Najib: Usah salahkan sesiapa ekoran kematian jurukamera di Somalia
SUBANG, 4 Sept — Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai tidak mempersalahkan sesiapa atas kematian jurukamera Bernama TV yang menyertai misi kemanusiaan di Somalia, kelmarin.
Gambar: Najib Razak dan Rosmah Mansor berbual dengan isteri Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor di Pangkalan TUDM Subang. — Foto oleh Choo Choy May
Perdana Menteri berkata keselamatan tidak boleh dijamin seratus peratus meskipun langkah-langkah berjaga diambil ataupun diberi latihan.
“Kadangkala, meskipun anda memakai jaket kalis peluru, ia tidak beri jaminan 100 peratus,” kata Najib pada sidang media di Pangkalan TUDM di sini hari ini selepas menerima jenazah.
Jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu tiba kira-kira pukul 10 pagi tadi. -TMI
Ulasan GB
Kenyataan paling tidak bertanggugjawab dari seorang Perdana Menteri yang baru pulang "bercuti" dari Australia sewaktu rakyat sedang merayakan hari Lebaran dan Hari Merdeka di dalam negara.
Beliau berkata "Kadangkala, meskipun anda memakai jaket kalis peluru, ia tidak beri jaminan 100 peratus"
Justeru itu maka langkah keselamatan sudah tidak perlu diambil semata-mata kerana ia tidak memberi jaminan 100% selamat? Apa-apa pun langkah keselamatan memang tidak boleh memberi jaminan 100% selamat kerana kesemuanya di tangan Allah s.w.t., namun ia tidak bererti langkah keselamatan tidak perlu diambil lantarannya.
Ini baru betul-betul kisah Pak Pandir dengan Mak Andeh. Apa kata Pak Pandir kepada bininya Mak Andeh dalam cerita rakyat apabila anaknya mati? Kata Pak Pandir kepada Mak Andeh;
"Andeh, Andeh! Bukannya kita sahaja yang mati anak rupanya, orang lain pun ada juga yang mati anaknya, perempuan juga dan rupanya pun semacam betul-betul dengan anak kita."
Kedua, apakah kerana yang terlibat itu ialah Kelab Putera 1Malaysia maka PM meminta orangramai jangan persalahkan sesiapa demi untuk menyelamatkan nama kelab berkenaan?
Pagi tadi tatkala GB menyiarkan satu entri bertajuk: Apakah Misi Somalia Patuhi Ciri Keselamatan? seorang pengunjung yang menggunakan nickname "Rasional" menulis seperti berikut:
Jikalah misi itu dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan wujud kematian seperti kes Noramfaizul ditembak mati, sudah pasti kerajaan dan sekalian media pencacai akan mengutuk dan bergendang hiruk pikuk sebulan lamanya menyalahkan penganjur lantaran tidak mengambil keselamatan yang wajar.

Jenazah Noramfaizul Tiba Di Pangkalan TUDM Subang
SUBANG JAYA 4 SEPTEMBER : Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, pada jam 10 pagi tadi.
Suasana hiba menyelubungi perkarangan pangkalan itu sebaik jenazah Allahyarham dibawa keluar daripada pesawat C-130 TUDM yang turut membawa pulang anggota misi bantuan Malaysia itu.
Jenazah Allahyarham disambut anggota keluarga termasuk ayah Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan ibu Naemah Abd Majid, 63.
Selain anggota keluarga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Noramfaizul dan kumpulan misi bantuan kemanusiaan bertujuan membantu mangsa kebuluran di Somalia.
Jurugambar dan jurukamera mewakili pelbagai organisasi media kelihatan berkerumun di bahagian belakang pesawat ketika keranda dilitupi "Jalur Gemilang" yang membawa jenazah Allahyarham dibawa keluar untuk dibawa ke Masjid TUDM.
Dalam kejadian pada Jumaat itu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan. -tvsnews
Ulasan GB
Kenyataan paling tidak bertanggugjawab dari seorang Perdana Menteri yang baru pulang "bercuti" dari Australia sewaktu rakyat sedang merayakan hari Lebaran dan Hari Merdeka di dalam negara.
Beliau berkata "Kadangkala, meskipun anda memakai jaket kalis peluru, ia tidak beri jaminan 100 peratus"
Justeru itu maka langkah keselamatan sudah tidak perlu diambil semata-mata kerana ia tidak memberi jaminan 100% selamat? Apa-apa pun langkah keselamatan memang tidak boleh memberi jaminan 100% selamat kerana kesemuanya di tangan Allah s.w.t., namun ia tidak bererti langkah keselamatan tidak perlu diambil lantarannya.
Ini baru betul-betul kisah Pak Pandir dengan Mak Andeh. Apa kata Pak Pandir kepada bininya Mak Andeh dalam cerita rakyat apabila anaknya mati? Kata Pak Pandir kepada Mak Andeh;
"Andeh, Andeh! Bukannya kita sahaja yang mati anak rupanya, orang lain pun ada juga yang mati anaknya, perempuan juga dan rupanya pun semacam betul-betul dengan anak kita."
