12 Jul 2011

Berita Harian Biadab Tuduh Mohd Sabu Berkerusi Roda Raih Simpati.

Mat Sabu berkerusi roda raih simpati

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam cuba menarik perhatian pemberita dan simpati orang ramai apabila hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan memakai kain pelikat dan berkerusi roda.

GAMBAR: MOHAMAD cuba menarik perhatian ramai hadir sidang DUN dengan berkain pelikat dan berkerusi roda, semalam. -BH

Beliau yang ditemani Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan timbalannya, Khalid Abdul Samad hadir jam 1.30 tengah hari sebelum memanggil pemberita untuk sidang media di lobi DUN.

Pada sidang media yang turut ditemani beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang lain, Mohamad sempat ketawa di depan pemberita sebelum mendakwa cedera ligamen kaki kanan apabila dirempuh kenderaan ketika menunggang motosikal, Sabtu lalu.

“Pasukan keselamatan merempuh dengan kenderaan ketika menunggang motosikal ketika saya menyertai (perhimpunan haram) BERSIH Sabtu lalu.

“Polis bertindak kasar dalam perhimpunan itu sehingga saya cedera. Polis sudah jadi samseng bukan menjaga keamanan dan apa yang berlaku menunjukkan tahap keselamatan paling memalukan," katanya.

Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan mendapatkan rawatan lanjut dengan menjalani pembedahan untuk memasukkan plat besi pada kakinya.

Mohamad antara pemimpin pakatan pembangkang yang ditahan ketika menyertai perhimpunan haram BERSIH di ibu negara Sabtu lalu. -BH

Ulasan GB

Sungguh bidab wartawan dan editor Berita Harian itu.

Hari ini hari Mohd Sabu, siapa tahu esok hari kamu?

Satu hari ditakdirkan wartawan dan editor itu hilang kakinya pada masa itu apakah jika kamu berkerusi roda ke pejabat kamu nanti maka kamu meraih simpati?

Ingat, tulis berita biar berdab, jangan biadab. Tuhan Maha Menilai apa saja yang kamu tulis untuk tatapan rakyat.

Baca juga:

Mereka Boleh Rosakkan Lutut Saya, Tetapi Mereka Tidak Boleh Rosakkan Perjuang Saya

3 ulasan:

  1. berita harian atau utusan melayu sama saja semua dikuasai oleh yahudi laknatullah dengan diproxykan umno
    Jika mereka Islam berita sebegini tidak akan diterbitkan...

    BalasPadam
  2. Eh...ngokarng kena percayer tu. Mat Sabu tu pnat berjalan mase Bersih ari tue. Tu yg kena naik 'wheelcha' tu.
    Wa cakap lu...yg asli kat M'sia ni cuma Hisyamudin, Najib ngan Dato T jer. Yg lain2 tu palsu belaka.
    Eh...jap2.
    Aku chow dululah. Akut ada appointment ngan Dato T....nak minta pandangan mereka ttg pandangan dan statement aku ni..mana tau...kot2 palsu ker.
    Masalah besar ni. Kang dikatanya aku ni palsu plak, huh....mampos aku.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.