Wanita S'pura dakwa diarah berbogel, ketuk ketampi
Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah. Illustrasi oleh asiaone.com
Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai “tidak berperikemanusiaan dan menghina” serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.
Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.
Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.
Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.
Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.
Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.
Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.
"Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.
"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina,” kata Lin kepada akhbar itu.
Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.
Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.
Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu. -mk
Ulasan GB
Hal ini sesuatu yang amat mendukacitakan. Malaysia mendapat liputan buruk di peringkat antarabangsa.
Pegawai Imigresen mbertindak sewenang-wenangnya dengan meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.
Jika dakwaan tersebut terbukti benar, pegawai-pegawai imigresen yang terlibat mesti dihukum seberat-beratnya dan Pengarah Imigresen Johor, Mohd Nasri Ishak perlu meletakkan jawatannya dengan segera.
Kita tidak dapat bertolak ansur dengan pegawai-pegawai bertaraf "binatang" ini kerana seperti yang dinyatakan oleh Ketua Suruhanjaya Diraja bagi Peraturan Prosedur Operasi Standard, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah, amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.

Imigresen Johor: Ketuk ketampi berbogel bukan prosedur ‘hukum’ warga asing
KUALA LUMPUR, 14 Jun — Ketuk ketampi dalam keadaan berbogel bukan satu prosedur hukuman jika rakyat bukan warganegara ditahan memasuki Malaysia secara tidak sah, kata Pengarah Imigresen Johor Mohd Nasri Ishak.
Dalam laporan akhbar Straits Times Singapura hari ini, dua wanita warga Singapura yang memandu ke Johor Baru untuk makan malam telah disoal oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dengan digari, dihumban ke dalam pusat tahanan dan yang paling teruk diarah ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.
Nasri berkata, terdapat hukuman lain jika mereka didapati bersalah memasuki Malaysia tanpa membawa pas dan dokumen perjalanan yang tidak sah.
“Mereka akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau lima tahun penjara,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Nasri menambah, beliau tidak mahu media hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja.
“Kami akan buat siasatan dan mendengar pula kenyataan dari pihak yang satu lagi,” ujarnya lagi.
Mangsa ditahan, Chang, lewat 30-an, telah memandu ke Johor Baru bersama rakannya seorang ejen hartanah yang berumur lewat 20-an, hanya mahu dikenali sebagai Lim kira-kira pukul 1.30 pagi Khamis lalu.
Lim memandu kereta model Nissan Latio, ini merupakan kali pertama dia memandu ke Malaysia, walaupun telah ke sana bersama rakan-rakan sebelum ini.
Di pihak Jabatan Imigresen Malaysia, mereka memandu di lorong yang tidak dikawal.
“Tiada sesiapa pun di sana dan lampu hijau menyala,” kata Lim.
“Saya menekan interkom dan tidak mendengar apa-apa, jadi saya terus memandu ketika penghadang dibuka,” katanya.
Chang memberitahu akhbar harian itu mereka terus memandu kerana menyangkakan Malaysia menggunakan sistem biometrik — yang baru diperkenalkan.
Menurut laporan media, dua wanita itu dikurung dalam sebuah bilik selama dua jam sebelum dibawa ke bilik mesyuarat kira-kira pukul 4 pagi.
Pada pukul 5 petang, mereka diberitahu akan dihantar ke Pusat Tahanan Pontian untuk ditahan selama 14 hari.
Di pusat tahanan itu, wanita itu digari. Mereka juga dikehendaki menanggalkan barang kepunyaan masing-masing.
“Mereka minta kami agar tanggalkan pakaian, tanggalkan semua pakaian termasuk pakaian dalam dan kemudian minta kami melakukan ketuk ketampi,” kata Lim.
Selepas melakukan 10 kali ketuk ketampi, wanita itu diarahkan memakai semula seluar dan diberikan sehelai kemeja-T.
Mereka kemudian diletakkan dalam sebuah bilik sebesar gelanggang bola keranjang bersama 50 wanita lain, kebanyakannya daripada Indonesia, China dan Filipina.
Kedua-dua wanita itu ditahan selama satu malam dan pada pukul 5 petang keesokan hari, mereka diberitahu akan dibebaskan dan dihantar menaikan sebuah van dengan enam tempat duduk ke Jabatan Imigresen di Causeway di mana mereka turut menerima surat amaran.
Bagaimanapun, Nasri enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran berkata tindakan itu mengaibkan maruah dan sesuatu tidak masuk akal manakala wakil rakyat Bakri Er Teck Hwa pula berkata perkembangan itu memberi persepsi bahawa Malaysia sebuah negara tiada undang-undang.
“Anda tidak boleh lakukan ini. Mengapa mereka menyoal siasat wanita-wanita ini sebegini? Ia tindakan mengaibkan,” katanya. -TMI
Ulasan GB
Hal ini sesuatu yang amat mendukacitakan. Malaysia mendapat liputan buruk di peringkat antarabangsa.
Pegawai Imigresen mbertindak sewenang-wenangnya dengan meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.
Jika dakwaan tersebut terbukti benar, pegawai-pegawai imigresen yang terlibat mesti dihukum seberat-beratnya dan Pengarah Imigresen Johor, Mohd Nasri Ishak perlu meletakkan jawatannya dengan segera.
Kita tidak dapat bertolak ansur dengan pegawai-pegawai bertaraf "binatang" ini kerana seperti yang dinyatakan oleh Ketua Suruhanjaya Diraja bagi Peraturan Prosedur Operasi Standard, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah, amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.
haishh..mcm2 hal..
BalasPadamisu ini sudah dijawab oleh rbf http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/06/dua-warga-singapura-berkelakuan-kurang.html.....
BalasPadamheran2 zaman sekarang nie...org yg buat salah diangkat mcm hero....
Kalau kerajaan BN sendiri dah memang suka lucah. Kes liwat, video sex ditayangkan setiap hari dalam tv3, disebarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dimuka depan. Tak cukup dengan itu diposkan diserata tempat.
BalasPadamKerajaan BN kencing berdiri, maka pegawai kerajaan BN kencing berlari......Apa ada hal..?
Masih nak pertahankan kerajaan BN tentang kelakuannya ?
anon 1037...
BalasPadamapela ko melalut nie..... pemikiran sempit..camner nk jadi maju camnie... ini lah kesannya klau mengangkat org yg tidak bermoral menjadi pemimpin...kes anwar tu masalah peribadi dia..sepatutnya dia kasi clearkn dlu kes dia kat mahkamah..baruleh jadi pemimpin rakyat...ini tidak melibatkan rakyat dgn masalah peribadi..bukan membantu rakyat tp menyusahkan rakyat...
gini lah.... cuba bawak rokok dua kotak, satu belum bukak, satu lagi tinggal lam beberapa batang... tengok apa kena ngan imigresen singapore...
BalasPadamapa jadik kalau tinggal rokok 2 kotak?kastam singapore nk pau duit kau ke?--tk macam kastam melayu kita yg konfem akan nk pau duit org singapore-CONFEM
BalasPadampastu akan dibogelkan?