Suspek kena reman tujuh hari
SHAH ALAM: Seorang pelajar tahun dua sebuah institusi pengajian tinggi awam di Seri Iskandar, Perak ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang remaja perempuan dalam keadaan rentung di kawasan semak di Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang, pada 5 September lalu.
Polis turut menemui beberapa keterangan fizikal seperti rambut yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan berkenaan di kereta jenis Kancil milik suspek berusia 19 tahun itu termasuk telefon bimbit milik mangsa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati suspek ada membeli petrol di dua stesen minyak di Ampang, sebelum ia digunakan untuk membakar mangsa.
“Suspek yang mengambil jurusan Sarjana Muda Ukur Bahan dan berasal dari Ukay Perdana, Ampang ditahan di luar kampus pada jam 12 tengah hari, kelmarin.
“Mangsa yang dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19, pula menuntut di Maahad Tahfiz At-Tijarah, Selayang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Pusat Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Pada 5 September lalu, seorang remaja perempuan ditemui mati dalam keadaan rentung di kawasan semak di Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada anggota polis peronda berkereta yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan.
Hasil siasatan Unit Forensik polis mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring serta tidak berpakaian. -BH
Berita sebelum ini (klik gambar):

jenayah meningkat, tolak penjajahan BN di malaysia dalam PRU13
BalasPadamkhabarnya, semasa negara ini dibawah naungan british,pehak british telah bawa masok pasokan askar punjab,askar punjab ini pantang nampak perepuan mereka akan kerjakan secukupnya.
BalasPadam