4 Jun 2011

Sengaja Mengundang Kemurkaan Ilahi: Illinois Nikahkan 36 Pasangan Sejenis

Empat bulan lalu, Gabernur Illinois Pat Quinn menandatangani peraturan mengenai kebebasan kaum lesbian, homoseksual, dan transgender. Hasilnya, 36 pasangan sejenis mendapat kebenaran untuk bernikah. Pasangan-pasangan itu menampilkan diri di Millenium Park Chicago.

"Ini hari bersejarah. Ini hari istimewa. Satu hari dimana seluruh warga di Tanah Lincoln dapat merayakannya. Setiap orang di negeri ini amat penting artinya," demikian Pat Quinn menyampaikan pidatonya di situ.

Pernyataan Quinn yang berasal dari Parti Demokrat itu disertai bersama Datuk Bandar Chicago Rahm Emanuel. Chicago adalah kota terbesar di Illinois. "Satu perjalanan panjang untuk merayakan kesempatan ini," kata Emanuel, yang juga berasal dari Partai Demokrat itu.

Di Amerika Syarikat, setidak-tidaknya ada enam buah negeri yang mengesahkan pernikahan sejenis. Selain Illinois, negeri-negeri yang dimaksudkan adalah Connecticut, Iowa, Massachusetts, New Hampshire, Vermont, dan Washington DC.



Empat maut dalam ribut puting beliung di Massachusetts

NEW YORK: Wilayah Massachusetts diisytiharkan dalam keadaan darurat selepas dua kejadian puting beliung melanda wilayah di timur laut Amerika Syarikat itu lewat kelmarin, menyebabkan empat orang terbunuh, kata para pegawai.

Gabenor Deval Patrick mengisytiharkan keadaan darurat itu 'sebagai respons kepada kesan kejadian puting beliung dan cuaca buruk itu', kata pejabat gabenor itu.

'Puting beliung dahsyat dan besar yang kita lihat hari ini (kelmarin) belum pernah dialami di Massachusetts,' kata jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Massachusetts, Encik Scott MacLeod, kepada agensi berita AFP.

'Setiap tahun kami menjangkakan akan melihat satu, dua atau tiga pantauan atau amaran kejadian puting beliung, tetapi kesan puting beliung yang kita lihat hari ini (kelmarin) memang amat teruk,' kata beliau, sambil mengesahkan empat kematian akibat puting beliung itu.

Menyusuli perisytiharan itu, 1,000 anggota pengawal keselamatan wilayah tersebut telah dikerahkan membantu dalam usaha mencari dan menyelamat.

Pihak gabenor 'akan membawa apa saja sumber wilayah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan semua penduduk Massachusetts', kata perisytiharan wilayah yang dikeluarkan Encik Patrick, sambil menambah bahawa kakitangan di pejabat gabenor yang tidak terlibat dalam tugas kecemasan harus melaporkan diri ke tempat kerja masing-masing semalam sedang usaha pembersihan diteruskan.

Pihak berkuasa wilayah berkata dua orang mati di daerah West Springfield, satu di Springfield dan satu lagi di Brimfield.

Kejadian puting beliung itu mengakibatkan kerosakan meluas di Springfield, bandar ketiga terbesar di wilayah itu.

Polis wilayah melaporkan bahawa 33 orang cedera di Springfield.

Encik Patrick berkata kerosakan akibat puting beliung pertama, yang lebih kuat berbanding puting beliung kedua, menjejas kawasan Westfield - terletak ke barat Springfield - hingga ke timur di kawasan kejiranan Douglas.

Menurutnya, puting beliung kedua melanda dari West Springfield hingga Sturbridge, di bahagian tengah wilayah berkenaan.

Puting beliung itu juga menyebabkan ramai lagi yang cedera. Bagaimanapun, jumlah kematian akibat bencana alam itu hanyalah merupakan satu perangkaan awal, kata Encik Patrick. -- AFP, AP.






7 ulasan:

  1. Inilah akibatnya mengikut kaum Nabi Lut alaihissalam. Massachuset mungkinnya nanti akan menghadapi bencana lebih dahsyat lagi. Itu baru mukaddimah saja. Marilah kita bertaqwa pada Allah.

    Wallahu A'lam!

    BalasPadam
  2. (Gabernur Illinois Pat Quinn menandatangani peraturan mengenai kebebasan kaum lesbian, homoseksual, dan transgender. Hasilnya, 36 pasangan sejenis mendapat kebenaran untuk bernikah.)

    Kalau di minta komen, akan ada pemimpin songsang dari malaysia berkata: `kita kena hormat kepada kebebasan dan pilihan mereka..`

    BalasPadam
  3. Itu di Amerika yang memang tempat beranaknya syaitan.
    Jangan lupa di Malaysia pun dah ramai anak muda kita yang "lembut" macam ni. Apa tindakan Majlis Agama kita? Yang ramai tu, kebanyakannya orang Islam kita dan ada yang dah tukar jantina pun.
    Ingat janji Allah swt dan Allah swt tak pernah lupa akan janjiNya.

    BalasPadam
  4. Yg paling penting ialah peranan pemimpin. Sbb depa berkuasa & bole creat undang2 & bertindak sesiapa2 yg tak patuh. Kek Msia ni pun klu pemimpin tak peka undang2 Allah ---> tunggulah (kata Allah melalui ayat2Nya).

    Klu rakyat yg peka undang2 Allah agak sukar, sbb kdg2 perkara yg betul klu tak selari dgn kehendak pemimpin, yg kena tindakan si rakyat tu.

    Allah beri panduan, akal. Sebarkanlah!!!!

    BalasPadam
  5. Kita ni galak nak tahu hal orang lain. Orang tua-tua dah pesan.."Jangan jaga tepi kain orang, tepi kain kita koyak tak perasan"

    Banyak lagi isu dalam negara yang mengundang bala Allah:

    1. Anak yatim yang diabaikan
    2. Orang miskin yang ditindas
    3. Buang bayi dan gugur kandungan hasil dari perhubungan haram lelaki dan perempuan
    4. Bapak rogol anak sendiri
    5. Pemimpin besar yang bongkak ala- Firaun
    6. Fitnah
    7. Ketua agama yang bisu
    8. Haram yang dihalalkan
    9. Sesama Islam yang tidak bertegur sapa
    10. Anak-anak yang derhaka kepada ibubapa mereka....

    Jangan kita ingat tiada Tornedo, tiada Tsunami..kita ni selamat. Banjir besar tahun lepas, tanah runtuh....dan ni hah...bala Allah yang paling besar nak diberi pada orang-orang Malaysia....Lynas.........fikir-fikirkanlah! Jangan dok galak nak tengok bala orang lain saja.....

    BalasPadam
  6. 10 perkara yg dicatit oleh cik zairil diatas berlaku kerana pehak berkuasa tidak behasrat mengubal dan melaksanakan undang2 yang boleh mencegah segala kemungkaran(perkara yang dilarang ALLAHSWT)lebih2 lagi hukum hudud yang mempunyai nas qatie.

    BalasPadam
  7. 10 perkara yg dicatit oleh cik zairil diatas berlaku kerana pehak berkuasa tidak behasrat mengubal dan melaksanakan undang2 yang boleh mencegah segala kemungkaran(perkara yang dilarang ALLAHSWT)lebih2 lagi hukum hudud yang mempunyai nas qatie.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.