Kedua, apakah kerana yang terlibat itu ialah Kelab Putera 1Malaysia maka PM meminta orangramai jangan persalahkan sesiapa demi untuk menyelamatkan nama kelab berkenaan?
Pagi tadi tatkala GB menyiarkan satu entri bertajuk: Apakah Misi Somalia Patuhi Ciri Keselamatan? seorang pengunjung yang menggunakan nickname "Rasional" menulis seperti berikut:
Ini bukan isu politik (eventhough cara ia diberitakan dan apa yang akan jadi lepas ini memang telah atau akan jadi politik pun). Ini isu keselamatan krew media. Sedangkan field reporter CNN dan BBC yang 'embedded' dengan tentera di Iraq, Afghan dan Libya sekalipun sentiasa memakai kevlar vests. Memang terlalu banyak ketirisan dalam perancangan misi ini. sedangkan ramai lagi wartawan antarabangsa yang telah menjadi mangsa ketika membuat liputan, setakat seorang wartawan Malaysia terkorban ketika menjalankan tugas, sekadar jadi statistik sajalah. Satu kehilangan nyawa yang sia-sia dan amat boleh dielakkan.
Jikalah misi itu dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan wujud kematian seperti kes Noramfaizul ditembak mati, sudah pasti kerajaan dan sekalian media pencacai akan mengutuk dan bergendang hiruk pikuk sebulan lamanya menyalahkan penganjur lantaran tidak mengambil keselamatan yang wajar.
Semuanya dilakukan kerana hendak
BalasPadammenunjukx yang kerajaan 1Malaysia
bagus tapi tiada perancangan teliti
tentang keselamatan.Ingat ini misi
bantuan banjir ke???
aku tengok Najib cakap mcm............
BalasPadamEntri Terhangat!! :
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!
Identiti SebenarMakcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Dibongkarkan !!
betul BZ..saya sokong..keikhlasan amat penting dan Allah tahu sgala2 nya..perbuatan menunjuk2 nie menghilangkan pahala sahaja...
BalasPadamMisi UMNO membunuh rakyat?
BalasPadamUMNO nak tunjuk belang, rakyat hilang nyawa, altantuya....
BalasPadamDato Trio sumpah dalam masjid dibekalkan baju kalis peluru.
BalasPadamWartawan pergi Somalia tidak dibekalkan baju kalis peluru.
Apa haprak punya umporno.
Masih ramai rakyat Malaysia yang hidup di paras kemiskinan dan tidak diambil endah tetapi lebih mementingkan urusan orang lain. Tak ubah seperti peribahasa kera di hutan di susu kan anak di rumah mati tak makan..
BalasPadamKalau memakai jaket kalis peluru ia tidak beri jaminan 100 peratus, jadi saya sarankan Najib jangan guna Pegawai Keselamatan dan peronda polis mengiringinya kerana kalau ikut hujah Najib ia bukan jaminan 100 peratus.
BalasPadamProjek UMNO Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez perlu bertanggung jawab sepenuhnya kerana tidak mempunyai hubungkait dengan kehendak RAKYAT Negara Malaysia dimana tanpa restu Rakyat Malaysia.. Hanya restu dari parti politik UMNO sahaja.sepatutnya diistiharkan WIRA UMNO sahaja. keseluruhanya rakyat Malaysia tidak terlibat WIRA politik UMNO tersebut.
BalasPadam"Dato Trio sumpah dalam masjid dibekalkan baju kalis peluru.
BalasPadamWartawan pergi Somalia tidak dibekalkan baju kalis peluru.
Apa haprak punya umporno."
aku suka komen ini haha
baru tau wartawan dan krew malaysia g sana mcm ngantar nyawa jer,soal keselamatan langsung tidak di ambil kira,ada hikmah juga sebalik kejadian ni baru satu malaya dan dunia tau sukarelawan malaysia g sana serupa hantar nyawa jer,battlefeild tu bukan padang latihan PLKN ka..al fatihah untuk aruah...
BalasPadamada mengatakan pihak Pengaman Afrika, Pemberontak maupun Tentera kerajaan yg anti Amerika keliru bendera Malaysia kerana serupa bendera Amerika...
BalasPadamDatang ziarah pun siap sedondon ,apa salah datang pakai aja pakaian apa yang telah dipakai pada waktu dan terus ziarah baru nampak prihatin kepada rakyat,ini siap tayang handbeg aduh ....dunia2
BalasPadamKesian kepada Bapa Pembangunan Malaysia...ada anak yang tak mampu bercakap menggunakan akal fikiran..Pak Jib bila nak letak jawatan??..Saya yakin kalau pak jib letak jawatan dan macha-macha serta geng merican di keluarkan dari UMNO..UMNO akan semakin gagah..haha..
BalasPadamJangan pangkah dacing...