29 Ogo 2011

[Video] Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO [updated]

Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.

Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera.

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.

Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta?

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD?? -JALAN PULANG

di bawah adalah artikel dari Tukar Tiub...wajib baca

MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA

KOMENTAR TUKAR TIUB

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.


Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Onn Jaafar, ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin.




Apa yang Mat Sabu sampaikan?


Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!

Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.net


Ulasan GB

Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka.

Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.

Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.

TAHNIAH MAT SABU!


29 ulasan:

  1. makin mereka bising makin pecah tembelang dan perut mereka...

    BalasPadam
  2. umngok kian ngok.......
    sejarah sendiri pun tak faham....

    bravooooooo mat sabu........
    lagi kuat hang seghebu...lagi kuat umco bercelaru......

    nak ambik kesempatan....tapi buta sejarah.....

    kah kah kah

    BalasPadam
  3. Wahai bekas perajurit sekelian!!
    Sebab itu selepas kita bersara HAK
    KEISTEMEWAAN KITA TELAH DINAFIKAN.
    Mana dia janji untuk memberikan kita
    tanah?????Ayuh!! TUNGGU KEMUNCULAN
    K.E.R.A.B.A.T!!!!!!

    BalasPadam
  4. Nak buat macamana....orang-orang Melayu memang buta sejarah. Versi wayang cerita Langkasuka - Merong Mahawangsa versi Malaysia menggambarkan orang berpakaian Siam. Versi Langkasuka Thailand menggambarkan orang pakai baju Melayu, bertengkolok, berkeris sebijik orang Melayu.

    Agaknya kita tak pernah bangga sebab seingat aku buku sejarah sekolah ditulis oleh G. Thambirajah bukan orang Melayu pun.

    BalasPadam
  5. Terimakash GB kerana menyiarkan maklumat sebenar, akhirnya kekeliruan dapat dirungkai. Inilah barangkali berkat munajat di 27 Ramadhan. Mereka rasakan perancangan mereka terbaik, tetapi mereka lupa kuasa yang maha besar iaitu perancangan Allah s.w.t. akan menerbalikan semula ke atas mereka.

    BalasPadam
  6. bersemangat semula bila baca ulasan gb walaupun mula2 waktu kisah ini tersiar ahli-ahli pas ada yg menyalahkan mat sabu.

    rupa-rupanya gb melihat dan mendedahkan ada hikmah yang besar dari Allah s.w.t. disebalik isu tersebut. lagi mereka bising lagi mendedahkan kebenaran untuk diketahui oleh sekalian rakyat Malaysia.

    Oh Tuhan, betapa jijiknya mereka yang bernama UMNO itu. Segerakanlah kehancuran mereka dan serahkanlah kepimpinan negara ini kepada orang beriman.

    BalasPadam
  7. busuknya tembelang UMNO bila dah pecah.... tutup hidung semua...

    BalasPadam
  8. benar anon 7:02

    mula2 risau juga dibuatnya apabila kes ini dipalu begitu kuat oleh UMNO sebab kita tak tahu hujung pangkalnya.

    Hah skrg, aku plak nak suruh depa palulah kuat-kuat... bak kata GB pun, lagi dikecohkan lagi terdedah pekong UMNO.

    Hahahahaha

    BalasPadam
  9. Cerita kominis ni tak habis takat Bukit Kepong Yob!

    BalasPadam
  10. pencacai2 dan belaci2 bn/umno kata
    mat sabu pengkhianat (traitor).
    apa kata, kita angkat
    mat sabu sebagai pejuang (patriot).
    kata rpk.
    washington, gandhi dan rizal
    pada mulanya dianggap pengkhianat.
    tapi kini...
    jangan lupa juga
    tok janggut
    maharajalela
    sagor
    ibrahim yaakob
    burhanuddin
    ishak haji muhammad
    ahmad boestaman
    dan ramai lagi.
    nampaknya buku sejarah
    kita perlu disusun semula.

    - pejuang terpinggir.

    BalasPadam
  11. KERABAT DITUBUHKAN OLEH ORANG YANG LARIKAN ASET BEKAS TENTERA.
    HE!HE!HE!

