22 Jul 2011

Najib Serlahkan Ketakutan Terhadap BERS✔H Sebagai Mahu Gulingkan Kerajaannya

Najib dakwa Bersih 2.0 cuba guling tadbirannya

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa Bersih 2.0 cuba untuk menggulingkan kerajaannya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran selain menafikan dakwaan gabungan itu bahawa wujud penipuan dalam sistem pilihan raya.

Ketika berucap selepas kembali kei tanah air daripada lawatan luar negara, perdana menteri terus mempertahankan bahawa pilihan raya di Malaysia adalah bersih sepanjang masa.

“Kita tidak pernah menipu dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia,” kata beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini.

Najib juga menolak dakwaan Bersih 2.0 bahawa BN mempunyai kelebihan tidak adil dengan memiliki ruang besar di media ketika berkempen.

“Kami kata ia adil, mereka (Pakatan Rakyat) kata tidak adil. Mereka berkempen setiap hari, bukan itu tidak adil? Setiap hari ada ceramah di sini di sana... bukan itu tidak adil?” katanya lagi.

Najib berkata perlu ada kesimbangan antara kebebasan bersuara dan ketenteraman awam, tetapi menekankan tiada ruang untuk perselisihan faham di Malaysia.

Katanya, Bersih 2.0 telah menolak tawaran kerajaan agar mereka mengadakan perhimpunan di sebuah stadium.

Malah beliau juga mendakwa badan pemantau itu mahu mengadakan perarakan dan memprovokasi polis daripada mengetengahkan permintaan mereka.

“Ia bukan mengenai pembaharuan sistem pilihan raya,” kata Najib sambil memberitahu pihak berkenaan mahu menunjukkan seolah-olah Malaysia juga seperti dunia Arab yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

“Itu sebabnya mereka mahu menggambarkan (kononnya) kita sebagai kerajaan autokratik, sebenarnya mereka mahu merampas kuasa daripada kita yang dipilih oleh rakyat,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Najib dipetik Bernama Online berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.

Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari Jumaat, melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.

“(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

“Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia,” kata beliau.

“Saya ucap terima kasih kepada isteri saya. Dia tak bantah dan sokong. Anak-anak saya pun sokong,” kata Najib dengan disambut tepukan gemuruh.

“Saya beritahu Tan Sri Muhyiddin (bahawa) penting kepada kami berdua turun padang. Kami nak jumpa dengan rakyat Malaysia. Saya minta juga menteri-menteri turun bersama.

“Kita berjumpa dengan rakyat. Kita bertemu dengan rakyat. Kita beritahu pada rakyat bahawa mereka boleh bergantung harapan kepada kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Perdana Menteri juga dijangka melakukan lawatan ke negeri Perlis esok.

“Ini adalah gambaran bahawa kita akan melakukan bersungguh-sungguh... yang terbaik. Percayalah bahawa imej Malaysia masih begitu tinggi di luar negara tetapi yang penting adalah untuk kita dahulukan rakyat.

“Kami mahu beritahu kepada rakyat Barisan Nasional adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Jika tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.

Jika tidak kerana sesuatu hal, mengapa Najib perlu takut dengan himpunan aman BERSIH?

Sebenarnya Najib sendiri tahu bahawa memang berlaku penipuan di dalam pilihanraya. Justeru itu hatinya sudah dapar merasakan "ketakutan", kerana rakyat telah menghidu serta bangun untuk mendedahkan segala kepincangan perjalanan sistem pilihanraya oleh SPR.

Rakyat bangun untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih, tetapi kerana Najib diburu ketakutan akibat kesalahannya, maka dilihat perhimpunan itu sebagai tuntutan untuk beliau letak jawatan dan menggulingkannya bersama kerajaan pimpinannya.

Namun Najib silap. Apabila perhimpunan BERSIH yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih itu ditekan dan dihalanglah yang akan menyebabkan beliau bakal diminta oleh rakyat supaya berundur dan letak jawatan.

Dalam disiplin psikologi begitulah, seseorang yang bersalah itu nampak setiap fenomena sebagai "hambatan" terhadap dirinya - sekalipun ia sebenarnya lansung tidak berkaitan.

GB sudah menyatakan sebelum ini bahawa terdapat kemungkinan Najib bakal mengakhiri pemerintahan sebagai PM lebih awal daripada Pak Lah!

