6 Jul 2011

TERKINI: Pihak Stadium Merdeka Tolak Tempahan BERSIH

Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan di Facebook BERSIH 2.0, pegawai tempahan memberikan beberapa 'alasan' untuk menolak tempahan itu.

“Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah 'majlis pengurusan sukan dalaman' dan 'kerja-kerja ubahsuai'.

“(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan.

Ulasan GB

Sepatutnya pihak penganjur BERSIH pastikan dahulu tempahan baru umumkan lokasi.

Ini yang tak betul di dalam pengurusan penganjuran.

GB dah cadangkan di Stadium Shah Alam sebelum ini. MB Selangor pun dah pelawa.

Sekarang Ambiga kena buat keputusan cepat. Masa sudah suntuk.

Esok yang jauh ada yang dah kena bertolak ke Kuala Lumpur.

4 ulasan:

  1. Kalau xdak stadium terpaksalah buat kat jalan..nak buat mcmana..

    BAHANGNYER TERASA !!
    LOKASI BERSIH 2.0 DIDEDAHKAN!!
    TAMPARAN HEBAT UNTUK UMNO!!

    BalasPadam
  2. Tak sedar diri betul pihak pengurusan stadium negara... dulu msa kera-jaan nak robohkan stadium atas alasan pembangunan masing2 diam macam cicik cirit kapur... kalau tak da geng2 pakatan yg menbantah dah lama stadium tu hanchur... sekarang nak tunjuk kuasa plak... memang la ini geng sindrom lembu... menyondol je... takutttttt

    BalasPadam
  3. Takkan nak buat dekat stadium yang roboh di Terengganu kot.

    BalasPadam
  4. Semua bangunan di Malaysia ini milik UMNO/BN sebab mereka berkuasa.Tak heran kalau pegawai tu tak beri ,mereka nak nasi tak pandai cari sendiri.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.