang sebenarnya menukilkan bahawa Umno adalah sebenarnya ‘alat kepada penjajah’.
Beliau berkata, Umno BN cuba meraih simpati politik murahan di atas isu yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkenaan hari kemerdekaan dan tragedi Bukit Kepong, dengan menunjukkan bahawa merekalah hero yang sebenarnya mempertahankan ketuanan Malaysia dan menuduh Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara tanpa memberika ruang untuk Pakatan Rakyat menjawab balas.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya bahawa Timbalan Presiden PAS mempunyai hujah dan fakta yang kukuh serta bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang beliau keluarkan,” katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengganggap sejarah kemerdekaan Malaysia masih ada banyak kelompongan fakta yang perlu ditambah dan diperbaiki terutamanya yang membabitkan perjuangan tokoh-tokoh agamawan yang telah mempelopori gerakan kebangkitan rakyat melawan penjajah.
Katanya, tokoh-tokoh ulama seperti Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau dan Dato’ Bahaman di Pahang selain Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr. Burhanuddin Al Helmi juga merupakan pahlawan yang melawan penjajah di zaman masing-masing yang telah dinafikan hak mereka sebagai tokoh kemerdekaan negara.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan Malaysia dapat dikaji dan ditulis semula secara berilmiah dan beradab,” ujarnya.
Katanya, DPPNS meminta supaya pihak sejarawan yang ada di dalam negara ini perlu mendesak pihak kerajaan supaya membuka ruang yang seluas-luasnya untuk membicarakan isu kemerdekaan ini secara telus dan terperinci berdasarkan kajian dan ilmu mereka.
Justeru, ujarnya pihak kerajaan perlu menyediakan pentas untuk perbincangan ilmiah secara langsung yang membabitkan pihak sejarawan ini bersama dengan Timbalan Presiden PAS dan wakil Umno supaya mereka dapat membentangkan hujah dan fakta mereka berkaitan isu sejarah kemerdekaan Malaysia.
Beliau menambah, rakyat kini semakin bijak dan bermaklumat dan akan menerima penghujahan yang berdasarkan fakta yang tepat dan sahih.
“Umno BN tidak dapat lagi memperbodohkan rakyat dengan hujah emosi dan alasan yang tidak bersandarkan kepada fakta kerana Umno BNlah yang selama ini menyelewengkan fakta sejarah negara,” katanya lagi. -HD
Benar kata Dr.Syed Azman.Rakyat negara ini memang kurang minat dengan Hari Kemerdekaan munkin kerana Tanah Melayu dapat kemerdekaan "on a siver platter"(atas dulang perak) berbeda dengan negara-negara lain seperti India,Pakistan,Indonesia dan juga Filipina,dimana tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan bermati-matian dan banyak makan korban untuk merdeka.
BalasPadamPada hakikatnya,dinegara ini memang melalui sejarah yang merasa pahit-maungnya menentang penjajahan British.Ramai tokoh perjuangan yang terkorban dan dipenjara serta dibuang negeri,namun peristiwa-peristiwa sejarah ini serta tokoh-tokohnya dipadamkan oleh UMNO kerana kepentingan politik.Kalau kisah-kisah dan perjuangan-perjuangan tokoh tulin itu dikenang kembali dan diberi keutamaan,sudah pasti pemimpin-pemimpin UMNO tiada tempat dalam senarai itu.UMNO tiada ada jalan lain selain menipu rakyat dan meyelewengkan sejarah.
kita jangan cakap aje.
BalasPadammulakan dari sekarang.
susun semula buku sejarah malaysia dengan fakta yang tepat.
katakan pejuang, siapa pejuang.
katakan pengkhianat, siapa pengkhianat.
apa peranan ibrahim yaakob.
apa peranan ahmad boestamam.
apa peranan shamsiah fakeh.
apa peranan ishak haji muhammad.
apa peranan mat indera.
apa peranan chin peng.
apa peranan rashid maidin.
apa peranan onn jaafar.
apa peranan tunku abdul rahman.
dan ramai lagi.
jangan seleweng2.
jangan lindung2.
tukar bendera ciplak.
tukar lagu kebangsaan ciplak.
barulah, rakyat malaysia bangga dengan malaysia.
ini tidak, setiap kali u/tahun merdeka, muka2 itu juga ditonjolkan.
seolah2 mereka saja pejuang kemerdekaan.
itulah kerja umno.
nak gelapkan itu, nak gelapkan ini.
kalau tak sesuai dengan selera mereka.
contoh terbaik, gambar anwar pun takda di bangunan umno.
padahal, dia pernah jadi ketua pemuda dan timbalan presiden umno.
habis macamana nak tulis sejarahnya sendiri tanpa anwar.
nak seleweng? mampuihlah...
- mat sentol jr.
Setuju dengan cadangan Anon 4.24am.Siapa yang boleh dipertanggung-jawabkan untuk "membaik-pulih" fakta-fakta sejarah Tanah Melayu?Kalau sekadar Mat Sabu,kelak akan timbul soalan,siapa Mat Sabu,dia bukan profesor atau ada PHD.Nak harapkan ahli-ahli dan pakar-pakar sejarah yang ada,semua dah kena "beli" UMNO,dapat Dato,Tan Seri dan TUN aje yang belum lagi - dari seorang ilmuan sudah jadi profesor-profesor kangkong.Penipuan sudah berjalan lebih dari 50 tahun,menjadi satu kerja yang berat untuk selesaikan isi ini.
BalasPadam