Pemilihan PAS - Wajah Baru Yang Menakutkan Umno
Ada yang menyifatkanya sebagai kemenangan untuk kumpulan profesional dan kekalahan untuk golongan ulama.
Tidak kurang pula tafsiran bahawa kemenangan “kumpulan Erdogan” dalam pemilihan PAS semalam sekali gus menempelak cubaan Umno untuk “meminang” PAS, khususnya sejak beberapa bulan lalu.
Apa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Berlainan dengan Umno, PAS tidak menangguhkan pemilihan parti semata- mata kerana khuatir saingan untuk jawatan akan memecah belahkan parti dan menggugat peluangnya dalam PRU.
Sebaliknya pucuk pimpinan PAS begitu yakin terhadap kematangan perwakilan DAN calon untuk merapatkan saf dengan selesainya pemilihan yang dijalankan dalam semangat demokrasi dan musyarawah.
Kecenderungan untuk menyifatkan PAS sebagai parti yang kini dikuasai oleh golongan professional berpaksi kepada kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Husam Musa sebagai Naib Presiden baru.
Mohamad Sabu kini diangkat sebagai orang pertama dari golongan bukan ulama yang menyandang jawatan Timbalan Presiden dalam tempoh 20 tahun.
Nasharuddin Mat Isa tersingkir sebagai orang kedua parti manakala tokoh ulama Tuan Ibrahim Tuan Man juga kecundang kepada Mohamad Sabu.
Untuk Naib Presiden, selain Husam, Sallehuddin Ayob dan Mahfuz Omar melengkapkan senarai jawatan itu apabila mengekalkan kerusi mereka.
Kemenangan beberapa tokoh lain seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkfli Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat juga disabitkan sebagai bukti PAS dalam genggaman profesional.
Media arus perdana khususnya Utusan Malaysia akan cuba memaparkan PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai golongan ulama. Tentunya modal ini akan diambil oleh Umno untuk dijual pula kepada pengundi.
Namun, walaupun bertukar nakoda (itu pun peringkat Timbalan dan ke bawah sahaja) hala tuju PAS tetap sebagaimana yang terpacak dalam matlamat perjuangannya.
Perwakilan yang memilih golongan “profesional” atau Erdogan yakin calon- calon berkenan mempunyai ketokohan untuk memacu PAS menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti.
Kesemua yang dipilih sebenarnya sebati dengan perjuangan PAS – Mohamad Sabu, Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan PAS.
Mereka adalah veteran dalam parti yang faham sentimen akar umbi PAS dan pada masa sama mempunyai sifat dinamis untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat PAS membangun negara berkebajikan.
Konsep negara berkebajikan ini sudah pun dicanang oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai bukti kononnya PAS sudah mengubah haluan dan kononnya mengabaikan penubuhan sebuah negara Islam, apatah lagi di bawah PAS pimpinan golongan professional.
Kedua- dua akhbar itu seharusnya memerinci nilai- nilai yang disebutkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang Hadi dalam ucapan dasarnya dan membuktikan bagaimana penubuhan sebuah negara berkebajikan bercanggah dengan syariat Islam.
“Kita mulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan, ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut negara Islam, ia sebut negara berkebajikan,” kata Hadi dalam sidang medianya semalam.
Konsep negara berkebajikan didokong dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, bermakna ia turut dipersetujui oleh DAP.
Kemunculan pemimpin- pemimpin seperti Hadi, Mohamad Sabu, Husam dan yang lain hadir berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh untuk menerangkan penubuhan negara berkebajikan kepada umat Islam dan bukan Islam tentunya menjadikan Umno dan akhbar miliknya gusar dan cemas.
Justeru kerana itulah Utusan dan Berita Harian akan menjaja PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai oleh ulama, malah sudah mengubah matlamat perjuangannya.
Sebelum pemilihan PAS semalam, Utusan Malaysia cuba secara licik untuk membawa mesej- mesej tertentu untuk mempengaruhi perwakilan parti dalam memilih calon.
Utusan yang sering menyerang Islam yang dibawa oleh PAS tiba-tiba mengingatkan keperluan parti itu supaya meneruskan perjuangan dan matlamatnya dengan pimpinan ulama.
Memang hebat transformasi Utusan walaupun ia hanya untuk memastikan agenda sempit Umno menjalin kerjasama politik dengan PAS tidak kecundang. Namun akhirnya rancangan Utusan-Umno itu nampaknya gagal juga.
Pemilihan muka-muka baru termasuk Mohamad Sabu dan Husam bermakna mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk membantu Hadi mengemudi PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU akan datang.
Perwakilan membuat pilihan sedemikian kerana menyifatkan mereka sebagai gandingan terbaik untuk misi berkenaan. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan pembaharuan-pembaharuan yang didahagakan oleh rakyat, Islam dan bukan Islam. -wira arjuna
Ulasan GB
Entahlah, GB dapat membayangkan Najib nanti akan mengalami mimpi dasyat, jutaan rakyat berarak ke Putrajaya berhimpun di depan JPM, meminta beliau TURUN, TURUN, TURUN...
