Pakatan mampu rampas 100 kerusi Parlimen
Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.
Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.
"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.
Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.
Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.
azlanSelain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.
"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati. Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa,” katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.
Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.
Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang. -mk
Ulasan GB
Benarkah Pakatan Rakyat mampu melonjakkan pungutan kerusi dari 75 ke 100 di dalam PRU13 akan datang?
YA jika ditinjau hanya berdasarkan dari sokongan rakyat selepas perhimpunan BERSIH 2.0 per se.
TIDAK sebaik sahaja isu "serangan gereja" timbul apatahlagi dengan "sokongan terbuka" yang disuarakan oleh Pemuda PAS kepada Exco Selangor Hassan Ali terhadap tindakan JAIS & Polis.
Kajian Wong Ching Huat tersebut telah mengabaikan isu-isu selepas perhimpunan BERSIH.
Jika Hassan Ali seorang saja menyokong, impaknya tidak begitu besar tetapi apabila Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS menyuarakan secara terbuka menyokong (sekalipun PAS Pusat sendiri baru hendak mengadakan pertemuan dengan pihak JAIS dan gereja) maka dengan sendirinya impaknya menjadi meluas. UMNO berjaya mencuri kerusi-kerusi di kawasan pengundi Melayu yang bermarginal kecil.
Menurut pemerhati politik, tindakan Exco Selangor dan Pemuda PAS tersebut telah berjaya mengalihkan sedikit sokongan rakyat kepada UMNO walaupun ia telah di perbaiki sebelum itu dengan pembelaan dari Dr. Asri bahawa kegagalan institusi zakat didalam menjaga kebajikan umat Islam adalah merupakan penyumbang utama kepada sebab mengapa umat Islam "terpaksa" menerima bantuan daripada pihak gereja.

GB,
BalasPadamTolong fikir terbuka, kenapa PAS menyokong, sebab mmg ada bukti yang mereka hendak memurtadkan org islam....
GB dalam hal nie , GB walau sebenci mana GB benci Hassan Ali, tindakan dia hari nie adalah betul...
Kalau GB nak marah... marah la pusat ZAKAT kerana tidak menjalankan tanggungjawab carik2 org miskin... seperti apa yang telah terjadi dalam isu gereja itu... tolong GB carik maklumat dalam internet.. apa yang berlaku didalam gereja itu....
tolong GB... jangan kerana kebencian anda... buatkan bende betul menjadi salah... ini nasihat
salam..kenapa lambat sangat pas nak berjumpa pihak gereja nak tunggu minggu depan plak tu ini isu yng sensitif..
BalasPadamapa-apa kita tunggu PRU 13 nanti..PR dan rakyat tidak gusar siapa yang akan menang..kami cuma mahu sistem pilihanraya yang adil..adakah itu menggugat keamanan negara?fikir2kan wahai UMNOIAN..
BalasPadamEntri Terhangat!! :
Gempak!!Video Latar Belakang Muzik Menggunakan Kamera..
Politik- Nak Sorok Buat Apa!!