28 Jul 2011

Najib PM Tidak Bermaruah, Peralatkan Pelatih PLKN Untuk Sambut Kedatangannya

Dah tak ada yang nak sambut Najib, budak-budak PLKN jadi mangsa

Najib dan rombongannya telah menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini dan ketibaannya pada 2.10 petang dikatakan disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Gambar diatas adalah sekeping gambar yang membuktikan Najib masih mempunyai sokongon yang kuat dari Rakyat Malaysia… tapi jika diperhatikan betul-betul yang menjadikannya ramai adalah Pelatih PLKN

Demi menggembirakan Najib, pelatih-pelatih PLKN telah diangkut dan dibariskan bagi menyambut ketibaannya disepanjang laluan untuk beliau merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di KL Sentral..

OBJEKTIF

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:

1.Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
2.Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
3.Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
4.Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
5.Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

Tak ada pun dikatakan Program Khidmat Negara akan dilatih untuk menyambut kenamaan..-darisungaiderhaka

Ulasan GB

Ia sudah menjadi satu tabiat UMNO BN... menggunakan pelatih PLKN, pelajar sekolah, penjawat awam... untuk beratur, berbaris.. nak tunjukkan huh betapa ramainya yang datang sokong atau sambut Najib.

Ia "auta" dan "temberang" lama UMNO. Kemudiaan disusuli dengan BERNAMA dan sekalian wartawan pencacai melaporkan ribu-ribu yang hadir (semua didarab 10, jika yang datang 300 maka ditulis 3,000).

Rakyat sudah masak "kelentong" kewartawanan darjat longkang ini.

Dan PM itu, memang tidak bermaruah kerana memaksa pelatih PLKN untuk menyambut kedatangannya.

Dan mungkin dengan sebab itu juga beliau akan jatuh dari kerusi PM dengan tidak bermaruah juga. Agakan GB sahaja.

13 ulasan:

  1. kalau pembangkang perintah pun, camtu gak depa buat..anwar pun biasa jugak disambut mcm ni dulu..apa masalahnya..

    BalasPadam
  2. anon 5:51 am

    Ada bukti tak anda menulis begitu?
    Atau ia hanya andaian sahaja kerana anda seorg pencacai UMNO?

    BalasPadam
  3. MARUAH? sapa kata najib dan umno ada maruah? maruah mereka letak kat tapak kaki aje. kalau ada maruah takkan islam dihina, duit zakat,duit anak2 yatim, duit tabung haji, duit masjid dan duit rakyat disonglap dan dijadikan macam duit makbapaknya sendiri.

    BalasPadam
  4. Najib..PM Sang Sesumpah..
    Allahyarham Tun Abdul Razak... Bapa Pembangunan..
    Najib.. Bapa Sesumpah..

    BalasPadam
  5. Bukan najib yg pinta tapi itu semua yg uruskan ialah khadam2nya......khadam2 atau kuncu2 akan buat apa saja utk meramaikan orang......kan itu kerja kita dok buat selalu selaku orang bawahan ........orang atas mana taupun..........

    BalasPadam
  6. Aku tak hairan, sekalipun sejuta enam hadirin yang datang menyambut Najib kesemuanya berpunggahan. Hadir tanpa cetusan hati keikhlasan,ada benda ada habuan !

    Datang atas nama KERAHAN !!!

    BalasPadam
  7. yela SUAHATI najib tak minta sebab sikit sangat benda tu .....habis yang bini dia beli cincin sampai 24.4juta tu lepas tu bila di tanya .. jawab duit simpanan dari kecik lah lepas tu tukar pulak untuk pameran sulit laaaaaaaaa ni semua ayat nak bohong orang yang hati mati macam ....SUAHATI

    BalasPadam
  8. sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian...kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

    BalasPadam
  9. aku kalau upah rm 300 aku datang la.. hehehehe

    BalasPadam
  10. Takperlah.... sekurang2nya dia tau, bebudak2 PLKN tu masih pakai uniform yang dibekalkan Suami dia Si Rosmah, kah!kah!kah! ........ lepas incin Berbatu Zamrud... lepas ni apalar pulak si "Gila" ni akan boroskan!!!!

    BalasPadam
  11. Hey, it worked what. Bersih has been born because of you Najib. Patriotic, Integrated, United, Positive Values, Volunteerish, confident & able new generation of citizens. You got your wish!

    BalasPadam
  12. jika berhimpun untuk membawa mesej keadilan...teruskan....jika berhimpun nak tuntuk ego dan kuasa....nanti akhirat macam mana nak minta "syafaat" dari pengikut yang ramai....

    BalasPadam
  13. Najib cuma nak tengok cara dekat bagai mana segaknya budak-budak PLKN berunifom yang dibekalkan oleh syarikat Big Mamna - dari atas hingga keboot.Dia juga nak tengok bagaimana aktifnya budak-budak tu sebab makan makanan yang dibekalkan juga oleh syarikat family dan kroni Big Mama.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.