22 Ogo 2011

Bertekad Untuk Memurtadkan Lebih Ramai Muslim

Shah Alam - “Ya Tuhan, kalau benar agama Kristian adalah jalan saya, kuatkanlah saya, untuk terus mengkristiankan orang Islam di Ar-Arqam ini, dengan nama Jesus, Amin”, itu antara doa harian Mohammad Arabi Abdullah, 50.

Walaupun ketika itu, beliau sudah hampir empat tahun memeluk Islam, beliau masih mengamalkan agama Kristian.

Tujuannya untuk mengetahui tentang Islam tetap diteruskan dan saban hari, beliau menunaikan solat lima waktu dan berdoa, “Ya Allah kalau benar agama Islam adalah jalan saya, kuatkanlah saya untuk terus mencintai Islam, Amin.”

Menurut Arabi, tujuan asal memeluk Islam adalah untuk memurtadkan lebih ramai orang Islam.

“Saya masuk Islam, setelah menjadi anak angkat sebuah keluarga di Sarawak. Saya juga mengkaji tentang Islam supaya mudah menarik orang Islam masuk Kristian.

“Ketika itu, usia saya 15 tahun, keluarga angkat mahu menyekolahkan saya kerana sebelum ini, saya tidak pernah bersekolah sejak kematian ibu, saya tinggal dan dibesarkan di gereja sejak berusia tiga tahun.,” katanya.

Sebelum bertemu dengan keluarga angkat, Arabi dimasukkan ke Hospital Kuching disebabkan penyakit misteri.

“Setelah sembuh, saya terus tinggal di hospital menjadi sukarelawan, saya mengkristiankan empat orang pesakit.

“Walaupun saya masih belasan tahun, semangat mengkristiankan orang kuat kerana perkara itu, sudah tertanam sejak kecil ,” katanya yang dilatih menjadi paderi sejak kecil.

Arabi berkata, dia dilatih mendekati orang supaya disenangi setiap gerinya dan apabila orang tanya siapa mengajarnya, dia akan katakan Kristian mengajarnya.

Menurutnya, itu sebahagian pendekatan digunakan untuk memurtadkan orang, iaitu dengan berbuat baik kepada mereka dan menariknya secara halus.

Namun, segalanya berubah apabila dia masuk Ar-Arqam, niat untuk memurtadkan orang berubah apabila dia nampak keindahan di dalam Islam.

“Saya sering menimbulkan persoalan dengan ustaz sehingga menimbulkan kemarahan di hati mereka.

“Di Ar-Arqam kami makan di dalam dulang. Saya bertanya, kenapa makan seperti itik (dengan niat mahu memburukkan Islam), lalu Ustaz itu menjawab, Islam mengajar kita tidak membazir dan tidak perlu berebut pinggan yang membolehkan timbul pergaduhan kerana Islam tidak suka akan peperangan,”
katanya.

Pada malamnya, Arabi menunaikan solat berdoa dalam dua cara Islam dan Kristian, setelah itu merasakan ada ‘kesejukan’ ketika dia bersolat.

Sejak daripada malam itu, dia dengan rasminya, meninggalkan Kristian setalah empat tahun menganut dua agama.

Setelah keluar daripada Ar-Arqam dia terus mendalami Islam dan menjadi penceramah bebas. -SH


Ulasan GB

Berdasarkan kisah di atas, jelas menunjukkan bahawa "kemenangan" Islam ke atas agama lain ialah "hujjah". Bukan kerana tekanan, bukan disebabkan tunjuk perasaan bukan juga dengan undang-undang.

Di dalam Hikayat Munsyi Abdullah, dikisahkan bahawa Munssyi pernah diasuh untuk mempelajari BIBLE, malah beliau merupakan penterjemah Bible ke dalam Bahasa Melayu.

Sewaktu beliau diajak untuk memeluk ugama Kristian oleh padri yang menyayanginya ketika itu, beliau menjawab, "Cikgu membaca satu kitab iaitu Bible, saya membaca dua kitab iaitu Al-Quran dan Bible. Tentulah saya lebih tahu ugama mana yang betul dan yang perlu saya ikuti." Maka terdiamlah padri yang menjadi cikgunya pada ketika itu.

Beliau mengkisahkan bahawa beliau menterjemahkan Bible itu ke dalam Bahasa Melayu supaya kita dapat mengetahui ilmu Kristian dan kemudian mudah untuk berhujjah dan menjadi benteng keimanan kita sendiri. Sama seperti apabila kita mempunyai mengetahui "ilmu" musuh di dalam peperangan, maka mudahlah untuk kita memenangi peperangan itu.

Masalahnya kini, ialah umat Islam sendiri MALAS untuk membaca Al-Quran dan akhirnya menjadi "takut" dengan Bible. Malah pegangan agama Islam sendiri longlai dan layu, jauh sekali untuk dapat berhujjah dengan pegangan agama lain.

Malah memahami konsep ketuhanan Yang Maha Esa pun ramai umat Islam yang gagal, maka dengan sebab itu ramai umat Islam sendiri melakukan kerja syirik seperti menggunakan tangkal, menyembah keris, bertafakkur di tugu dan seumpamanya.

Ulamak-ulamak terdahulu dengan penuh jerih payah menghasilkan kitab-kitab peningkatan iman dengan cara mempertajamkan akal fikiran supaya mampu berhujjah - dengan lahirnya ilmu kalam - ilmu yang perlukan kepada berkata-kata dan berhujjah - tetapi kini berapa peratuskah umat Islam yang ada mempelajari dan memilikinya?

Pernah Rasulullah SAW bersabda bahawa bilangan umat Islam kita di akhir zaman amat ramai laksana buih di lautan. Apa ertinya buih? Ditiup terus hilang - tidak ada kekuatan. Kuantitinya banyak, kualitinya hancus....


5 ulasan:

  1. Setuju BG. Nafsu & syaitan sentiasa mencuri2 peluang.

    Contoh, kdang2 kita telupa mohon pda Allah utk sihatkan badan, kurangkan keletihan dll.. kita pun amik le pil itu, pil ini .

    Untung la kadang2 Allah 'menegur', dgn diberi bertambah tak sihat & letih pulak, malah memuntahkan pil2tersebut, lantaran kita sedar & lantas mohon ampun..

    Sbb selalunya kita lupa Allah bila nak cantik, sihat, dll..usaha kita tanpa libatkan Allah. Semuga Allah ampunkan dosa2 kita.

    BalasPadam
  2. tak taulah nak kata apa kalau ada yang murtad tue..kalau murtad secara tidak sedar lainlah..murtad secara jelas nampak sangat akidah kurang

    Entri Terhangat!! :
    Betul Ke Nanu baharuddin Pegang Anjing ??
    Justin Bieber Disemadikan.....!!

    BalasPadam
  3. Syabas. Hebat "hujjah" GB!

    BalasPadam
  4. lebih 50 tahun inilah yang kita dapat
    ramai umat islam yang tidak teguh imannya.Terlampau taksub dengan ketuanannya..

    BalasPadam
  5. GB, SYABAS TUAN. BERNAS SEKALI.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.