    AKU KENAI SANGAT KEPA NI. MACAM MAT SABU LARIKAN DUIT WARIS IBRAHIM LIBYA.

    BalasPadam
  12. haha.. patutlah negara kita x lebih baik setelah 54 tahun merdeka.. sebab kita tersalah pilih pimpinan.. sepatutnya kita menangkan komunis dan biar bintang tiga yg yg berkuasa di tanah melayu.. tentu nama negara kita masih tanah melayu walaupun presidennya adalah chin peng! kehidupan kita tentu lebih baik dari sekarang,, malah mungkin lebih maju dari mana2 negara komunis.. maju macam soviet union boleh wat roket pi angkasa.. maju macam cina sebelum depa tukar dasar ekonomi.. macam cuba,, macam vietnam,, kita tentu senang lenang.. x banyak pencemaran macam sekarang.. haha.. lawak~

    tok dam

    BalasPadam
  13. Sheikh, ana tersentak bila baca "Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British." Harap tolong betulkan sejarah yang sbenarnya! He! he! Selamat Raya..

    BalasPadam
  14. Panglima Nayan di Kedah.kepala dia digantung Muzium Taipang masa zaman Inggeris..

    BalasPadam
  15. Mintk simpang, kalau korang memerintah ntah apa lagi yang korang ubah demi untuk memenangi undi cina... sayonara... aku x kan undi korang.. (yang lepasa biarkan berlalu dan jadikan pengajaran)

    BalasPadam
  16. pas = komunis sympathiser29 Ogos 2011 pada 2:06 PTG

    kenapa lepas merdeka pun terus membunuh askar & polis melayu? kau kata polis bukit kepong ni ni brkhidmat dgn british sbb masa tu belum merdeka? abis serangan2 lepas merdeka tu apecite?

    BalasPadam
  17. saya ingin respon kepada 1undi yang tak faham sejarah.disini bukan nak bincang soal ubah/tukar sejarah, tapi sejarah walaupun disembunyi bagaimana pun tetap akan terbongkar suatu hari nanti. perkara ini memang telah terfikir dalam fikiran saya semasa saya belajar sejarah di tingkatan 5 dahulu (1974. Selapas 30 lebih tahun ianya terbongkar.Begitu juga dengan sejarah penubuhan UIAM dan pasar tani walaupun cuba disembunyikan sejarahnya tapi ramai yang tahu ia dicetuskan oleh idea siapa

    BalasPadam
  18. Tahniah kepada 1undi kerana masih tetap tebal keMelayuannya. Asyik dok salahkan Cina, India atau lebih senang dikenali sebagai bangsa asing di mata 'Melayu'. Kalau nak undi siapa pun, itu hak kau le. Betapa jelasnya kemunafikan kau tu kerana puak kau yang dok berkawan rapat dengan MCA, Gerakan, MIC, .... awat depa tu bukan Cina/India/Bangsa Asingkah?
    Orang cerita pasal sejarah, dia cerita pasal undi. Inilah kelebihan puak UMNO-APCO, selalu keluar tajuk.
    Kepada XFeminin, memang cerita kominis tak tamat setakat bukit kepong. Aku sokong kalau kominis menentang penjajah dan segala ketinggalan penjajah, biarpun dia tu kulitnya serupa dengan Aku. Kebenaran adalah kebenaran. Keadilan tetap keadilan. Tiada soal sentimen dalam hal ini.
    Aku setuju dengan GB. Biarlah depa canang sekuat-kuatnya, akhirnya akan bongkarlah segalanya. Baru padan dengan 'guru sejarah' yang begitu taksub dengan UMNO. Baginya, tiada UMNO, maka tiadalah Melayu. Begitulah hebat 'iman'nya dan ketaqwaannya pada UMNO.

    BalasPadam
  19. Pembetulan, pada tahun 1950 Empayar British adalah diketuai oleh King George VI, ayah kepada Queen Elizabeth II. Sekian.

