5 Ogo 2011

PAS S'gor Desak Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat JPN

Semakin banyak pembongkaran salah laku data daftar pengundi dikesan muktahir ini terutamanya yang melibatkan warganegara asing menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dakwaan pemberian status kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu kini mencuri tempat selepas gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat menggerakkan jentera mengumpul segala bukti bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.

Sehubungan itu, Pas Selangor hari ini mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salahgunakuasa oleh JPN yang dianggap menguggat kedaulatan negara.

"Saya yakin selepas insiden ini rakyat merasa sangat keliru dan bimbang dimana keselamatan pengeluaran kad pengenalan kita," kata Setiausaha Pas selangor Mohd Khairuddin Othman pada sidang media tadi.

Menurut Mohd Khairudin, pihaknya telah mengadakan sebanyak 1,860 bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku ke 2 tahun 2011 yang tamat pada 2 Julai lalu.

Antara perkara yang disuarakan termasuk SPR sengaja tidak menyertakan alamat lengkap pengundi selain dakwaan terdapat pihak tertentu yang membawa masuk pengundi-pengundi yang tidak berkelayakan ke negeri Selangor
.

Ini termasuk dakwaan bahawa SPR gagal memasukkan seramai 240 nama pengundi Cina yang telah didafarkan sebagai individu layak memilih.

"Melebihi 240 nama yang kita daftarkan tapi tidak keluar dalam rang daftar pemilih untuk suku kedua,"
katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairudin berkata pihaknya baru-baru ini berjaya mengesan kelibat mengedar kad pengenalan biru kepada warga Indonesia dan Kemboja di DUN Paya Jaras.

Dalam dua kejadian yang berasingan itu Khairuddin berkata, seorang individu tempatan dipercayai menjadi agen pengedaran kad pengenalan dan borang permohonan warganegara kepada yang lain.

Kata beliau, setelah kad pengenalan biru tersebut dimasukkan ke dalam pengimbas cip, nama yang tertera adalah betul namun perkara yang mengejutkan apabila pihaknya menyemak dilaman web JPN, kesemua nama tersebut berstatus Penduduk Tetap (Merah).

"Yang peliknya apabila kita ambil kad pengenalan ini dan dimasukkan dalam pembaca kad, ianya dapat dibaca. Tapi bila kita semak dalam laman web JPN, kad pengenalan merah," kata beliau.

Pas sebelum ini telah menyenaraikan 610 nama yang dikesan memiliki kad pengenalan berwarna merah di dalam senarai layak mengundi SPR.

Berdasarkan pecahan, DUN Semenyeh mendahului dengan 261 pengundi diikuti DUN Paya Jaras 225 pengundi, DUN Kajang 140 pengundi dan DUN Dusun Tua 49 pengundi.

Kejadian pada 2 Julai lalu turut disentuh Mohd Khairuddin apabila berjaya mengesan rekod kerakyatan Penduduk Tetap bagi 610 orang warganegara asing bertukar kepada warganegara dalam masa 24 jam setelah Pas mendedahkan perkara tersebut kepada media.

Walhal menurutnya, proses menukar status kad pengenalan memerlukan kehadiran secara fizikal individu tersebut untuk diimbas menerusi sistem biometrik.

"Tan Sri SPR menyebut bahawa JPN tidak kemaskini data. Kalau data tidak dikemaskini, kenapa nama-nama ini boleh ada dalam Rang Daftar Pemilih yang disebut telah disaring dan diproses?" ujar beliau.

Justeru, Pas menyatakan kebimbangan berdasarkan jumlah individu layak mengundi yang memegang kad pengenalan merah kian bertambah saban hari akibat tindakan meragukan oleh JPN dan SPR.

Oleh yang demikian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa untuk tampil memberi penjelasan kerana ianya melibatkan isu keselamatan negara yang semakin membimbangkan.

Sejurus sidang media itu tadi, Pas membuat laporan polis terhadap JPN untuk menyiasat dalam disebalik konsporasi yang dipercayai menjaga kepentingan kerajaan.

5 ulasan:

  1. Sementara menunggu pembentukan Suruhanjaya Bebas untuk mengkaji isu JPN nak mewarganegarakan hampir 2 juta PATI,eksesai pendaftaran PATI yang sakarang berjalan menggunakan sistem biometric wajar dihentikan serta-merta.

    BalasPadam
  2. Saya nak berkongsi maklumat dengan GB , melalui beberapa akhbar Ingeris yang lalu, pada 1 Jun 2006 ,Menteri Dalam Negeri , Datuk Sheikh Radzi Sheikh Ahmad telah melancarkan MyPR bagi membezakan pemegang2 MyKAD. Sehingga 22 Mei ,2006 didapati seramai 378,088 penduduk asing berstatus penduduk tetap tinggal di Malysia , tetapi sehingga 1 Jun 2006, hanya 114,615 sahaja yang baru menukarkan kpd MyPR yang baru. Beliau mengharapkan sehingga 31 Dis 2007 semua penduduk tetap telah mendapatkan MyPR yang baru.

    BalasPadam
  3. Bercakap di Seremban ,Deputy Home Affairs Minister Datuk Tan Chai Ho pula menjelaskan sehingga Oktober ,2007 lebih kurang 210,000 ribu penduduk tetap masih lagi gagal menukarkan ic lama kepada MyPR menurut laporan dari akhbar inggeris pada 22 Oktober,2007.
    Manakala 15 April ,2008 , Home Minister , Datuk Seri Syed Hamid Alber pula menjelaskan bahawa pihak kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh kpd penduduk tetap yang masih gagal menukarkan ic lama kepada MyPR yang telah dilancarkan pd tahun 2006 , yang mana sehingga kini seramai 378,245 penduduk tetap telah didaftarkan. Agak mengecewakan seramai 204,901 masih belum menukarkannya. Kenyataan ini beliau berucap di Putrajaya semasa membuat lawatan di Jab. Pendaftaran Negara bersama2 dengan timbalan2nya.
    Selepas dari ini ,tiada maklumat lagi dari akhbar2 tempatan.

    BalasPadam
  4. Haramkan ic xxxxxx-71-xxxx untuk mengundi.

    BalasPadam
  5. Untuk makluman ,bukan semua pemegang ic kod 71 penduduk tetap atau pendatang asing, malah ada juga pemegang kad ic / Mykad kod 71 berstatus wargenegara. Maklumat terperinci HANYA pihak JPN sahaja yang tahu. Pihak JPN amat mengenalpasti samada ia MyKAD atau KyPR. Ada juga rakyat yang dilahirkan diluar Malaysia tetapi didaftarkan dengan kod 71 kerana kedua2 ibubapa mereka adalah wargenegara Malaysia.Sesungguhnya telah lama pihak kerajaan mengambil mudah perihal kewargenegaraan ini, mungkin ada agenda yang tersirat...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.