14 Ogo 2011

PAS Mohon Agong Ambil Tindakan Terhadap SPR

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memohon Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana gagal menjalankan tugas mereka bagi memastikan daftar pemilih bersih dan tidak dicemari penipuan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan pendedahan media yang dilakukan beberapa minggu ini membuktikan betapa daftar pemilih yang disediakan diragukan kesahihannya tetapi terus dinafikan oleh SPR.

"Kehilangan kepercayaan sebahagian rakyat kepada SPR begitu memuncak sekarang.

"Oleh itu kita harap YDPA campurtangan segera dan ambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR kerana gagal jalankan tugas," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

SPR kini dibelenggu pelbagai kontroversi seperti isu 'Mismah', status MyPR bertukar kepada pemegang MyKad dalam tempoh beberapa jam dan banyak lagi.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut menambah betapa Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusoff dan Timbalannya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar seringkali bertindak menyebelahi kerajaan Umno-BN.

"SPR suka guna kalimah parti pembangkang. Umno boleh, tapi bagi SPR semua parti politik adalah pelanggannya," ulas Mat Sabu.

Apapun, menurut beliau, tindakan membersihkan daftar pemilih dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menerajui suruhanjaya menjalankan tanggungjawab dengan telus dan amanah, merupakan langkah terbaik demi masa depan Malaysia.

"Jika rakyat terima keputusan pilihan raya, negara ini akan aman. Jika rakyat tolak, ia berbahaya pada keselamatan negara.

"Kita tak ada masalah parti lain menang.. tapi akan jadi masalah jika mereka menang kerana manipulasi daftar pemilih," tegas Mat Sabu lagi.



2 ulasan:

  1. pemimpin UMNO, Pengampu UMNO, Barua UMNO dan Anjing suruhan UMNO akan menipu dan putarbelit fakta kepada YDPA kerana UMNOBN tahu kuasa YDPA terhad dan tidak boleh buat apa apa perubahan.
    Rakyat atas pagar juga ada hak mengundi.

    BalasPadam
  2. UNDI POS juga mesti dihadapkan pada
    YDPA.Ini supaya mengingatkan PAT dan
    ketigax PTD, PTL dan PTU yang kamu
    semua termasuk anggota ATM semasa
    memasuki tentera telah mengangkat
    sumpah untuk taat setia kepada YDPA
    dan bukannya UMNO NGOK.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.