    BalasPadam
  20. Sokong Anon 7.43am. Bukan rakyat biasa aje yang buta sejarah tapi penerbit filem macam kisah Putra Gunung Ledang dan Merong Mahawangsa pun tak baca buku sejarah dengan tepat.Apatah lagi bila nak buka cerita tentang pejuang-pejuang kemerdekaan.Untuk makluman ahli dan pencacai UMNO,Tengku Abdul Rahman sedang enjoy diLondon,mana kala pejuang-pejuang Melayu dikejar dan dipenjara oleh British dan Jepun.Ingatlah bahawa UMNO hanya ujud pada tahun 1946 manakala pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu sudah memekekkan "MERDEKA" 30 tahun sebelum ujudnya UMNO.Malulah sikit.

    BalasPadam
  21. Ramai pencacai UMNO Baru dikalangan polis pencen dan askar pencen bangkit membuat laporan polis kononnya Mohamad Sabu sokong komunis dan dijadikan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

    Sebenarnya Mohamad Sabu bukan sokong komunis membunuh rakyat tapi menghina pemimpin UMNO mengambil alih tugas penjajah yang menjadikan 31hb. Ogos setiap tahun sebagai hari malapetaka yang dikelirukan sebagai hari merdeka.

    Nak tutup cerita pemimpin UMNO adalah baruah British maka dituduhnya Mohamad Sabu sebagai pengkhianat negara sokong komunis.

    Semuga timbalan polis negara tidak terlalu emosi dan melatah.... tolong baca sejarah. Rakyat tidak takut pada orang zalim...!

    BalasPadam
  22. Adakah kerajaan Isreal, Amerika dan British berlajar buku sejarah dari Malaysia? Mereka juga menggunakan ayat 'penganas' terhadap pemberontak di negara yang ditakluki.

    Kalau Maliki dan Kazai dicop sebagai pemimpin boneka Amerika, UMNO kita tu boneka siapa?

    Oh tidak, mungkin orang-orang putih tu adalah boneka kita. Tak akan Isreal tiada pengistirafan kita boleh berurusan (eh! bukan kita tapi UMNO & gengnya). Mereka berpengkalan di Amerika pulak tu.

    Kenapa pulak BBC menyiarkan pujian lebih-lebih kepada kepala UMNO kita? BBC tu TV dunia bukan TV Malaysia, habis duit buat iklan tarik balik lagi buat lagi tarik. Kalau dulu TV buat kempen Keselamatan Jalanraya jer, sekarang ni kuat kempen porno, liwat dan meraba-raba pun ada.

    Kehairanan! Kepelikkan! tapi ada Kebenaran!

    BalasPadam
  23. "UMNO barua BRITISH"... kemerdekaan yang kita sibuk2 ni hanyalah mewarisi drp Inggeris...Mcm bapak mewariskan harta kat anak...padahal bukan harta dia pun...apa nk bangga dgn Inggeris....Jepun datang dia cabut....tinggal org2 malaya kena balun dgn jepun...Timbul MPAJA lawan jepun...Bila Jepun kalah...datang balik kat Malaya nk perintah semula....pastu declare org2 yg lawan dia penghianat...sodap dio jo.....
    sejarah yg kita blajar patut direview semula....sape2 yg jd balaci british dialah pengkhianat.

