31 Jul 2011

Kami Dibebaskan Kerana Sokongan Rakyat, Kata Dr Jeyakumar

Kesemua enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan semalam selepas ditahan tanpa bicara mengikut Ordinan Darurat (EO) selama 28 hari, percaya bahawa kuasa rakyat terus-menerus mengenakan tekanan terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) adalah faktor utama yang membawa kepada pembebasan mereka.

Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar, Naib Presiden PSM M Sarasvathy, Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Ketua Pemuda R Saratbabu dan Setiausaha Cawangan Sungai Siput, A Letchumanan.

Malah Ahli Parlimen Sg Siput Dr Jeyakumar berkata, beliau tidak gentar dengan penahanan itu dan label komunis yang cuba dikaitkan dengan dirinya.

"Kalau tiada kuasa rakyat, kami tak akan keluar. Terima kasih semua,” katanya selepas beberapa jam dibebaskan semalam.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya meneruskan perjuangan untuk menghapuskan Ordinan Darurat.

"Kita kena baik pulih polis, oleh itu kita kena tukar pemerintah. Kita mahu polis yang betul-betul tangkap penjenayah, kalau polis tangkap orang yang tak salah lepas itu bohong rakyat...apa guna jadi polis? soalnya.

"Kita kena pulih sistem kehakiman yang semakin terhakis, kerana agensi itu perlu seimbang dalam melaksanakan undang-undang, tetapi sebaliknya pula yang berlaku," ujarnya.

Jelasnya, beliau masih teguh pendirian dan kerja-kerjanya dengan PSM serta akan berjuang demi menuntut keadilan terhadap mangsa tahanan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut Dr Jeyakumar lagi, pembebasan mereka kali ini adalah bukti jelas bahawa rakyat Malaysia hari ini sudah berani bangkit menentang kezaliman pemerintahan Umno-Barisan Nasional(BN) yang selama ini hanya bertindak untuk memperbodohkan rakyat.

Tambah Dr Jeyakumar lagi, penahananya enam aktivis PSM kali ini perlu dijadikan ikhtibar oleh semua rakyat Malaysia agar hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan perlu dihormati kerajaan pimpinan Najib supaya tidak sekali-kali cuba untuk merampas hak tersebut.

Sejak jam 7.45 malam, Pusat Perkhidmatan PSM di Sungai Siput dipenuhi kira-kira 100 orang yang menunggu enam pimpinan PSM atau EO6 yang baru dibebaskan dari tahanan sekitar jam 5.30 petang semalam.

Mereka dibebaskan di balai polis Jinjang dan dijadual ke KLSCAH yang mulanya dijadual sebagai lokasi program nyalaan lilin sebagai desakan kepada pimpinan Datuk Seri Najib Razak supaya membebaskan mereka.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata, berikutan pembebasan itu, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Keenam-enam aktivis PSM itu ditahan dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung di ibu negara pada 9 Julai lepas.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. -tvsnews



4 ulasan:

  1. Xpayah la nak tangkap orang sesuka hati..nanti buruk nama sendiri

    Terhangat Dari Microwave :
    Isu Makcik Hina Islam!!
    Maya Karin Dilacurkan!!

    BalasPadam
  2. SALAM RAMDHAN....WAKAKAKAKA...
    BARU-BARU NI KITA TELAH TENGOK PM DAN ISTERINYA PERGI MENONTON BOLA ANTARA MALAYSIA DAN SINGAPURA..
    TAPI ADAKAH SEMUA PERASAN DI MANA TEMPAT MEREKA BERDUA MENONTON PERLAWANAN ITU....TEMPAT TERBUKA ATAU TERTUTUP????? AGAK-AGAK GB KENAPA BELIAU TAKUT NAK IKUT SERTA DUDUK SEBARIS BERSAMA-SAMA DENGAN RAJA YANG BOLEH MENCEMAR DULI DUDUK BERSAMA RAKYAT JELATA

    BalasPadam
  3. itu tanda raja duduk dibawah kuasa PM yang kita kasehi rakyat didahulukan bini diutamakan.

    BalasPadam
  4. komen tu mengena pada orang tu. ye le bini sekarang dah jadi masalah besar kepada negara, satu jawatankuasa khas kira-kira negara perlu ditubuhkan dan macam-macam lagi,hanya nak bincang soal perbinian. nak buat perbadanan ke apa, ke atau penaung serta penasihat bola sepak kut?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.