Pembongkaran demi pembongkaran berhubung kepincangan Program Pemutihan Pendatang Asing (6P) baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak serta sanggup melakukan apa sahaja taktik kotor bagi memastikan mereka terus kekal berkuasa.
Malah, tindakan terdesak itu juga jelas menggambarkan bahawa segala taktik kotor itu didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ini berikutan, Najib didakwa pernah mengeluarkan arahan agar Umno Selangor bekerja bersungguh-sungguh dan menggunakan segala senjata yang ada bagi membolehkan Umno-BN menawan kembali negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara tersebut ternyata menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat kerana ia melibatkan keselamatan dan masa depan negara.
“Kita tidak terkejut tapi agak khuatir tentang masa depan dan keselamatan negara kita kerana perkara sebegini boleh dibuat sewenang-wenangnya. Kita juga prihatin dengan masa depan pendatang asing kerana mereka seolah-olah diancam sekiranya tidak memberikan sokongan yang diperlukan,” katanya memberitahu Tv Selangor.
Menurut Nik Nazmi, perkara tersebut juga jelas melanggar undang-undang malah tidak bertepatan dengan nilai-nilai agama Islam mahupun bangsa Melayu seperti yang di uar-uarkan selama ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendedahkan salinan surat sumpah kepada media selain mendakwa ianya sebahagian daripada syarat tetap yang perlu dipatuhi warganegara asing.
Helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."
Namun begitu, gerak kerja penyampaian maklumat kepada rakyat mengenai situasi sebenar yang berlaku perlu diteruskan dan beliau percaya rakyat kini sudah cukup matang untuk menilai perkara sebenar walaupun cubaan penipuan ini akan berterusan.
Malah, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan mengambil mudah situasi ini sebaliknya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

Dalam memastikan kedamaian dan keharmonian di Malaysia maka setiap orang perlu tahu peranan dan tanggungjawab.
BalasPadamJika setiap langkah yang diambil di pandang positif maka gambaran yang di terima pun akan positif begitu juga sebaliknya.
Berapa banyak kejadian yang negatif bila limpahan pati terjadi dan betapa kesan terhadap ekonomi dan sosial tercalar. Biarpun begitu kita tidak menolak adanya sumbangan mereka.
Betapapun satu kawalan perlu ada maka apakah ini juga dijadikan isu politik jika ianya sebagai akujanji terhadap negara ini....?
Setelah mereka berada dan bernaung dibawah kerajaan BN yang banyak memberi kesempatan dalam peluang pekerjaan dan sebagainya.
Kita perlu melihat secara meluas dan hasrat yang ingin diutarakan dan jangan hanya dalam skop sempit mainan politik semata-mata...Seorang yang baik dapat menilai dan berterima kasih kepada yang berbudi .....bukan hanya pandai menggigit kaki.....walahaualam
Bila manusia yang diberi kuasa membuat keputusan berdasarkan kepentingan tertentu, bukan kerana polisi dan undang-undang negara, maka merekalah pengkhianat negara, yang patut dibicarakan dimahkamah. Tetapi selagi kuasa ada pada mereka, siapa berani bawa mereka kemuka pengadilan? Tetapi kuasa rakyat sudah pasti kuasa keramat, teruskan membongkar penyelewengan dan penipuan mereka ini kepada rakyat & dunia, biar semua orang tahu Kera jaan yang ada ini adalah Kera jaan yang dipilih secara menipu.
BalasPadam