16 Sep 2011

Bagaimana Dengan Kenyataan Khalid Abu Bakar Menuduh Aminul-Rasyid Seorang Penjenayah?

Meskipun mahkamah telah menjatuhi hukuman penjara terhadap anggota polis yang menembak mati Aminulrasyid, 15, namun masih terdapat banyak persoalan berhubung kematian Allahyarham.

Antaranya, tuduhan mengatakan Aminulrasyid penjenayah, cubaan menutup kes berkenaan dan dakwaan polis menemui parang di dalam but kereta yang dinaiki allahyarham, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

“Kita hendak tahu kenapa sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil terhadap bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang menuduh Aminulrasyid sebagai seorang penjenayah.

“Bukan sahaja tiada tindakan malah beliau (Khalid) juga diberikan kenaikan pangkat
,” kata Surendran selaku peguam mewakili keluarga Aminulrasyid.

Khalid yang kini Timbalan Ketua Polis Negara sebelum ini enggan meminta maaf atau menarik balik kenyataannya yang menuduh Aminulrasyid sebagai seorang penjenayah, sebaliknya meminta pihak keluarga berbuat demikian kerana mendakwa remaja itu memandu secara berbahaya.

Surendran berkata demikian selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Korporal Jenain Subi yang didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di antara jam 1.10 dan 2 pagi pada tarikh 26 April 2010 di Shah Alam.

Jenain dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan Jenayah oleh Hakim Latifah Mohd Tahar.

Mengulas lanjut, Surendran berkata, beliau tertanya-tanya kenapa tiada tindakan diambil terhadap anggota polis yang membuat kenyataan palsu bahawa Aminulrasyid cuba merempuh polis pada malam kejadian.

“Ia satu penipuan kerana mereka tidak pula memberikan kenyataan yang sama di mahkamah,”
kata Surendran lagi.

Menurutnya, keluarga AminulRasyid juga mahu tindakan diambil terhadap polis yang menyerang rakan AminulRasyid, Azamuddin Omar yang terpaksa lari menyelamatkan diri sebaik sahaja AminulRasyid ditembak mati.

“Beliau dipukul polis dan terpaksa lari untuk menyelamatkan diri. Keluarga AminulRasyid mahu siasatan dan tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini
,” kata Surendran. -KD


Ulasan GB

Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil ke atas Khalid Abu Bakar yang sekarang memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang satu ketika menuduh Aminul-Rasyid seorang penjenayah.

Siasatan belum pu dilakukan ketika itu tetapi Khalid Abu Bakar telah membuat kenyataan palsu semata-mata untuk melakukan "cover-up" jenayah yang dilakukan oleh anggota polis.

Baca juga entri ini





10 ulasan:

  1. Boleh buat saman fitnah ni.

    BalasPadam
  2. Khalid ni tak payah layan sebab dia adalah polis yang paling BODOH pernah aku tngok... Lebih BODOH dari musa hassan.

    BalasPadam
  3. Dengan keputusan mahkamah itu pihak keluarga aruah tuh boleh kemukakan saman atau apa sahaja untuk mengheret mereka yang 'celupar' itu supaya diadili pula. Setidak-tidaknya mereka dipaksa untuk mengikrarkan maaf dan tersilap mengeluarkan kenyataan ketika itu terhadap aruah, keluarganya dan pihak yang memperjuangkan keadilan terhadap aruah.

    Polis yang berkenaan itu sudah dijatuhi hukum. Aku yakin sekiranya tiada tekanan daripada pihak pembangkang dan orang ramai (pihak kerajaan memang menafikan faktor itu), keluarga aruah itu tak akan mendapat keadilan dan perhatian yang sebegitu. Tahniah Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  4. Baru ni dia komen pasal Mat Sabu lagi best. Nampak dia punya pandai ooo! Nasib kita lah punya timbalan kp cam tu.

    BalasPadam
  5. tak payah di penjarakan, tembak pulak anak beliau apa rasanya......aku doakan supaya dia di balun dalam penjara supaya cepat bunuh diri.

    BalasPadam
  6. nakya kat khalid tu...kan jab lagi akan jadi ketua polis negara..doakanlah moga dia dapt hidayah...yang untung rakyat juga

    BalasPadam
  7. dah dapat kambing hitam sekor...yg lain buat tak nampak tutup mata ...

    BalasPadam
  8. Jika rakyat biasa yg buat kenyataan palsu pasti akan didakwa di mahkamah dan dipenjarakan beberapa tahun, tapi yg Khalid ni lepas gitu je...double standard betul, seolah2 undang2 hanya untuk rakyat dan polis seperti khalid terlepas.

    Ini bukan sekadar buat kenyataan palsu, tetapi sudah buat konspirasi iaitu sengaja meletakkan parang dan menuduh mangsa penjenayah. Tapi seperti biasa, polis yang suka buat konspirasi akan cepat naik pangkat.

    BalasPadam
  9. ...boleh tak..pihak keluarga amirulrasyhid menyaman ketua polis tu...

    BalasPadam
  10. saya setuju benar dan rasanya masyrakat pun nak tengok perbicaraan sebegini....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.