19 Jun 2011

Polis Ditahan Kerana Edar Dadah

Dua belas Pegawai Polis Ditahan Kerana Edar Dadah

KUALA LUMPUR – Seramai 12 anggota polis termasuk seorang pegawai ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di ibu negara, dalam dua serbuan, baru-baru ini.

Anggota polis berpangkat inspektor, pegawai dan konstabel, berusia lingku-ngan 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas pemantauan berdasarkan maklumat diperoleh.

"Mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori dan dikenakan tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama, enam anggota polis dari cawa-ngan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu ditahan minggu lalu.

Menurutnya, biarpun polis tidak menemui dadah, namun siasatan menujukan suspek dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

“Ini adalah kes pertama tangkapan narkotik membabitkan anggota polis pada tahun ini.

“Keputusan sama ada mereka akan digantung kerja dijangka diketahui selepas selesai siasatan nanti,” katanya pada sidang akhbar semasa mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merasmikan Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) Kali Ke-12 di Masjid Bukit Aman, semalam.

Kelmarin, enam anggota dipercayai bertugas di Balai Polis Petaling dan Balai Polis Sri Petaling ditahan.

Sumber berkata, terdahulu, dua suspek diberkas sebelum polis membuat serbuan di sebuah rumah di Apartmen Mutiara di Jalan Klang Lama, kira-kira jam 3 petang.

Difahamkan, polis menemui sebahagian ketulan mampat dadah dan turut menyita beberapa kenderaan milik suspek.

Noor Rashid berkata, tangkapan pegawai dan anggota terbabit membuktikan polis tidak melindungi sesiapa daripada undang-undang.

Dalam pada itu, menurutnya, beliau berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap PDRM kerana penglibatan pegawai dan anggota polis dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan jenayah adalah kecil berbanding lebih 100,000 keanggotaan dalam pasukan itu. -SH


Ulasan GB

Itu baru kes pengedaran dadah yang rakyat percaya masih ramai lagi yang masih lepas bebas di kalangan anggota polis.

Dan kita berharap pembersihan bukan sekadar kes dadah tetapi juga kes jenayah lain seperti melepaskan tembakan kepada orang awam, mengugut dan merompak, rasuah dan lain-lain.

4 ulasan:

  1. kes altatuya bagaimana pula?

    BalasPadam
  2. PERKASA BUAT PERHIMPUNAN HARAM, NAJIB DAN POLIS PEJAM MATA

    BalasPadam
  3. bukan jadi tauke dadah je, ada banyak lagi salh guna kuasa oleh anggota polis, diantaranya bapak ayam, taukeh rumah urut permedagangan manusia simpan wanita atau pati yang ditahan dan bersekedudukan harap benteras dengan segera sebelum rakyat menghukum anda dengan hebat lagi, ada banyak lagi salah guna kuasa tapi PDRM buat tak nampak je, tapi rakyat nampak

    BalasPadam
  4. Anak ikan je yang tertangkap...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.