Kuala Terengganu - Seorang buruh sanggup menjadikan anak saudaranya sebagai hamba seks dengan merogolnya walaupun ketika itu mangsa baru berumur 13 tahun satu bulan dan masih di bangku sekolah.
Tertuduh, Azam Wahab, 33, dari Felda Bukit Bading, Ajil, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang.
Selepas pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 25 September depan sebagai tarikh keputusan kes.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang di bangsal kebun limau, Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu telah merogol mangsa, 13 tahun satu bulan.
Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.
Mengikut fakta kes, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 5.30 petang, ibu mangsa berusia 31 tahun yang ketika itu berada di rumah di jalan Pasir Akar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut telah menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya, memberitahu anaknya disyaki telah dirogol.
Ini sebab, mangsa dilihat sentiasa memegang kemaluannya dan sering kali mengadu sakit di bahagian itu tetapi apabila ditanya, mangsa enggan menceritakan hal sebenar dan hanya mendiamkan diri.
Bimbang perkara buruk mungkin berlaku terhadap anak saudaranya itu, Rosmaini menyuruh kakaknya pulang segera ke rumah mereka di Felda Jerangau Barat, Ajil untuk menyoal mangsa sendiri.
Keesokan harinya iaitu 25 Ogos lalu kira-kira jam 8 malam, ibu mangsa telah pulang ke rumah dan terus menyoal mangsa. Setelah dipujuk, mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh tertuduh, iaitu adik ipar bekas suaminya yang dikenali dengan nama ‘Boyeng’ di bangsal kebun limau di Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu. -SH

malunyaaku bila orang kampongku berkelakuan begini.Patut disebab 99 kali ,Pesalah ini telahpun berkahwin dan ada anak.
BalasPadambangang sugguh... bila nafsu mengawal diri.. gini lah jdinya..hukum sebat je mamat ni.. lepas sorang2 masalah rogol blaku.. bila hukum Allah x ditegakkan gini lah jadinya... mohon dijauhkan Allah dr sebarang bala.. amiin..
BalasPadameh, 21 ogos tu bukan bulan pose ke? =.=
BalasPadamOleh media Malaysia dibentangkan seluas2nya cerita dan filem yg lucah2 dan seolah2 sex bebas didlm masyarakat..ini yg menjadi, Konsert, jomhebah, gegaria dan sebagainya sebagai pemangkin kpd maksiat ini.
BalasPadam