    BalasPadam
  24. hahha..elok pcy la mat sabu tu...dia xcite ker yg komunis nie geng xpcy tuhan(xda agama)..da dia cite hakikat tu pd masyarakat yg pcykn dia....da dia tau disebalik sejarah kenapa gagalnya rundingan baling 1955..ada dia cite.....hahahahah..politik2.....mmg kalo ikutkn hakikat sjrh yg xdicite byk parti2 yg mpjuangnkan utk kemerdekaan nie..napa umno yg mnonjol n sjrh dicatit pun kt umno pjuangn kmerdekaan..sbb pe..pnh tpikir...slm 500thn malaya dijajah..beratus2 parti or persatuan wujud slm tmph pjajahn tu..tp adakah mrk bjaya memerdekakn malaya...n ms slps perg dunia ke2..belambak2 parti or psatuan diwujudkn bg mpjuangn kemerdekaan..tp knp sjrg mcatatkn umno sbg parti yg mperjuangkn kemerdekaan..sbb pe..nk kt tunku abd rahman manipulasi sjrh.nk kt umno nk tipu sjrh..hahaha..sng nya msrkt rini mnerima pkhabran dr org yg xpnh kenal erti kemerdekaan...sejarah mcatatkn bhw umno pjuang kmerdekaan sbb gol nie mwujudkn jln dlm myatu kn org msyrkt utk mgecapi kemerdekaan.sbb kalo dia biarkn,pjuangn kenerdekaan akn jd sia2 sbb xda sapa yg amik alternatif utk memerdekakan ngr..asyik2 dok bising kt luar.meraung n memekik je...tmpilnya umno sbg parti mwakili msyrt ketika itu,utk mmerdekakan malaya..sbb ms tu org putih xyakin yg or malaya bleh mjadi sbuah ngr yg boleh memerintah kalo dberi kemerdekaan..pnh bc sjrh tu..hahaha...sjrh xmenipu,adakan mat sabu faham dsbalik pjanjian2 kemerdekaan n perlembagan yg diwujudkn..sejarah xpnh pinggirkn parti2 yg bgkit mpjuangkn kmerdekaan ms tu..cuma depa yg bc n dgr xbis...napa smua ni dibgkitkn skrg,sbb org cina dr dulu mmg nk rampas tnh melayu dr org melayu..56thn mrk bjuang utk tu..depa msh gagal sbb mrk aggp melayu msh kuat utk bsatu(msh takut akan peristiwa 13mei1969)..skrg knp mrk mnonjol,sbb org melayu sdiri buka jln utk bunuh sjrh n jahanamkn org melayu sdiri..org cina biar org melayu gaduh sesama sdiri..chin peng pnh ugut tunku abd rahman sms rundingn baling 1955..dia kata,kami gagal amik tnh melayu melalui senjata tp 50thn akn dtg kmi akn amik dgn undang2...skrg dah fhm knp depa nk habpuskn sjrh pjuangn org melayu...wlwpun depa tdo len2 bantal tp mimpi depa sama...aku pun xsuka politik..tp kalo politik nk pjuangkn angan2 sorg yg nak jd perdana menteri..lupakn la....

    BalasPadam
  25. En Buka mata...
    camla UMNO tu percaya sgt kt Allah...
    klu percaya...xdenye dia kondem hukum Allah.....kata xsuka politik tp...statement pro umno...isu kat sini sape pengkhianat....zaman tue sapa2 yg pro british dialah pengkhianat.....british bukan xyakin kita xboleh memerintah...tp dia nak org yg mmrintah slps dia blah...org yg boleh mymbung legasi imperialis...ingat klu umno tue parti Islam... british nk bg merdeka ke...
    itu citer sblm merdeka...skang ni maybe ko takut org cina nk rampas blk malaysia..statement ko pun pusing kt situ gak...xabis2 dgn melayu, cina,...apakata klu kita bersatu atas dasar agama...aku yakin confirm kita kuat ....mati pun atas dasar agama bukan bangsa...

    BalasPadam
  26. Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

    Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

    Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

    Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

    Rasional bukan emosi

    Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

    Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

    BalasPadam
  27. Kemuncak isu Bukit Kepong akhirnya Mat Sabu ke kandang salah.Oleh sebab Mat Sabu orang politik,maka kes inipun dah jadi politiklah.Ceramah Mat Sabu yang ada menyentuh pasal cerita Bukit Kepong telah melonjakkan namanya dan menduduki 'Top Ranking' strategi pihak lawan menjelang pilihan raya.Semua yang celik politik melihat situasi ini hanya perang saraf menjelang pilihan raya.Rakyat Malaysia sekarang bukan lagi rakyat pada zaman Mat Indera!

    BalasPadam
  28. kenapa jinssamsudin berjaya buat filem bukit kepong tetapi gagal buat file PASIR SALAK yg memaparkan kejahatan birch laknatullah ?

    seperti ada tgn2 ghaib freemason yang menghalang filem itu diterbitkan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.