9 Jun 2011

Untung Petronas Meningkat, Subsidi Untuk Rakyat Dipotong, Royalti Kelantan Dinafikan

Petronas catat keuntungan lebih tinggi

KUALA LUMPUR: PETRONAS mencatatkan perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion manakala keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.
Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk tahun itu termasuk keuntungan bersih RM9.2 bilion hasil tawaran awam awal Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).

"Tidak termasuk keuntungan itu, EBITDA meningkat 18.5 peratus, selaras dengan perolehan yang lebih tinggi," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pulangan pada hasil bagi tahun itu iaitu 37.5 peratus, sungguhpun kos semakin meningkat, menunjukkan harga yang lebih kukuh dan usaha berterusan kumpulan ke arah keberkesanan operasi. - BERNAMA

Ulasan GB

Kenaikan harga minyak dunia menyebabkan keuntungan Petronas meningkat. Malangnya rakyat pula menanggung beban apabila harga minyak dinaikkan, tarif elektrik dinaikkan sehingga harga barang keperluan yang menggunakan kedua-dua tenaga tersebut turut meningkat.

Subsidi dipotong sedangkan Petronas terus menjadi gergasi yang menyedut hasil mahsul negara dan royalti minyak Kelantan pula dinafikan.


Gergasi itu akan binasa akhirnya kerana kezaliman mereka mengikut telunjuk kerajaan BN yang zalim pula.

Kita tidak mendoakan keburukan menimpa Petronas seperti anggapan sesetengah pihak, namun kezaliman mereka mengikut telunjuk dan arahan pemimpin UMNO BN yang zalim itulah yang bakal membinasakan mereka.

5 ulasan:

  1. "Ulasan GB

    Kenaikan harga minyak dunia menyebabkan keuntungan Petronas meningkat. Malangnya rakyat pula menanggung bebas"

    menanggung beban. just kesilapan ejaan mungkin.

    BalasPadam
  2. RM200 billion???xkesah la subsidi nak tarik ke hapa tapi duit banyak tu nak belanja,belanja la elok2!!

    Android Smartphone 3D Terbaik Setakat 09/06/2011 7:13 AM

    BalasPadam
  3. meningkatnya wang BN yang nak diguna untuk menindas rakyat

    BalasPadam
  4. anti zul-noording alghuyub9 Jun 2011 pada 10:05 PG

    tertengok malam tadi statement bahlol sorang NGO dok hentam kerajaan negeri Selangor pasal tamatkan kontrak alam flora.
    "Kerajaan negeri dipilih oleh rakyat, patut kena tanya rakyat dulu buleh buat ker tidak..."
    bodoh piang.... kenapa federal government x mau tanya rakyat, buleh naik harga minyak tak?buleh naik harga gula tak? buleh buat menara 1juta tingkat ker tak? yg tu kenapa x mau tanya rakyat....
    ni petronas untung bilion2 x mau bagi kat rakyat ker?

    BalasPadam
  5. Jangan salah guna... Jika wang ini digunakan untuk jatuhkan Kerajaan Islam di Kelantan... Insya Allah kehancuran ekonomi Malaysia semakin hampir dan ingat kepada semua pengundi2 BNumno kamu juga akan menanggung dosa.. kerana apa? jejari kamu yang memangkah BNumnolah menyebabkan BNumno terus melakukan dosa.. ingat. Tidak kira siapa kamu tok imamkah? Ustazkah? Muftikah? Ulamakah? semuanya menanggung dosa bersama.. kamu diberi akal untuk berfikir... kerana wang kamu lupa segalanya apa yang kamu pelajari..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.