4 Ogo 2011

[Video] Selepas Isu 8TV, TV9 Pula Paparkan Iklan Hina Ibadah Sahur

Pemuda PAS desak TV9 tarik balik iklan sahur

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.

Sehubungan itu, ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, DPPNS mengecam tindakan TV9 menyiarkan iklan berkaitan ibadah sahur yang secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seoarang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur.

“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” ujar Hasbullah kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah s.a.w. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.

Katanya, sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam
.

Sehubungan itu, DPPNS mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dalam negara ini.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” ujarnya. -HD





9 ulasan:

  1. Mungkin saya kurang sensitiviti agama agaknya, tapi pada pendapat peribadi saya iklan ini tidaklah menghina ibadah sahur, bahkan ia cuma menegur orang yang sahur dengan cara yang salah sahaja.

    Ia juga mengingatkan kita supaya tidak terlalu mementingkan apa yang dimasak ketika bersahur, tetapi yang penting ialah melakukan ibadah sahur itu sendiri.

    Kalau wujud 'jiran' ke-3 dalam iklan ini yang sekadar minum air kosong untuk bersahur ( sambil tersenyum tenang ), pada pendapat saya, sudah tentu iklan ini tidak disalahertikan sebagai menghina ibadah sahur.

    Pada saya, menghina Islam dan menghina Umat Islam adalah dua perkara yang berbeza.

    Ataupun mungkin saya saja yang kurang sensitiviti agama, na'uzibillah.

    BalasPadam
  2. Makanya dengan komen di atas terbukti apa saja boleh dipandang dari sudut masing-masing. Itu pandangan anda dan pandangan ini tak semestinya dikongsi oleh orang lain! Apa maknanya? Nah, jangan terlalu sensitif dalam menilai sesebuah filem kerana ia hanya lakonan arahan manusia semata-mata.

    BalasPadam
  3. Salam,
    Aku pun tidak nampak dimana salah dan silap iklan ini..ygdikatakan menghina amalam bersahur ....3-4 kali aku tgk video tu...mungkin org yg ckp menuduh video ini hina ibadah sahur.tengok dari sudut lain...

    BalasPadam
  4. memang ia menghina amalan bersahur, kerana pertama watak-watak itu tidak menggambarkan perilaku sebenar adab masyarakat Islam waktu bersahur.

    kedua, iklan itu hanya menjadi mainan dan bahan jenaka

    ketiga, ia diterbitkan dan dilakukan oleh pihak yg tidak mempunyai ilmu agama dan tidak pula merujuk kepada pihak yang tahu hal-hal agama.

    BalasPadam
  5. salam.
    Banyak lagi aktiviti lain boleh dibuat dalam Bulan ramadhan untuk pahala

    BalasPadam
  6. penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur.

    sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.

    BalasPadam
  7. Aku tak paham kerja pemuda ni. Asyik nak membangkan saja. Patutle tak pandai nak jadi kerajaan.

    BalasPadam
  8. Bangkang yang salah. kalau betul iklan tu perlu dipuji n sokong.

    Kesalahan dari aspek syariah Islam :

    1) tak menutup aurat. cuba buat macam TV Al hijrah mewajibkan pelakon Islam malaysia menutup aurat.

    2) Sahur bukan sekadar berlumba buat makanan atau pasal makan. sahur ialah suatu yg dianjurkan oleh Rasulullah supaya hikmahnya dapat bersedia untuk ibadah puasa.

    3) Persaingan untuk makan. bukankah patut jiran tolong menolong antara satu sama lain. bukan perlu bersaing.

    4) walaupun nampak menghiburkan iklan ramadhan di TV9 dengan DJ dari HOTFM tetapi wujud kecelaruan dalam memahami situasi masyarakat Islam iaitu persaingan dan sikap bersaing yg bukan pada tempatnya di sisi Islam. Islam menggalakkan bersaing dalam menunaikan kebajikan dengan syarat sama2 membantu orang lain untuk melakukan kebajikan itu juga.

    5) benar. pihka TV9 dan HotFm perlu mendapat nasihat alim ulama dahulu sebelum membikin iklan atau filem yg bersangkut paut dengan ibadah Muslim. sepatutnya tanya Tan Sri Abdul Kadir Talib salah seorang ahli lembaga penapis di Bahagian Filem KDN.

    BalasPadam
  9. errr ape yg salahnye... x de menghina pn... pggl jumud marah plak nti.. haish

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.