10 Jul 2011

Lebih 70 Isteri Wakil Rakyat BN Kena Keracunan Makanan

Kuala terengganu: Lebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini, semalam mengalami keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata kejadian bermula pada kira-kira 11 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel penginapan mereka di sini.

Katanya, daripada lebih 70 yang mengalami simptom itu, 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ di sini hari ini.

Katanya, punca kejadian masih disiasat namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.

"Semua sampel makanan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut, katanya.

Sementara itu, isteri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Selangor, Datin Norliah Mohd Nazir, ketika ditemui di HSNZ memberitahu beliau mengalami muntah-muntah selepas majlis makan malam yang dihadiri bersama isteri wakil rakyat lain.

"Selepas muntah-muntah saya cuba dapatkan rawatan di Klinik Statik di Hotel Permai tapi keadaan saya tidak bertambah baik dan saya dihantar ke sini (HSNZ) untuk dapatkan rawatan lanjut," katanya.

Namun, katanya, beliau menganggap peristiwa tersebut sebagai insiden tidak dijangka dan tidak menyalahkan pihak penganjur atas kejadian tersebut. -Bernama

8 ulasan:

  1. nasib baik tak termakan racun tikus...kalu tak mati katak jer.

    BalasPadam
  2. Padan muka sapa suruh telan makanan KOTOR.

    Itu sebab kena makan makanan yang BERSIH...kah kah kah..kah kah

    BalasPadam
  3. Jika benar berita ini, apakah makna yang boleh diperkatakan disebalik apa yang menimpa mereka ini?

    BalasPadam
  4. Keganasan Polis atas arahan UmnoApco Allah bayar pembalasannya tunai seperti berita di atas.Allah hanya

    memberikan peringatan buat mereka segala kezaliman yang dilakukan semasa BERSIH demo Sabtu tadi

    Allah tunaikan permintaan dan doa hamba-hamba yang teraniaya.

    Hanya sedikit Allah beri sakit namun mereka tetap tidak mengambil iktibar jauh sekali bersyukur.Ingatlah

    wahai tuan-tuan sedikit rasa bersyukur atas nikmatnya Allah akan lipat gandakan nikmatnya..
    baca seterusnya....http://waksab.blogspot.com/2011/07/keganansan-umnoapcoallah-bayar-serta.html

    BalasPadam
  5. 'Tahanan2 Bersih' dapat makan buffet free RM25 seorang.

    Padan muka isteri2 Wakil Rakyat ni. siapa suruh kahwin dengan YB UMNO BANGANG...kah kah kah

    Akhirnya telan makanan KOTOR !

    BalasPadam
  6. Bagi aku, ini adalah berita yang baik. Sebab puak ini sudah tidak wajar dikasihankan.

    BalasPadam
  7. makan benda2 haram biasalah.

    BalasPadam
  8. patut hidang gas CS je terus.. dengan canistor yang masih berapi lagi.. ala2 steambot.. gas pemedih mata masak sizzling..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.