Gadis hilang ditahan peras ugut keluarga
PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.
Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.
Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.
Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.
“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.
“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo
BERITA SEBELUM INI
Ulasan GB
Iman tak dapat dijualbeli dan tak dapat diwarisi.
Sekalipun ayah seorang yang warak, ibu berpurdah - menyangkakan anaknya telah diberikan didikan agama sebaik-baiknya - tetapi iblis bijak untuk "mencuri" anak gadisnya dan mengikut pakwanya ke mana saja ia hendak dibawa..
Berwaspadalah sentiasa. Lindungilah diri dan diri keluarga dari tipudaya syaitan yang sentiasa menggoda....

Gadis Hilang Selepas Hadiri Kelas Tambahan
Azizan Hassan (kiri) bersama isterinya, Shahrizad Shafian menunjukkan gambar anak gadis mereka yang hilang, Ameerah Asha Azizan di pejabat kosmo! di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Kedatangan Ramadan kali ini disambut dengan hiba oleh Azizan Hassan, 43, dan isterinya, Shahrizad Shafian, 40, apabila anak perempuan mereka menghilangkan diri sejak 12 Ogos lalu.
Menurut Shahrizad, anak mereka, Ameerah Asha Azizan, 17, tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini.
Sharizad memberitahu, sebagai ibu dia amat bimbangkan keselamatan anak gadisnya kerana dia sebelum ini tidak pernah bersendirian di luar rumah tanpa ditemani ahli keluarga.
“Kali terakhir saya jumpa dia ialah semasa dia mahu ke sekolah Jumaat lepas. Dia beritahu akan pulang lewat sedikit sekitar pukul 4 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan.
“Namun pada pukul 5.30 petang dia menghubungi saya memberitahu bahawa dia lewat sebab tidak ada bas dan hari hujan,” ujarnya ketika datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam. Bagaimanapun, pasangan itu mula bimbang apabila sehingga pukul 6.30 petang Ameerah Asha masih tidak pulang ke rumah di Puchong.
Menurut Shahrizad, mereka telah keluar mencari Ameerah Asha di sekitar sekolah dan juga hentian bas namun tidak berjaya dan telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini.
“Tidak ada sesiapa nampak dan tahu di mana dia berada termasuk guru dan rakannya,” katanya.
Shahrizad memberitahu, anak sulung daripada dua beradik itu merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat menghormati ibu bapa.
“Dia juga seorang yang sangat menepati waktu dan akan menghubungi saya sekiranya dia terlewat pulang,” katanya.
Ujarnya, Ameerah Asha bakal menduduki ujian percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 September ini dan merayu orang ramai agar membantu mencari anaknya.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi Azizan di talian 013-7743477 atau Shahrizad (012-6430432).
Ulasan GB
Iman tak dapat dijualbeli dan tak dapat diwarisi.
Sekalipun ayah seorang yang warak, ibu berpurdah - menyangkakan anaknya telah diberikan didikan agama sebaik-baiknya - tetapi iblis bijak untuk "mencuri" anak gadisnya dan mengikut pakwanya ke mana saja ia hendak dibawa..
Berwaspadalah sentiasa. Lindungilah diri dan diri keluarga dari tipudaya syaitan yang sentiasa menggoda....
tak sangka ada jugak perempuan macam nie...
BalasPadamEntri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Impian Wanita Zaman Sekarang
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
3)Faktor Kegagalan Pelajar Universiti
Tak tau apa nak kata. Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
BalasPadamIbubapa gadis ini perlu bertindak segera dengan menghantar nya ke sekolah murid jahat...itupun jika masih sayangkan anak mereka...fikir-fikirkan lah.
BalasPadamIsteri saya kata ini semua salah suami/bapa yang tak guna "qualiti time" dengan anak-anak, lelaki hanya pandai buat anak tapi tak tahu didik anak. Yang kerja asyik balik lambat, yang ustaz asyik kesana kesini bagi ceramah tapi anak bermasalah, minta pendapat sikit.
BalasPadamKhairi, iyakan aje. tak guna pun melawan dah mmg natijahnya perempuan mcm tu. kita serupa :)
BalasPadam