11 Jul 2011

Kaki Mat Sabu Perlu Dibedah Dan Dimasukkan Besi Jumaat Ini

Mat Sabu: Polis dah macam gangster

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan tindakan polis sebagai ‘gangster’ ketika perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu.

Menceritakan detik cemas itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata motosikal yang dinaikinya dirempuh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalanan.

Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi akan dibuat pada Jumaat ini.

“Ini hanyalah pengalaman peribadi tapi paling mustahak polis jadi gangster. Bukan jaga keamanan negara tetapi jaga pemerintahan kerajaan dan Umno,”
katanya yang berkerusi roda dan cedera di lutut kanan dalam sidang media di Dewan Annex ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat.

Mat Sabu menyifatkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan regim yang zalim.

Beliau berkata , NGO Bersih akan bermesyuarat untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Najib berbohong

“Kami minta stadium dia (Najib) tak bagi. Najib berbohong…Beliau tidak layak memimpin rakyat, dia hanya layak jadi suami Rosmah.

“Bersih akan bermesyuarat untuk tindakan undang-undang. Esok saya akan buat laporan dan serah kepada peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Seorang lagi mangsa yang juga ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut cedera di kepala dan menerima enam jahitan akibat insiden itu mendakwa wujud skrip untuk menggambarkan orang Melayu dan PAS adalah bodoh.

“Yang ditahan pemimpin-pemimpin PAS-Ustaz Hadi, Mahfuz, Salahuddin… sedangkan Lim Kit Siang di depan. Tapi mereka buta dan tidak tangkap. Ada rancangan yang menggambarkan orang Melayu bodoh dan digunakan DAP.

“Rasa pihak polis seolah-olah memainkan peranan yang ditetapkan Umno,” dakwa beliau.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula menggesa mangsa-mangsa untuk tampil bertemu sekretariat Bersih mahupun pihak Pakatan untuk mengumpul bukti keganasan polis pada perhimpunan Bersih tersebut.

Azmin mendakwa ramai yang dipukul dan diseksa polis, malah Pakatan katanya akan menghubungi media antarabangsa seperti Al-Jazeera untuk mengumpul bukti keganasan polis.


Guna kekerasan bukti BN tak tahu demokrasi

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Cara pihak polis menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak tahu makna demokrasi.

(AJK PAS Pusat, Khalid Samad terpaksa menerima enam jahitan di kepala selepas ditembak dengan gas pemedih mata tepat ke kepalanya)

Tindakan BN itu disifatkan amat malang bagi sebuah negara yang mengaku sedang menuju negara maju tetapi para pemimpinnya tidak tahu menghargai suara rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 3 PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Sabki Yusuf berkata, sebaliknya, ratusan ribu rakyat yang berhimpun secara aman bagi menyampaikan suara hati mereka agar kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil di negara kita dilayan dengan amat kasar.

Pada hal, menurut beliau, apalah salahnya jika pihak polis mengendalikan perhimpunan itu dengan baik, menanganinya dengan tenang di setiap tempat perhimpunan diadakan?

"Ini tidak, atas arahan kerajaan BN, pihak polis memilih untuk bertempur dengan rakyat dengan melakukan pelbagai keganasan terhadap para pemimpin Bersih, Pakatan Rakyat dan para peserta perhimpunan itu," katanya ketika ditemui.

Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis itu, katanya, jelas membuktikan kerajaan BN sudah ketinggalan zaman, walaupun para pemimpinnya lantang bersuara untuk membawa Malaysia ke arah negara maju.

"Tetapi dengan tindakan yang dilakukan itu, sesiapapun boleh mempersoalkan, mampukah para pemimpin BN membawa negara Malaysia kepada negara maju?

"Sedangkan hendak menangani perhimpunan aman yang diadakan oleh ratusan ribu rakyat pun gagal, jadi bagaimana para pemimpin BN hendak menjadikan negara kita sebagai negara maju?" katanya.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, katanya, jelas membuktikan kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan terhadap politik di tanah air.

Tujuan mereka berhimpun hanyalah untuk mendesak kerajaan BN melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita, setelah rakyat begitu muak dengan politik kotor yang diamalkan oleh kerajaan BN sejak sekian lama.

"Itu adalah suara rakyat. Bagi sebuah negara yang maju, suara rakyat amat dihargai oleh para pemimpinnya. Suara rakyat tidak akan disekat malah amat dihargai oleh para pemimpinnya bagi membawa negara ke arah yang lebih baik.

"Namun bagi para pemimpin BN, mereka begitu takut dengan suara rakyat, walaupun ia adalah untuk kebaikan. Mereka akan menghalang rakyat dari bersuara termasuk menerusi perhimpunan walaupun perhimpunan itu adalah perhimpunan aman,
" katanya.

Sikap kerajaan BN, katanya, amat berbeza berbanding Pakatan Rakyat dan kebangkitan rakyat menerima keberanian mereka menyertai perhimpunan itu jelas menunjukkan kerajaan BN semakin menuju kehancuran. -HD




2 ulasan:

  1. Tuan GB, Boleh ulas posting ini ?
    http://mistisfiles.blogspot.com/2011/07/sebenarnyakita-semua-sedang-dicaturkan.html

    Jangan lupa PKR juga perlu diBERSIHkan dari hantu jembalang. SPR dan PKR serupa saja penipu besar.

    BalasPadam
  2. Memang polis gangster berlesen... macam pondan. Suka belasah orang yang bergari.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.