10 Sep 2011

[Bergambar] Isu Keluar Parti: Antara Pembohongan & Realiti

Kenyataan Rasmi : Isu 50 Ahli PAS Keluar Parti - pt_kedah

Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu, kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat, sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS.

Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.

1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat.

Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk: “DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP”, sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato’ Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama “ahli PAS” yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka.

Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.

2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK, PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut.

Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.

4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa.

Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00.

2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00.

3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00.

4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00.

5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00

6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00

7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00

Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.

(Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.)

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP
AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.


Gambar : Ribuan Banjiri Ceramah Mat Sabu Di Taiping Perak

Sambutan terhadap ceramah Tim. Presiden PAS, Mohd Sabu akhir-akhir nie semakin hebat, dimana-mana sahaja ceramah beliau puluhan ribu hadir untuk mendengar sendiri penjelasan beliau. Rakyat khususnya golongan Facebook (pinjam kata2 bang mad dlm ceramah beliau) berpusu2 dan khusyuk mendengar satu persatu.

semalam bertempat di Balai Islam Bukit Jana, Kamunting, Taiping. lebih 10 ribu yang hadir, hasil tinjauan mendapati pendengar yang hadir sanggup datang dari jauh. ada yang datang dari kuala Kangsar, Ipoh Parit buntar bahkan ada juga yang datang dari Lumut dan juga Tapah.

Ini menunjukkan rakyat semakin hilang keyakinan dengan media2 dari kerajaan, ini membuktikan kata2 Prof Dr Shamsul Amri baru2 ini bahawa "Rakyat telah berubah namun cara kempen kerajaan masih tidak berubah".

Oleh yang demikian kita berharap agar cara kempen kerajaan UMNO ini kekal dan tidak berubah supaya rakyat akan mengubah kerajaan yang sedia ada dala PRU 13. -tintahijau













5 ulasan:

  1. Ambil Perhatian

    Ceramah Mat Sabu di Stadium Kota Raja Klang pada Selasa 13.09.2011 jam 9.00mlm.

    Turut serta YB Khalid Samad & YB Dr Siti Mariah

    Rakyat Malaysia di jemput hadir

    ANJURAN PAS KAWASAN KOTA RAJA

    BalasPadam
  2. di Ipoh pun prnh jd kes mcm ni.AMK Ipoh Barat di katakn kluar be rmai2 dr PKR.Disambut oleh Ezam sesumpah.Yg plik ny yg kluar dr Ipoh Brat tp sambutan di Tambun.dn yg lucu ny dlm rmai2 yg kluar PKR tu cuma 2-3 org je org tempatan,slebih ny ada lh org bangla dn myanmar.rupa ny bkn dlm snarai SPR je ada wrga asing,PKR pun ada ahli wrga asing.

    BalasPadam
  3. anda lagi lawak.... 10,000 yg dtg tengok mat sabu... nak tipu pun agak2 ler...

    BalasPadam
  4. Kisah ahli PAS keluar parti ni adalah strategi lama dah berpuluh tahun digunakan oleh UMNO & surat khabar mereka. Mereka masih mencanangkan isu ini kerana masih ramai Melayu yg bodoh. Apa boleh buat, Melayu muliapun kerana Islam,dah hampir 54 tahun Malaysia diperentah oleh org Malaysia sendiri, tahap kefahaman Islam sungguh rendah, banyak amalan agama ini bercampur aduk dgn amalan jahiliah yg haram di bumi Malaysia tercinta ini. Ramai Melayu yg tak mahu berfikir, ramai Melayu sayang nak guna otak utk menilai sesuatu isu, yg ada, majoriti Melayu, apa yg kera jaan kata, maka betul lah, itulah bangsaku!

    BalasPadam
  5. pas, jangan layan sangat mereka yang haram jadah dan gila babi tu.
    biarkanlah mereka nak kata berapa ribu/juta masuk umno.
    rakyat bukannya bodoh macam mereka.
    rakyat dah tau temberang "nujum pa' blalang" p. ramlee tu.
    pas patut buat kerja2 besar.
    buat cepat bersih 3.0 dan 8.0 perkara.
    pru13 dah semakin hampir.
    bukannya melayan perkara remeh temeh dan membuang masa tu.

    - temberang mat sentol.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.