7 ulasan:

  1. kesilapan nya ialah tidak membenarkan himpunan ...kalau cerdik sikit ikutlah saperti yang dikatakan dulu ...buat dalam stadium menyalak sampai kesubuh ..tetapi bila minta stadium tak bagi pulak

    BalasPadam
  2. slogan saja rakyat didahulukan tetapi bila rakyat menghadapi kesulitan hidup tiada siapa yang peduli sebagai Bwapa pada Negara apa yang diberi oleh beliau

    BalasPadam
  3. NAJIBALTUNTUYA+Scorpene sangat takut dengan BIK MAMA ROseMAH kerana tidak boleh ditipu,tetapi dengan rakyat bawahan beliau mudah menipu termasuk ahli ahli UMNO.

    BalasPadam
  4. sebenarnya ada kegundahan ketika sang peguam dari perancis masuk malaysia, mahu bikin apa lagi? jika peguam tu nak cari salah anwar, tentu dialu-alukan, siar dalam RTM,TV3, Utusan semua. berita yang betul mereka tak siar. tapi tahniah kepada washington post sebab siarkan kisah malaysia walaupun ada orang merasa pahit amat. BN kata mereka tak tipu dalam pilihanraya, dah banyak kali diulang, tapi rakyat kecil tak percaya.

    BalasPadam
  5. Sudah sampai masanya untuk menukar pemimpin di negara kita. Sejak akhir-akhir ini makin terserlah kurang bijaknya pemimpin yang ada kat Malaysia ni. Bagaimanakah Malaysia dipimpin oleh manusia yang tidak cerdik? Dengan adanya pemimpin sebegini, Malaysia makin hari makin ketinggalan dari segi ekonomi maupun reputasi.
    Contoh pemimpin kita BODOH ....
    (1) Menuduh pengerusi BERS/H sebagai ejen mengkristiankan orang Melayu. Satu dunia tahu yang Ambiga ni beragama Hindu, mana mungkin Ambiga mahu mengkristiankan orang Melayu? Lebih baik Ambiga menghindukan Melayu sama seperti agamanya. Bukankah Melayu dulu beragama Hindu sebelum datangnya Islam?
    (2) Ramai pemimpin tak sedar bahawa perlembagaan Malaysia tidak mesra Islam. Allah swt telah membuka mata kita yang selama ini percaya dan tunduk perlembagaan negara yang mana melebihi Al-Quran. Bukankah Allah swt telah tunjukkan kepada kita akan kelemahan yang terdapat pada perlembagaan? Usah dimarahi Ambiga tu kerana dengan adanya Ambiga ini, maka rakyat jelata terutama yang beragama Islam sedar akan kelemahan perlembagaan kita. Haruskah kita yang beragama Islam masih mempercayai perlembagaan negara?
    (3) Pemimpin dok pertahankan kurang ajarnya PDRM terhadap rakyat jelata semasa perhimpunan bers/h baru-baru ini. Adakah CNN, Aljajeera, TV5, .... stesen TV asing ejen pembangkang? Video yang disiarkan tu bukan datang dari PR tapi stesen TV antarabangsa. Dengan jelas dan terang, kita dapat lihat bagaimana anggota PDRM menyepak dan terajang ahli-ahli perhimpunan tanpa belas kasihan. Inikah negara AKU, Malaysia. PDRM seharusnya melindungi rakyat jelata tapi sebaliknya berlaku. Harapkan pgar, pagar yang makan padi.
    sambung ....

    BalasPadam
  6. Pak Ajib oiiiiiii,betoi ka hang batal kan cuti hang pasal rakyat??? ka hang dah mula kecut pasal Bourdon mai malaysiakuku hang??? kesian la kat hang ngan barua2 yg sewaktu dengan hang...dah jadi mcm filem p.ramlee dah hang ni ( 3 Abdul )lepas satu bala tak abis lagi, mai dah bala lain kat hang kah kah kah...ayahanda marah....kalau tak marah kena senyum...kah kah kah kah kah...cepat2 la taubat sementara masih ada ruang,takut nanti kena jual...agak2 kalau kat negara luar apa kah hukuman menanti kat hang agaknya,tidoq2 Pak Lah pun dia duk lama la jugak,tapi hang ni rasa nya tak lama dah kut...tengok muka hang pun dah nampak dah muka pucat macam Jason King,hang jatuh nanti aku dah nazar nak botak kan kepala aku ni,macam mana la muka hang nanti bila hang dah jatuh ditimpa kapal selam yg tak bleh selam tu hahahaha

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.