13 Ogo 2011

Ali Kamaruddin (Mamat Exist) Hantu Dadah

Johor Bharu: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan pengawasan polis selama dua tahun selepas mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badannya, tahun lalu.

Mamat, 33, yang popular menerusi lagu Untukmu Ibu pada tahun 90-an didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pada 9 November tahun lalu pada kira-kira jam 3.35 petang.

Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, sebaik pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Maslinda Selamat.

Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mamat dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman kerana sudah insaf selain menanggung tiga anak.

Ulasan GB

Dulu-dulu lagu "Oh Ibu" nyanyian Mamat ni jadi pujaan ramai. Tak kurang yang mengimpikan jadikan Mamat model contoh bagi anak muda... Mamat disanjung, ramai nak jadikan Mamat teman hidup kerana Mamat "anak soleh" yang mengingatkan orang tentang jasa ibu. Roh para ibu tenteram dan "damai di sana" seperti dendangan lagu mamat itu.

Ibu bapa ketika itu tak kurang yang inginkan anak sebaik Mamat. Makcik-makcik pun ramai berkenan nak jadikan Mamat menantu.

Rupa-rupanya kini Mamat dah jadi hantu. Hantu dadah...

Mamat tidak bersyukur dengan pemberianNya, tetapi kufur nikmat. Roh ibu sudah tidak lagi damai di sana apabila Mamat sudah jadi hantu dadah.

Semuga Mamat benar-benar insaf dan berubah.


3 ulasan:

  1. saya personally rasa tajuk artikel ni mcm terlalu 'mean' utk mamat. ulasan GB juga terlalu 'mean' utk mamat.sekurang2nya mamat cuma makan sendiri.takde la sampai jadi tokan dadah.orang yg makan sendiri ni yg kita perlu bg semangat dan sokongan utk dia terus keluar dr ketagihan dadah.tambahan pula dia ade anak2.tak berapa bagus la kalau anak2 die dikeji kawan2 sebab kesilapan ayah dia..saya harap mamat benar2 insaf dan tinggalkan dadah hatta rokok sekalipun

    BalasPadam
  2. memang patut GB beri dia gelaran hantu dadah.

    rasanya ini bukan sekali dia kena tahan sebab dadah. sebelum ini pun dah pernah kena penjara kerana dadah.

    kes beliau pukul isteri pun masih segar dalam ingatan.

    tajuk GB yang keras itu saya rasa untuk mereka yang tegar supaya mereka betul-betul insaf.

    BalasPadam
  3. saya satu sekolah dgn beliau di SDARY Tampoi, masa time dia jadi artis memang glamer tak terkata, sayang semuanya tinggal kenangan.. semoga rakan sekolah saya ini mendapat hidayah dgn memilih agama sebagai cara hidup...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.