MyKad - JPN, SPR dan konspirasi terkotor? Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad
Banyak yang di perkatakan oleh pelbagai pihak apabila berlakunya pendedahan isu yang cukup membimbangkan sebahagian besar rakyat di negara ini serta mengancam keselamatan negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Paling terkini beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru yang didakwa dilakukan secara terdesak oleh pimpinan tertinggi negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.
Bagi saya, pendedahan persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN bukanlah suatu yang 'mengejutkan' kerana ianya 'isu lama' telah sejak sekian lama wujud di negara kita. Pendedahan penipuan serta manipulasi pilihan raya inilah yang menjadikan demokrasi di negara kita berjalan dalam keadaan yang penuh kepincangan dan tempang.
Fakta persekongkolan
Saya teringat satu fakta persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN ini apabila berlakunya pendaftaran beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu.
Konspirasi yang digelar 'Projek Isuzu' ini dilakukan pada pilihan raya umum 1995 adalah bagi menumbangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) di kawasan parlimen Marang.
Begitu juga dengan pertambahan pengundi yang mendadak serta peratus keluar mengundi yang 'amat luarbiasa' di seluruh negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 yang lalu sehinggakan ada kawasan yang melebihi 90 peratus keluar mengundi.
Keputusan amat luarbiasa ini menjadi 'konspirasi misteri' sehingga sekarang sehingga ia berjaya menumbangkan kerajaan PAS di Terengganu.
Yang terbaru adalah pendedahan mengenai 'Projek IC Sabah' yang merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti JPN. SPR dan Jabatan Imigresen.
Aktivis hak asasi dan masyarakat dari Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan bahawa sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah. Beliau mendedahkan tentang Projek IC ini adalah bagi membawa pendatang tanpa izin dan di berikan IC serta mendaftar nama mereka dalam daftar pemilih yang di sediakan oleh SPR bagi melayakkan mereka menjadi pengundi yang 'sah'.
Projek IC Sabah yang dilaksanakan ini dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayub, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Sani Adnan serta beberapa pimpinan tertinggi dan di lakukan ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990an.
Siasatan Awam
Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam konspirasi besar ini? Dan apakah akan ada usaha dari pihak kerajaan bagi menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Awam bagi menyiasat isu ini?
Namun bagi saya, isu pokok yang harus di lihat oleh semua pihak adalah peranan SPR itu sendiri. Apabila isu kredebiliti SPR menjalankan tugas mereka secara adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil menjadi pertikaian, maka demokrasi di negara kita akan terus menjadi tempang.
Ini ditambah lagi dengan 'hilang keyakinan' rakyat awam terhadap peranan SPR sendiri. Penjelasan serta jawaban yang di berikan oleh SPR mengenai isu MyKad serta serta pelbagai isu yang menjadi pertikaian dilihat amat tidak meyakinkan dan berat sebelah.
Lebih parah lagi SPR kini hanya dilihat menjalankan tugas mereka 'berkhidmat untuk Umno/BN' bagi menjamin kelangsungan kuasa di Putrajaya.
Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa menurut Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mestilah mendapat 'kepercayaan awam'. Namun dengan perkembangan terbaru ini, 'kepercayaan awam' terhadap SPR telah terhakis sama sekali dengan perananya yang dilihat gagal menjalankan tugas sebagai sebuah badan bebas dan adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan telus.
Bagi saya, untuk menjamin masa depan demokrasi dan pilihan raya di negara kita, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar berundur segera dan izinkan Kebawah Duli Yang Di-Pertuan Agong membentuk serta melantik kepimpinan SPR baru yang telus dan BERSIH.
Ulasan GB
SPR sudah hilang kredibilitinya untuk mengendalikan pilihanraya di Malaysia. Namun bagaimana hendak menggugurkan kuasa SPR tersebut dari meneruskan pilihanraya?
Dengan sekalian banyak bukti yang ada, Pakatan Rakyat sepatutnya telah lama dan telah banyak kali mengemukakan writ saman kepada SPR dan Kerajaan Malaysia.
Kita perlu lakukan sampai benar-benar berjaya. Di parlimen, PR mesti terus mendesak supaya penubuhan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Salahlaku SPR. Di mahkamah PR mesti kemukakan saman bagi mengisytiharkan SPR sudah hilang wibawa selaku badan yang bebas dan berkecuali untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini.
Hal ini perlu di bawa sampai ke peringkat antarabangsa jika perlu, iaitu ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Selama BN memerintah dan SPR mengendalikan pilihanraya, pemantau antarabangsa tidak pernah dipanggil untuk memantau proses perjalanan pilihanraya di negara ini. Sedangkan di negara-negara lain termasuk di negara jiran baru-baru ini, di Indonesia dan Thailand, pemantau luar/antarabangsa diundang untuk meninjau perjalanan pilihanraya di negara tersebut.
SPR sengaja tidak memanggil pemantau luar bagi mengelak kerja-kerja kotor mereka di kesan.

cadangan ni bagus. ada dua persoalan. adakah kerajaan setuju? macamana nak setuju, sebab semua tu UMNO yang rancang. yang kedua kalau suruhanjaya diraja dipersetujui, siapa yang memilih ahlinya.? sudah tiada lagi yang boleh dipercayai. sudah tiada lagi yang boleh diharapkan.
BalasPadamInilah dia pengkhianatan terhadap
BalasPadamnegara.Amanah yang dicabuli.Tak layak
diberi tanggungjawab kepada merekax
ini.
Bukan kah SPR di bawah Agong?.
BalasPadamBukan kah Agong mempunyai kuasa tertinggi di Negara ini?
Apakah Agong tidak mempunyai sumber maklumat mengenainya?
??
agong boleh bersuara sekiranya ada nasihat dari PM.
BalasPadamPutra IJ80,
BalasPadamPerlantikan Pengerusi SPR nama aje perlantikan Agong tapi pada hakikatnya ditonjolkan oleh PM.Mereka tak taat setia kepada Agong tapi taat setia pada PM,orang yang memilih mereka.Dalam Perlembagaan Negara perkataan "nasihat" tu maknanya "terima,sama ada suka atau tidak.Itulah sebabnya "kekebalan raja" wajar dikembalikan kepada Raja-Raja Melayu.Ini semua dulu Mahathir Kutty punya angkara.Sekarang baru nampak akibatnya.
Pastikan tiada pilihanraya selagi ada pengundi luar yang membantu memenangi parti umno dan bersihkan dahulu data pengundi jika tidak jangan benarkan DYMM membubarkan Parlimen dan rakyat tetap akan membantah segala komplot dari JPN/SPR kerana ini cukup mengecewakan warganegara yang telah/akan mengundi nanti sampai kiamat pun BN/Umno akan berkuasa kita tidak kisah jika kemenangan itu adalah dengan cara yang benar diharap semua NGO dan parti Politik yang bertanding membuat bantahan terus menerus sehingga kalau bolih diminta campurtangan dari negara luar untuk mendesak supaya pilihanraya itu benar2 bersih dari penipuan yang membahayakan negara jika tidak kita bimbang akan menjadi seperti negara Mesir atau Libya bila rakyat bangkit menumbangkan kerajaan yang tidak ikhlas dan menzalimi rakyatnya sendiri
BalasPadam