10 Sep 2011

Kisah Cinta Terhalang: Mati Dalam Pelukan Teman Wanitanya

Riwayat cinta

SEREMBAN: Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal.

Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.


Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.

Menurutnya, selang beberapa minit dia terdengar bunyi orang bernafas kuat dari dalam rumah itu sebelum dia dan seorang lagi jiran meninjau untuk melihat apa yang berlaku. -HM


Mati dipeluk teman wanita

RUMAH yang menjadi tempat Muhammad Faizal ditemui mati diruang tamu selepas meminum racun serangga manakala Zuzziana pula parah di Taman Bunga Sejati, Rantau semalam.

SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.

Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.

Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.

Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.

Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.


Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.

Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.

“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.

“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam. -kosmo




7 ulasan:

  1. mungkin dia memang buat bagi kereta tue tak boleh hidop kot sebab nekad nak bunuh diri..pelik betol manusia la nie...bunuh diri sah2 masuk neraka...

    Jom terjah sini:
    1)Terbaik!!!TV3 ONLINE STREAMING
    2)Menarik!!Video Wartawan Tercirit Dalam Seluar

    BalasPadam
  2. Astaghfirullah...ni apa nak jawab ni nanti?bunuh diri satu hal...berpelukan pulak satu lagi hal..Innalillah..

    BalasPadam
  3. Taksub ngan cerita hindustan la nie ....TV 1 Malaysia...ha haa

    BalasPadam
  4. renung dan nilai balik...lelaki ni saya rasa masih jahil ttg hukum bunuh diri sebab disebut MUALLAF kan?

    BalasPadam
  5. zaes:memang macam cerita hindustan.silap2 bunuhdiri,rompak.rogol..macam2lagilahbaguslah rtm 1 malaysia import lah banyak2 film ganas.....hehehehe

    BalasPadam
  6. Bunuh diri ala 1 malaysia le ni

    BalasPadam
  7. Lelaki ini saudara baru, adalah jadi tanggungjawab orang Islam membantunya memahami ugama Islam. Ramai yg ada share dalam dosa ini.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.