Mat Indera: Polis siasat Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Dua wartawan Harakahdaily hari ini diambil keterangan oleh pihak polis ekoran penyiaran satu artikel berhubung isu Mat Indera.
Pengarang Azmi Yusof dan Pengarang Berita Mohd Nazri Abdullah disoal siasat berikutan artikel yang disiarkan 5 September lalu bertajuk "Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor".
Pegawai polis berpangkat ASP dan sarjan daripada balai polis Sentul, Kuala Lumpur itu tiba di pejabat Harakahdaily kira-kira jam 11.30 pagi ini.
Soal siasat bermula serentak terhadap kedua-dua mereka kira-kira jam 11.40 hingga 12.30 tengahari tadi.
Menurut pegawai polis tersebut, siasatan dilakukan ekoran satu laporan polis yang dibuat seorang individu di Balai Jalan Tun HS Lee terhadap Harakahdaily yang mendakwa artikel yang disiarkan tersebut palsu dan berunsur fitnah.
Artikel tersebut, antara lain memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat sebagai berkata Umno telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera adalah pengkhianat bangsa.
Sedangkan kata Suhaizan, buku Pengukir Nama Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang bangsa.
Selain itu artikel tersebut juga turut memetik rencana berkaitan Mat Indera dalam buku tersebut yang berbunyi:
"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".
Dalam perenggan terakhir pula, Harakahdaily melaporkan Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan di rumah pasung Bukit Kepong "tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina".
Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.
"Polis mahu menyiasat sumber berita berkenaan, dan kita beri kerjasama sepenuhnya kepada mereka.
"Kami juga memberikan beberapa salinan, sumber berkaitan yang kami gunakan dalam berita itu," kata Azmi.
Polis juga bertanyakan sama ada fakta tersebut ditokok tambah, direka-reka atau dibuat berdasarkan kesimpulan sendiri. -HD

pdrm ni polis diraja Malaysia atau polis umno Malaysia sebab kalau pembangkang atau ngo yang tidak sehaluan dengan kerajaan umno kertas siasatan sampai reput tidak disiasat juga tapi kalau puak umno atau ngo yang pro umno bukan main cepat kilat polis mengambil keterangan inilah tahap polis Malaysia dizaman umno insya'allah kalau pakatan memerintah tidak kira siapa yang buat report pasti tindakan tegas akan diambil walau yang salah itu kerajaan pakatan inilah kebebasan badan kerajaan yang diamanahkan sebenarnya demi keadilan bukan macam umno semua digunakan untuk kepentingannya kes mad indera pun jadi lintangpukang sejarahnya hingga mendakwa penjajah bukan menjajah cuma menaungi sultan sahaja makin merapu sekarang
BalasPadamPolis nak siasat apa lagi?Komunis bukan lagi jadi ancaman diMalaysia dan isu yang sedang hangat diperkatakan ialah isu sejarah.Yang benar-benar jadi ancaman "keselamatan negara" tak mau siasat.Kena apa tak mau siasat Brahim Katak dan Zulkifli Nordin?Hishammudin sebelum jadi menteri KDN,pernah cabut keris diperhimpunan UMNO.Nak tikam siapa? Tak ada pun siasatan.Polis tak usahlah buat kerja-kerja mengarut,profesionallah sikit.
BalasPadam