17 Sep 2011

Perasuah Negara, Pengkhianat Moden

Telok Kemang: “Ketirisan sebanyak RM28 bilion setahun menurut Laporan Audit Negara 2009 jelas menunjukkan bahawa pengurusan negara berada dalam bahaya dan membimbangkan”, kata Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Beliau berkata dalam situasi rakyat asyik membincangkan kemelut Parti Komunis Malaya (PKM) mereka lupa tentang persoalan ini.

“Signifikan persoalan rasuah yang mahu kita bincangkan dengan perbandingan isu komunisme adalah merupakan persoalan masa depan negara dan rakyat keseluruhannya.

“Sejarah boleh dibincangkan secara ilmiah dan intelektual namun perdebatan kolot oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam isu sejarah menutup ruang perbincangan dan analisis sejarah secara saintifik dan holistik ”, ujar Kamarul.

Kamarul yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan menambah kegagalan pimpinan Umno-BN dalam memahami kupasan dan isu sejarah menunjukkan bahawa mereka sudah semakin hilang upaya dalam mentadbir negara.

Sejarah yang benar dan tepat adalah penting buat negara dan rakyat. Jika isu sejarah pun gagal diuruskan dengan baik oleh kerajaan sudah pasti ini menjadi satu lagi bukti bahawa pimpinan Umno-BN sudah tidak relevan untuk diberikan mandat sekali lagi oleh rakyat.

“Jika isu sejarah tidak mampu lagi diurus dan difahami dengan baik oleh pimpinan Umno-BN, apatah lagi dengan kemelut isu rasuah, kelemahan pentadbiran Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan salah urus tadbir negara yang parah seperti yang dibuktikan oleh Laporan Audit Negara sehingga negara kerugian berbilion ringgit”.

“Ini tidak termasuk oleh pinjaman Felda sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh ndipersoalkan kewajarannya.

“Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 juga telah meningkat kepada RM362.39 bilion atau 53.7% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion juga telah kerajaan bebankan ke atas rakyat dengan melancarkan 19 program jualan bon pada tahun 2010”, jelas Kamarul lagi.

Justeru itu Kamarul berkata perasuah dan pembuat hutang negara yang telah menggelapkan wang rakyat secara haram dan jijik termasuk oleh pimpinan Umno-BN haruslah ditentang oleh rakyat habis-habisan.

Inilah perjuangan rakyat masa kini dalam menentang pengkhianat moden yang berselindung disebalik dinding kekuasaan di Putrajaya.

Masa depan negara terletak di tangan rakyat untuk membuat keputusan secara serius menolak dan memerangi pengkhianat moden negara.

Laporan Audit Negara untuk tahun 2010 dijangka akan dikeluarkan sebelum hujung tahun ini. -FMT

1 ulasan:

  1. Inilah yang dinamakan "diversion". Dia macam kita pergi McDonald... ada macam-macam pilihan, tapi bendanya sama saja. Tak nak makan burger pun sekurang-kurangnya makan fries.

    Strategi macam ni dah jadi standard. Kalau tak paham, tanya Murdoch pasal propaganda media.

    Nak memancing kalau pakai satu jenis umpan, dapat satu jenis ikan. Kalau nak kaut semua, pakai pukat harimau.

    Isu penting negara:
    1. Ekonomi merudum
    2. Harga naik
    3. Kadar jenayah melangit
    4. Rasuah hampir hari-hari dengar citer
    5. UMNO bertelagah
    6. PKR bertelagah
    7. Pengangguran meningkat
    8. Kerja tarak
    9. Cukai
    10. SPR - JPN Tipu Orang
    11. Bangla dah jadi Malaysian - tak payah daftar undi pun dah otomatik boleh ngundi - sama jugak dengan PATI yang lain.
    12. Trafik jam makin hebat
    13. Orang miskin makin ramai
    14. Polis macam samseng

    Isu yang dipropagandakan:
    1. Sex anwar ibrahim
    2. Mat sabu komunis
    3. Sex mat sabu
    4. ambiga -hindu
    5. 2-3 orang islam murtad
    6. RM yang berjiwa RM

    Yang malangnya.....pemimpin Kerajaan malaysia macam budak-budak main polis sentry one two jaga....polis mati pencuri jaga!

    Wei......rakyat ni apa? Tunggul? Kita nak majukan negara, korang nak hancurkan negara! Sudahnya bukan jadi Malaysia...semua jadik "Malas...ya!"

    Yup....malas nak ambik port. Buat sakit perut jer...oklah...nak memberut....

    Pepatah moden:
    "Kentut sendiri boleh buat, kentut orang kenapa tutup hidung?"



    12.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.