23 Jul 2011

Tindakan Hantar Balik Bourdon Malukan Malaysia, Tersiar Dalam Washington Post

Bourdan: Negara dimalukan lagi selepas Bersih 2.0

TASEK GELUGOR, 22 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin penangkapan Peguam Hak Asasi Manusia Perancis, William Bourdon pasti akan meningkatkan lagi kemarahan rakyat selepas negara melakukan kezaliman terhadap perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 baru-baru ini.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat ingin tahu perkara sebenar hasil pendedahannya di Malaysia, tiba-tiba sekumpulan pegawai Imigresen menangkapnya setelah pesawat yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, tangkapan itu amat memalukan negara sekali lagi setelah dimalukan dengan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Tambahnya, tindakan tersebut sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disebut-sebut terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene.

“Jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) berani kerana benar kenapa mereka tidak biarkan sahaja William Bourdon menjalankan tugasnya mendedahkan siapa di sebalik pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam sekembali ke Malaysia,” katanya.

Baginya, isu penangkapan Willian Bourdon di Malaysia pastinya mendapat kritikan berbagai pihak sama ada secara terus atau di alam maya kerana beliau bukan calang-calang peguam. -HD


Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

"Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini
," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi.

Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat

William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok.

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

"Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik.

"Langkah ini akan mencetuskan pandangan umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri," kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok.

Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpene ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini.

"Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja.

"Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya. -HD



Malaysia deport French lawyer fighting alleged corruption by shipmaker in submarine deal

KUALA LUMPUR, Malaysia — A French lawyer said Friday he is being deported from Malaysia, and the human rights group he represents accused the government of paranoia after he spoke about a pending corruption trial over a $1.2 billion submarine deal.

William Bourdon arrived in northern Penang state Thursday and spoke at a dinner about the French court case set for trial in September, said Cynthia Gabriel of the Malaysian rights group Suaram.

When Bourdon traveled to Kuala Lumpur on Friday, “a police officer came to get me in the plane, and then I was escorted to the immigration office,” Bourdon told The Associated Press.

After a two-hour wait, he was given an expulsion order and told to get a plane ticket home, at his own expense, and will be held in the airport detention center until then, he said.

Government officials couldn’t be reached for comment Friday.

Suaram filed complaints with a French prosecutor in 2009 alleging corruption in a 114 million euro ($164 million) fee that shipbuilder DCNS paid to Malaysian firm Perimekar Sdn. Bhd. to facilitate the submarine deal.

Prime Minister Najib Razak has denied there was any corruption. He was defense minister in 2002, when Malaysia ordered the two diesel-electric Scorpene attack submarines as part of a naval upgrade. It has since received both the submarines.

In his talk Thursday, Bourdon gave an update about the status of the case, on the French judicial system and what to expect from the trial, Gabriel said.

“He didn’t reveal anything damning. This is just an act of paranoia, another irrationality by the government. They are afraid of their own shadows,” she said.

Bourdon said he told the police he didn’t understand the expulsion and the decision lacks any justification. “No explanation was given to me,” or to the French Embassy representative who accompanied him, he said.

“I told them I acted as a lawyer, in full respect of my duties and the rules of my profession, and in respect of international law and national laws,” he said in a phone interview.

Malaysian defense officials have said the fee was paid to Perimekar for coordination and support services. But critics argued that Perimekar was formed only a few months before the contract was inked, had no track record in submarine services and didn’t have the financial ability to support the contract.

Suaram has said it plans to take legal action against Perimekar and the Malaysian government if the French court rules there is corruption by DCNS.

The case could embarrass Najib and hamper his ruling coalition’s effort to bolster support ahead of general elections that many expect to be held next year.

Perimekar is owned by the wife of Abdul Razak Baginda, a controversial figure who once was Najib’s aide and a close friend.

Abdul Razak was acquitted in 2008 of abetting in the murder of his ex-mistress, a Mongolian woman. He confessed to having an affair with her and said she was blackmailing him. The woman was shot and her body blown up with military-grade explosives in October 2006.

Two policemen working in security were later convicted and sentenced to death for murdering the Mongolian, although prosecutors failed to show any motive. Suaram has said initial investigations by their French lawyers showed the Mongolian had worked as a translator for Abdul Razak in the submarine deal. -AP


4 ulasan:

  1. kalau peguam tu dibiarkan masuk, tentu tak pecah tembelang. sekarang, satu dunia dah tahu, kapal selam punya fasal, malaysia terkenal. lagipun kita memang nak bagi malaysia boleh dan terkenal satu dunia. kes ini makin marak di paris. nak sorok apa? bangkai gajah nak tutup dengan apa? kanvas trelar yang panjang tu ke? inilah yang dunia ketawakan malaysia, bukan ketawakan rakyatnya, tapi pemimpinnya...entahlah.

    BalasPadam
  2. Najib berhajat bertelur bia jdik anak ayam..emmm x dan nk jd anak ayam, jd telur tembelang petanggg lg..Alohai omak oii..nasib badan,telur tembelang ciptaan den pocah..terkono muko den plak tuu...BUSUK ya amat...

    BalasPadam
  3. peguam malaysia takde ke yang gi negara orang pastu dedahkan keburukan pemimpin negara tu? padahal, banyak je pemimpin negara lain yg tak berapa bersih sgt.

    memang negara luar suka berdekah2 ketawakan pemimpin negara kita, sbb rakyatnya bodoh sgt suka burukkan pemimpin sendiri. ada can diorg masuk jarum. peguam ni kira peguam dunia la, macam US polis dunia.

    BalasPadam
  4. anon 8:58pm, awat hang ni gelabah semacam. dia datang sini sbb nak siasat penyelewengan pembelian kapal selam scorpene di negara beliau perancis. soal buruk2kan pemimpin tak timbul disini, melainkan bau busuknya ada disana-sini. kau ni dibayar upah utk jadi barua kot!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.