Pentadbiran Najib Dipenuhi "Golongan Pengampu"-Dr Asri
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan terlalu ramai "golongan pengampu" dalam pentadbiran Umno-Barisan Nasional sehingga menyebabkan parti itu mungkin kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
“Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.
“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan,” katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi.
Program itu yang banyak menyentuh mengenai Himpunan Bersih 2.0 , menyaksikan Dr Asri membidas pemikiran feudal yang diamalkan Umno-Barisan Nasional dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini yang perlu dikikis jika masih mahu mengekalkan kuasa.
Menurut Dr Asri, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memilih pimpinan yang boleh membantu menguruskan negara dan bukannya pemimpin yang hanya tahu membodek pimpinan tertinggi.
“Kalau perlu cari pemimpin yang boleh bantu kerajaan bukan kaki pengampu, ramai rakyat sekarang tidak tahu mahu mengundi siapa sebab mereka masih melihat keadaan dan kumpulan ‘third force’ ini jumlahnya lebih besar.
“Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil, namun kesannya nanti ia akan meroboh institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.,” katanya.
Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Program yang dihadiri para intelek itu juga diberitahu oleh Dr Asri bahawa pentadbiran Perdana Menteri pada hari ini umpama “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”
Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat yang sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.
“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.
“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.
Malah beliau turut melahirkan kekecewaanya di atas tindakan rakus Putrajaya dalam usaha menyuraikan himpunan pada 9 Julai lalu sehingga mengakibatkan puluhan mengalami kecederaan dan seorang meninggal dunia.
“Itu hak mereka untuk berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.
“Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini,” katanya. -tvsnews

Apabila Rakyat sudah bangun maka kerajaan zalim akan tumbang..InsyaAllah..
BalasPadamAssalammualaikum,
BalasPadamSeperti akhbar dan media kuat UMNO, segala berita dan gambaran yang menyebelahi Pakatan juga mahu diketengahkan oleh media yang menyokong Pakatan. Mengapa begitu ?. Mungkin kerana kebanyakan kita telah diasuh dan telah melalui asas sekolah yang sama. Malah ahli dan pakar fikir politik yang mengakui diri mereka berkelayakan tinggi, bijak dan bergelar, juga punya haluan yang sama, membohongi pemimpin dan rakyat untuk kepentingan diri, seolah-olah tidak terasa salah dan malu untuk melapur dan menceritakan kisah yang berlainan dari apa yang berlaku.
Baca sahajalah Utusan, dan tontonilah juga lakunan media yang sealiran, bahannya sungguh mengecewa dan menjijikkan. Contohnya berita mengenai BERSIH sedia diputar-belitkan, mengapa mahu dipusingkan kejadian sebenar. Tidakkah kamu mahu berfikir sejenak bahawa sa-nya kami rakyat boleh berfikir dan mentafsir di mana salah-betulnya, kebenaran dan pembohongan kamu. Nak tahu ?, ramai antara kami masih mempercayai hanya UMNO yang dapat mempertahankan Melayu dengan mertabatnya, tetapi atas sikap buruk kebanyakan pemimpin UMNO dan parti kongsinya, ia menjadikan kami memilih lain-lain parti selain dari parti-parti dalam BN.
Wahai pemimpin UMNO tolonglah, sedari kesilapan diri dengan bertaubat segera. Mengapa masih mahu mencemari kehebatan itu dengan anutan budaya songsang yang diamalkan oleh segelintir pemimpin UMNO sekarang. Buang sahaja ahli-ahli dan pemimpin sehaluan 3-T dan yang buruk-buruk itu, kerana antara kamu pemimpin UMNO, masih ramai yang amanah, punya jati dan harga diri. Mustahil kami mahu melupakan jasa-jasa UMNO terhadap bangsa kami, juga mustahil sekali bagi kami tidak mahu menyedari akan keselesaan hidup yang sedang kita kecapi sekarang.
Wahai ahli fikir, ahli agama ingatlah ‘orang yang menyembunyikan kebenaran itulah yang membawa UMNO kepada kejatuhan ...’. Macam mana agaknya kalau UMNO itu benar-benar jatuh dan ditinggalkan. Masih mahukah pembodek berita ini bercerita ?. Tetapi mengapa mahu menunggu sehingga kemudaratan itu sendiri menimpa diri !. Wassalam, Haji Kampung
Bila PR ambil alih Putrajaya...ahli UMNO akan disumbat di Penjara Simpang Renggam kerana kesalahn masa lalu seperti memfitnah, merompak hak rakyat, rogol anak org, bunuh isteri org, mencipta fitnah pada Anwar dll.....JAHANAM UMNO!!!
BalasPadamAnak muda tak akan ingat jasa-jasa UMNO pada melayu & islam kerana memang tiada apa yg perlu dikenang atas kebaikannya.