17 Ogo 2011

Pasar Raya Perlu Asingkan Segera Mentega DNA Babi

Kuala Lumpur - Semua pengusaha pasar raya dan peruncit diminta mengasingkan segera mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke dalam rak seksyen tidak halal dengan segera.

Ia bagi mengelakkan umat Islam daripada terbeli mentega berkenaan sebagai bahan membuat kek dan biskut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihak berkenaan juga perlu melupuskan logo halal yang tertera pada bungkusan mentega tersebut.

"Kami meminta kerjasama semua pengusaha pasar raya dan peruncit supaya mengasingkan segera mentega mengandungi DNA babi itu daripada rak halal ke dalam rak tidak halal dengan segera,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia disahkan tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam pasar raya Carrefour, Salmieah Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menghentikan penjualan mentega tersebut dua minggu lalu selepas pengguna mula meraguinya.

"Kita ada dengar cerita mentega ini ada DNA babi dan disebabkan logo halalnya bukan daripada Jakim, maka penjualannya kita hentikan dua minggu lepas," katanya.

Berita Terdahulu

SAHIH: Mentega Pure Creamery Butter-Golden Churn Mengandungi DNA Babi & Tidak Halal


7 ulasan:

  1. Sejak akhir-akhir ini kita telah melihat kebobrokan pentadbiran di PPinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.(perhimpunan Bersih, gereja-murtad, bacaan Al-Quraan-Azan dan sebagainya)
    Keboborokan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?) tanpa mempertahankan akidah dan syiar Islam. Keadaan ini barangkalinya tidak akan terjadi sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP yang sememangnya anti-Islam....
    Kembalilah PAS kepada perjuangan asal sebuah negara Islam bukannya negara kebajikan seperti yang direncanakan dan disukai oleh DAP....!
    Sesuatu yang manis dalam perjuangan adalah mengakui kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.

    BalasPadam
  2. bagusla Carrefour..stopkan terus penjualan..

    BalasPadam
  3. Ramai dok telan kuih yang dijual sempena H raya...Jadi makan kuih tradisi dan air sirap sudahle raya ni. Jika kat Rusila tok guru sedia Nasi Daging, tapai dan air manis....dah cukup tu...tak payah dok terlibat dengan benda2 syubhat....HATI2 SEMASA MEMBELI KUIH MUIH HARI RAYA....BOLEH MEROSAKKAN AQIDAH JIKA DAH MAKAN BENDA YANG BERCAMPUR-CAMPUR

    BalasPadam
  4. pandai awak dok kata PAS bukan2...buat le laman WEB sendiri dan jangan dok berselindung kat sini...umno yang bobrok

    BalasPadam
  5. Kepada tungkaran hati.blogspot

    rasanya BN yg perintah 54 tahun kan??bukan PR kan??isu makanan ni PR ke yg letakkan halal haram ni smua??hati2 lah dlm memberi komen....anda menampakkan diri anda terlalu dangkal dan tidak berfikir dahulu sebelum menyalahkan orang lain...

    BalasPadam
  6. Agak2 apa dalam hati tungkaran hati yang menentukan hala tuju PAS dalam menegakkan Syiar Islam di Negara ini. NAk harapkan UMNO/APCO/AMPORNA/BN ,dah lebih 54 tahun diberikan peluang memerintah, dah tertegak ke undang2 Islam di Malysia. Wahai tungkaran hati ,tukarkan hati tu dari menyokong UMNO/APCO/UMPORNO/BN kepada perjuangan PAS yang sememangnya dari dulu , kini dan selamanya memperjuang kan ISlam.

    BalasPadam
  7. Mana g nya petugas2 yg uruskan halal haram product2 di malaysia..makan gaji buta ke???JAKIM o JAKIM g lah hentikan benda2 yg mmg SAH2 haram....tarik balik butter churn dari pasaran......JAKIM!awak akan tnggong semua yg xhalal yg kami makan.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.