Selepas pendedahan video oleh polis malah puluhan mungkin ratusan video Himpunan Bersih 2.0 yang dimuatnaik orang awam di internet menunjukkan perbedaan, wajarlah satu badan khas ditubuhkan untuk menghentikan spekulasi berterusan mengenai kekerasan yang digunakan oleh polis pada 9 Julai lalu.
Demikian pandangan bekas Mufti Perlis yang juga pemerhati politik di negara ini, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Menurut Asri, selepas pendedahan video oleh polis diikuti pula oleh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Bersih 2.0 bertujuan menggulingkan kerajaan, adalah perlu Putrajaya bertindak menjernihkan keadaan itu supaya tidak timbul pelbagai tuduhan mahupun fitnah mengenainya lagi.
“Saya rasa kita perlu hentikan cerita apa yang berlaku semasa Himpunan Bersih 2.0 dan saya cadangkan kerajaan tubuhkan badan analisis yang akan menganalisis secara jujur tentang peristiwa yang berlaku.
“Hasil dari analisis itu kerajaan perlu membuat penilaian semua tindakan mereka terhadap Himpunan Bersih 2.0 dan pertimbangkan cadangan yang diberikan oleh badan itu agar kerajaan dapat mengawal imej mereka,” katanya pada sidang media selepas Forum Kepimpinan Wanita Dari Perspektif Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di Bangi,semalam.
Jelas Asri lagi, hasil analisis itu juga boleh digunakan oleh Putrajaya sebagai panduan bagi tujuan penambahbaikan sistem sedia ada.
Beliau yang dihubungi portal The Malaysian Insider juga menambah, badan itu haruslah tidak memihak kepada mana-mana pihak dan melakukan analisis secara adil dan saksama.
“Sekarang ada maklumat kata pihak kerajaan yang betul, malah ada maklumat kata penganjur dan pembangkang... kita kena ada jalan penyelesaian,” kata beliau.
Beliau juga turut menggesa pihak kerajaan supaya lebih bersikap terbuka dan memberi ruang media sama ada saluran televisyen kendalian RTM ataupun pemberian lesen siasaran kepada pembangkang.
“Di Bahrain, kerajaan mendakwa pembangkang pergi kepada media luar sebab tiada ruang di media dalam negara... jika kita tidak menyediakan ruang kepada pihak lain termasuk pembangkang, mereka pasti akan mencari media alternatif,” jelas beliau.
Pada Khamis lalu, polis yang menayangkan video terpilih ketika Himpunan Bersih 2.0 kepada media menafikan pihaknya melakukan kekerasan kepada rakyat kecuali mengakui bahawa polis telah melepaskan meriam air ke kawasan Hospital Tung Shin.
Ia sebelum itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Kesihatan.
Namun di sebalik penayangan video itu, polis hakikatnya masih belum menjawab tentang kecederaan puluhan yang menyertai himpunan aman itu termasuk seorang meninggal dunia.
Polis juga gagal memberikan penjelasan bagaimana 12 das tembakan gas pemedih dilepaskan di kawasan tertutup di terowong berhampiran KL Sentral.
Malah 1,667 peserta himpunan aman ditahan. -tvsnews

TAK PAYAHLAH. KALAU MEMIHAK KEPADA KERAJAAN, PASTI DIKATAKAN TAK BETUL.
BalasPadamTENGOK APA JADI KEPADA KES TEOH BENG HOCK...
kalau badan khas pun milik UMNO, xpayah lah..panjang cerita
BalasPadamTERKINI!!:
KURANG AJAQ !!!
PREVIEW FILEM : KARIPAP-KARIPAP CINTA
setuju... tubuh apa je badan,,, kalau badan mereka kebal undang2,, inkues er suruhanjaya ke, semua x berkesan..
BalasPadam