Inkues Sarbaini: Dua kamera CCCT ‘diganggu seseorang’
KUALA LUMPUR, 6 Julai — Saksi ketiga inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed memberitahu terdapat gangguan pada dua unit kamera litar tertutup (CCTV) pada hari penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Juruanalisis bahagian audio dan video makmal forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ASP Fauziah Che Ismail (gamabar) berkata, terdapat tiga perakam video digital (DVR) yang dianalisisnya, terdiri daripada rakaman antara pukul 8 hingga 11 pagi 6 April lalu.
“Hasil daripada analisis ketiga-tiga DVR ini, saya dapati DVR 1 dan DVR 2 pada tarikh 6 April tidak merakamkan apa-apa dari pukul 8 hingga 11 pagi.
“Bagaimanapun DVR 3, saya memperoleh rakaman imej si mati yang dirakamkan pada pukul 8.30 pagi,” kata beliau ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail.
Menurut Fauziah, tiga DVR tersebut merupakan alat perakam di tiga tempat berbeza iaitu DVR 1 dan 2 meliputi kamera dalam bangunan manakala DVR 3 memberi tumpuan ke atas kawasan luar bangunan SPRM.
Selain itu, Fauziah turut berkata, DVR 1 dan 2 tidak beroperasi secara normal dan rakaman turut “diganggu.”
“Terdapat dua gangguan terhadap DVR 1 dan 2 sehingga menyebabkan rakaman terhenti. Gangguan pertama pada DVR 1 pada 5 April pukul 14:17:52 (pukul 2.17 petang) sehingga 14:19:23 (2.19 petang) yang menyebabkan gangguan selama beberapa minit. Sama seperti DVR 2. Gangguan pertamanya hanya beberapa minit.
“Bagaimanapun bagi gangguan kedua, DVR 1 mula berhenti pada 5 April, pukul 14:47:15 (2.47 petang) hingga 6 April, 13:24:16 (1.24 tengah hari) iaitu selama 22 jam dan 33 minit. Sama seperti DVR 2 yang mengalami gangguan pada tarikh sama bermula pukul 14:37:54 (2.37 petang) hingga 13:26:17 (1.26 petang). Kesemuanya berpunca dari ‘record off manually’. Untuk DVR 3 tiada gangguan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan, DVR 3 hanya merakamkan imej Allahyarham Sarbaini memasuki bangunan SPRM dengan menunggang motosikal.
Turut dipaparkan beberapa minit rakaman video Allahyarham Sarbaini yang berhenti untuk membuat pendaftaran masuk di pondok pengawal SPRM dengan berbaju kemeja putih berseluar hitam.
Selepas itu, beliau dilihat memasukkan baju ke dalam seluar dan beredar dari pondok tersebut.
“Hanya dapat rakaman dia masuk. sahaja yang dapat dikesan,” katanya yang turut menambah rakaman video DVR 3 beroperasi secara manual antara 8 hingga 11 pagi pada 6 April.
Selain itu, ketika Fauziah ditanya oleh peguam pemerhati keluarga Sarbaini, Awtar Singh mengenai rakaman tersebut tidak beroperasi dengan sempurna, Fauziah menjawab: “Ya, ia diganggu oleh seseorang.”
Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu.
Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.
Turut hadir pada prosiding hari ini isteri Sarbani, Masiah Manap dan beberapa anggota keluarganya. Inkues yang bermula hari ini akan berlarutan sehingga 15 Julai ini.
Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Yusoff Akope berkata Allahyarham Sarbaini hadir di bangunan tersebut pada hari kejadian sebagai “tetamu.”
“Bagaimana dia dilayan pada hari kejadian? Adakah dia datang sebagai suspek atau seorang saksi,” soal Awtar.
“Pada hari kejadian, dia datang sebagai seorang tetamu,” kata Yusoff.
Yusoff merupakan saksi keempat inkues yang bermula Isnin lalu.
Dalam keterangannya Yusoff juga menafikan beliau ada menggunakan perkataan “rebah” ketika bercakap dengan Maziah.
“Saya tidak pernah menggunakan perkataan rebah. Saya memberitahu dia telah jatuh. Saya memberitahu dia apa yang saya katakan,” kata Yusoff lagi.
Maziah merupakan saksi pertama inkues dan telah memberikan keterangan pada Isnin lalu. -TMI
Ulasan GB
Tidak mustahil rakaman CCTV keseluruhan kehadiran Ahmad Sarbani sewaktu "didalam pejabat SPRM" telah dipadam oleh orang-orang tertentu. Siapa "orang tertentu" itu? Tentulah ada kaitan dengan mereka yang berada di SPRM sewaktu itu.
Ia perlukan siasatan.
Jangan ada cover-up.

ape nak heran, kalau kemasukan altantuya pun ke mesia pun boleh kena padam, apa lagi video..
BalasPadamHukum semua pegawai sprm yang bekerja pada hari itu kerana bersubahat.
BalasPadamTak perlu siasat, ganti saja kerajaan yang memerintah PRU13, baru boleh adil
BalasPadamrekod altantuya pun kena padam?
BalasPadamyang akan kekal tak akan dipadam ialah pengundi hantu dan pengundi yang dah lama mati.perkosaan wang rakyat semudah itu boleh dipadamkan inikan pulak sisarbaini boleh kowtim punya,malaysia bolehkan!!.boleh dipersundalkan.
BalasPadamawak sokong mike, gantung kerje semua geng sprm tu sampai ada yang mengaku atau dikambinghitamkan ( Gaji pun tarak la kawan )....
BalasPadammacam na la negara nak maju? sprm sendiri makan rasuah... usaha benteras rasuah kepala hotak KERAjaan kalau nak dkt pilihanraya bantuan itu ini sampai dan media arus perdana siar msg KERAjaan ja... terang2 org nmpak bibik2 rasuah, kemudian siar iklan jgn disbbkan anai-anai musnah masa depan, perangi rasuah... bullshit ar penipu = munafik.
BalasPadam