10 Sep 2011

SPR Jangan Tahu Nak Makan Gaji Saja Kemudian Jadi Alat BN - Hadi

Presiden PAS: BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihan raya

GOMBAK, 10 Sept — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.

Menurut Presiden PAS (gambar), pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan “penipuan cukup besar” yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.

“Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman Internet . . . kita dapat kesan dan kita juga dapat kesan mereka cepat-cepat tutup maklumat ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah.

Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong - membunuh 25 orang -semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Tambah Hadi, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah.

“Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa.

“Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN,” katanya. -TMI

Isu Mat Indera: PAS Yakin Sokongan Orang Melayu Tidak Terjejas - Hadi

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan isu pejuang kemerdekaan, Mohamad Indera (Mat Indera) yang menjadi isu kontroversi sejak dua minggu yang lalu tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja menimbulkan isu tersebut bagi menutup kelemahan mereka sendiri.

"Saya rasa mereka sengaja buat isu ini untuk tutup isu penipuan pilihan raya. Mereka buat isu untuk tutup isu sebenar bagi memulihkan demokrasi.

"Namun kita yakin orang Melayu hari ini bijak dan tidak mudah ditipu dengan permainan seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Sabtu.

Isu pejuang kemerdekaan Bukit Kepong mula panas apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dilaporkan berkata seorang lelaki Melayu, yang dikenali sebagai Mat Indera telah bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Mohamad mendakwa, Mat Indera yang telah membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Ekoran kenyataan kontroversi itu, lebih 500 laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Presiden PAS itu sebagai mengecam tindakannya.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu pejuang kemerdekaan yang cuba di bawa oleh BN itu sebagai ketinggalan zaman.

"Mereka gunakan isu yang ketinggalan zaman, kita bawa isu sekarang. Orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Umno bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar, Abdul Hadi berkata: “Ya.”

Sementara itu, Tuan Ibrahim pula menyifatkan Umno sebagai ‘hero Hindustan’ yang datang selepas orang lain habis berjuang ketika era kemerdekaan.

"Bila semua dah habis baru dia sampai..sebab nak ambil gambar dan isytihar dialah yang lawan penjajah," katanya. -mstar


5 ulasan:

  1. Harus diingat SPR ini dia bertuan. Selagi tuan dia bagi makan, walau apa pun bukti yang dikemukakan dia akan buat pekak, dia akan buat buta, yang lagi teruk dia kena pastikan tuannya tidak ada masalah. Kalau jenis ini nak buat macamana, kepimpinan PR kena fikir dan lancarkan tindakan segera agar PRU akan datang bersih dan adil.

    BalasPadam
  2. ini kelebihan jadi penguasa, boleh gembala banyak jenis haiwai untok kegunaan, boleh sembelih boleh jual dan boleh katok kepala.

    BalasPadam
  3. memang umno, spr dan yang sewaktu dan sekutu dengannya tu penipu, tiada yang tidak ditipunya melainkan tipu belaka,lama mana dia nak tipu, sekarang ni dia dah tertipu dgn. mat sabuuuu. uhuu, uhuu, uhuu...

    BalasPadam
  4. Yang Berbahagia Mohamad Sabu telah menyedarkan ramai golongan muda yang selama ini terpedaya dengan taktik jahat UMNgOk memanipulasikan fakta sejarah...menggunakan profesor2 kangkung dan tokoh-tokoh pengampu untuk memutarbelitkan pemikiran rakyat marhaen....tahniah Mohd Sabu..anda telah membuka pekung UMNgOk yang tak habis-habis menipu rakyat...bertuankan bapak penipu Tengku Najib Takubin

    BalasPadam
  5. Teringat plak pasal 9/11 (Twin Tower di New York yang ranap tu). Macam2 Islam diburukkan. Yang tak dijangka lagi diburukkan lagi ramai yang masuk Islam. Begitu juga dengan kes Mat Sabu, makin nak diputar-alamkan, makin ramai yang lebih paham hal sebenar, makin ramai yang x akan pilih BN.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.