Ada orang kata, silap gaya beliau bakal diMubarakkan. Itu sebab beliau cukup takut dan ngeri bila bercakap pasal demonstrasi luarnegeri yang telah menumbangkan beberapa kerajaan yang penuh dengan korupsi.
Wallahu 'alam

Saf pimpinan PAS yang paling merunsingkan UMNO, kata Ketua DHPP
"Saf pimpinan baru PAS" yang lahir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini disifatkan sebagai gandingan yang paling merunsingkan UMNO. Dengan empat pimpinan tertinggi yang dipilih, iaitu Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden, pilihan sedemikian ditafsir sebagai kebijaksanaan perwakilan untuk meletakkan pemimpin di tempat yang sesuai.
Demikianlah ulasan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Phang Chow ketika diminta MerdekaReview untuk mengulas kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin dengan undi terendah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.
Hu Phang Chow berkata, Nizar Jamaluddin memikul dua misi yang terpenting buat masa kini, iaitu mengembalikan kuasa kerajaan negeri di Perak, dan meningkatkan sokongan bukan Melayu/bukan Muslim terhadap PAS. Seandainya Nizar berjaya menyempurnakan dua misi ini, maka beliau boleh kembali ke pusat pimpinan untuk diberikan peranan yang lain.
Nizar Jamaluddin, pemimpin PAS yang muncul sebagai Menteri Besar Perak selepas tsunami politik pada 8 Mac 2008. Kerajaan negeri yang diterajui Nizar dirampas oleh UMNO-BN pada Februari 2009, apabila tiga orang wakil rakyat dari PKR dan DAP berpaling tadah. Pimpinan Nizar meraih simpati ramai, melonjakkan populariti dirinya terutamanya dalam kalangan komuniti Cina, lantaran daripada kejadian tersebut. Beliau terpilih sebagai AJK Pusat PAS dengan undi tertinggi dalam pemilihan parti pada tahun 2009.
Hu Phang Chow (gambar kanan) menganggap perwakilan PAS amat jelas dengan senario yang terkini. Mereka meletakkan empat orang tokoh yang paling merunsingkan UMNO, untuk berdepan dengan PRU 13 yang akan datang. Malah, beliau menyanggah pandangan bahawa Nizar kalah kerana penampilannya yang dianggap lebih "mesra-bukan melayu/muslim".
"Seandainya pandangan ini berasas, maka Mat Sabu akan kecundang sebermulanya," kata Hu Phang Chow yang menegaskan bahawa perwakilan PAS tidak membuat keputusan atas pertimbangan perkauman, tetapi pertimbangan mengikut keperluan senario.
Dzulkefly: Bukan sekadar populariti
Ketika diminta untuk mengulas kekalahan Nizar, Dzulkefly Ahmad berkata, "Pada saya the best man win (orang yang terbaik menang). Beliau (Nizar) mungkin belum dalam liga itu, walaupun sudah masuk dalam liga itu, beliau perlu membuktikan..."
Wartawan mencelah dengan soalan sama ada Nizar kalah kerana senioritinya yang belum cukup melayakkan dirinya ke jawatan ketiga itu, Dzulkefly (gambar kiri) berkata, "Bukan senioriti. Saya ingat delegates (perwakilan) bijak, yang cukup alert untuk membuat perhitungan. Bukan hanya populariti di sini. Popular satu hal, tetapi keupayaan, keupayaan untuk memimpin... Bukan hanya menjadi popular. Ini yang perlu difahami oleh pihak yang lain."
Beliau meneruskan, "Kerana PAS mempunyai pengalaman hampir 60 tahun. Dan perwakilan cukup wajar dan bijak membuat perhitungan mereka. Dan kita kena ingat bahawa di sana ada enam (calon)..."
Dzulkefly Ahmad yang juga terpilih sebagai AJK Pusat diingatkan bahawa Nizar memperolehi undi terendah, dan dijawabnya, "Itu kedudukan yang dia kena terimalah. Dia masih mempunyai masa dan waktu untuk memperbaiki prestasinya. Dan ini cara PAS untuk menilai pemimpin..."
Nizar: Ketiga-tiga pemenang calon terbaik
Sementara itu, ketika diminta untuk mengulas kekalahan dirinya, Nizar berkata, "Itu keputusan perwakilan, mereka membuat pilihan yang tepat. Saya menganggap diri saya hanya satu komponen daripada itu, itu bukan soal menang atau kalah, tapi persoalan siapa boleh menawarkan pilihan yang paling baik untuk kita Putrajaya."
Sambil menyifatkan saf pimpinan baru sebagai "pilihan yang paling sempurna" (the most perfect choice) untuk berdepan dengan pilihan raya umum, Nizar dengan rendah hati berkata dirinya bukan sesiapa (I am nobody) apabila pertimbangan tersebut (berdepan dengan PRU) diambil kira. Beliau mendakwa dirinya tidak kecewa, sebaliknya gembira dengan keputusan itu, kerana "ketiga-tiga pemenang jawatan tersebut adalah yang terbaik".
