31 Jul 2011

Kakitangan Bank, Janda Dicekup Khalwat

Dungun, Taman Rakyat Jaya – Seorang janda yang difahamkan baru tiga hari menerima keputusan perceraian di mahkamah dengan bekas suami dicekup khalwat ketika berdua-duaan dengan kekasih barunya dekat sini, awal pagi kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa syariah di perumahan kos rendah yang disewa teman lelakinya dekat sini, wanita terbabit yang hanya memakai baju tanpa lengan dan berseluar pendek dikatakan sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama teman lelakinya yang memakai seluar tanpa baju.

Bagaimanapun, sebaik pintu diketuk dan penguat kuasa memperkenalkan diri, janda berasal dari Felda Kerteh Lima dan bekerja sebagai pembantu kedai makan itu cuba bersembunyi di dalam bilik.

Hasil pemeriksaan lanjut, wanita terbabit tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim dengan teman lelakinya dari Kemaman yang bekerja sebagai kakitangan bank di Paka itu.

Kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut sebelum didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH

Ulasan GB

Dungun lagi...

1 ulasan:

  1. baguslaa penguatkuasa dungun...selalu jerr ada kes yang dibongkarkan..tmpt lain xder kes or penguatkuasa xbuat keje

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.