Dzulkefly Ahmad juga menambah bahawa keputusan pemilihan ini secara keseluruhannya memperlihatkan bahawa perwakilan memilih pimpinan berdasarkan prestasi, dan ini keistimewaan PAS yang tidak mengambil pendekatan berkempen seperti parti politik lain.
"Dan kita dari segi itu adalah lain dari pihak-pihak yang lain, dan parti-parti yang lain. Jadi dengan pimpinan dan pasukan pimpinan saf ini, kita harap dapat melonjakkan lagi prestasi PAS dalam pilihan raya yang akan datang dan ini menyuntik keyakinan bahawa inilah dia saf pimpinan yang dimahukan parti dan juga pendukung, pemerhati supaya PAS menampilkan kekuatan gandingan ini. Inilah sebenarnya kekayaan dan takungan pimpinan... Kita cukup kaya dengan takungan pimpinan kita..."
Hu Phang Chow ketika merumuskan pandangannya terhadap keputusan pemilihan ini berkata, ia merupakan gelombang reformasi kedua dalam PAS. Gelombang pertama, menurutnya adalah kemasukan bukan muslim ke dalam PAS, dan diinstitusikan sebagai badan dalam arus perdana politik PAS. Gelombang kedua kali ini meletakkan pemimpin yang profesional dan terbuka pada kedudukan penting, dan PAS kini menuju ke arah pimpinan yang merangkumi kepelbagaian dalam agama, budaya, ekonomi dan sebagainya. -MR
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Ulasan GB
Entahlah, GB dapat membayangkan Najib nanti akan mengalami mimpi dasyat, jutaan rakyat berarak ke Putrajaya berhimpun di depan JPM, meminta beliau TURUN, TURUN, TURUN...
Ada orang kata, silap gaya beliau bakal diMubarakkan. Itu sebab beliau cukup takut dan ngeri bila bercakap pasal demonstrasi luarnegeri yang telah menumbangkan beberapa kerajaan yang penuh dengan korupsi.
Wallahu 'alam
Saya juga turut meraikan,
BalasPadamNAJIB UNDUR..UNDUR...UNDUR..
BN TURUN>>TURUN>>TURUN>>
Baguslah...Syukur!!! Abang Mat Menang...harap-harap siapa yg buka mulut utk bersatu dgn UMNO...harap Abg Mat tempelingkan aje mukanya.
BalasPadamTransformasi belum lengkap selagi Stopa Ali jadi S/U Agong.Hadi Awang wajar gantikan Stopa Ali dengan orang lain.Dialah ibu anan-anai puak UG.Sebaik-baik pilihan,Dato KJ,S/U Agong lama.
BalasPadamJelas,terang lagi bersuluh....
BalasPadamPerwakilan sememang nye bijak membuat pilihan serta sudah muak isu panas berkaitan perpaduan UMNO...
Isu perpaduan sedikit sebyk boleh melemahkan semangat ahli,pendokong n penyokong PAS itu sendiri...
Dgn barisan saf kepimpinan yg baru ini PASTI akan menyemarakkn PAKATAN RAKYAT dalam mghadapi PRU13...
UMNO....jaga2...
Kubur sudah digali....
nisan sudah ditempah...
Rakyat jgn tnggu lagi...
Buang UMNO mcm sampah...
Ana kurang kenal org2 kuat PAS, kenal melalui ceramah2 kat intnet, Harakah. Tapi ana mmg sokong PAS. Akhir2 ni ana terbaca ramai benor nak supaya Stopa Ali undur atau diundurkan. Sbb ape? ana tak tau sbb ana x kenal.
BalasPadamTapi klu dah ramai benor minta dia berundur, elok berundor kot .... huhu
Ini baru pemimpin yang tak lembik macam...., harga barang naik, BN turun, Mat Sabu Mat Sabu Mat sabu, takbir
BalasPadamPas dah makin kedepan setanding Pakatan Rakyat, Ini baru pemimpin masa depan, bukan yes UMNO
BalasPadamUMNO dah patut bubar semua masuk PAS, Pas berani buat pemilihan masa musim nak PRU13 macam PKR, kalau UMNO berani buatlah..
BalasPadamjadi pejuang pada jalan allah dan tegakkan kebenaran, Tumbangkan UMNO parti dah reput, PAS boleh pimpin malaysia
BalasPadamIni baru saf pemimpin bersama rakyat, bukan bersama UMNO penindas
BalasPadamkita cabar UMNO buat pemilihan sekarang bertanding semua peringkat, kalau nak buat pemilihan lepas PRU13 pun boleh tapi insyaallah untuk pilih pemimpin pembangkang, kami orang muda dah tak mau BN dan UMNO
BalasPadamSyabas perwakilan yang pilih pemimpin untuk berjuang, bukan asyik mimpi kahwin UMNO
BalasPadamTahniah GB sumbangan yang besar untuk masa depan agama dan negara
BalasPadamumno tak berani buat pemilihan JK baru takut bergaduh. PAS tak de masalah.. Kepimpinan yang naik akan melaksanakan amanah kepimpinan. UMNO jika bersidang pasti nak menang untuk mengaut keuntungan PITIH...
BalasPadam