Yasin diselit 11 gambar lucah
Imam Besar yakin perbuatan dilakukan individu beragama Islam
GEORGETOWN: Sebanyak 11 keping gambar lucah diselitkan dalam 11 naskhah Yasin ditemui dalam Masjid Negeri Pulau Pinang, di sini petang kelmarin, kejadian kedua di negeri ini selepas kes pertama dilaporkan di Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, dua minggu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, seorang pengawal keselamatan masjid terkejut apabila menemui sekeping gambar lucah dalam naskhah Yasin yang diambil dari rak ruang solat utama untuk dibaca sebelum solat Asar.
Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, Yusuff Ahmad, berkata pengawal berkenaan kemudian memeriksa beberapa naskhah lain di rak berkenaan dan mendapati ada lagi naskhah yang terselit gambar lucah yang semuanya berjumlah 11 keping.
Setiap keping gambar berwarna yang dianggarkan bersaiz 10 sentimeter lebar itu, mempamerkan pelbagai aksi lucah diselitkan di halaman berlainan 11 naskhah surah terbabit. Kes berkenaan dilaporkan di Balai Polis Kampung Bharu, Air Itam, petang kelmarin.
Yusuff berkata, beliau yakin individu yang melakukan perbuatan berkenaan beragama Islam kerana bukan Islam akan diperiksa oleh pengawal keselamatan di kaunter pelancong masjid berkenaan manakala naskhah Yasin berkulit hijau itu bukan milik masjid yang mempunyai naskhah dicetak sendiri.
“Kami tidak tahu apa motif pihak terbabit tetapi bersyukur kerana dapat dikesan sebelum majlis bacaan Yasin selepas solat Maghrib," katanya sambil menyifatkan kejadian berkenaan sebagai perkara serius.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan dan meminta semua pihak supaya bertenang kerana siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, mendatangkan bencana atau mencemar tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama Islam.
Dua minggu lalu, hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah yang bersiap untuk majlis bacaan Yasin bagaimanapun terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah dipercayai dimuat turun dari laman web sebelum dicetak dengan ukuran sama besar, kemudian digunting dan dilekatkan dalam naskhah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, ketika dihubungi berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan individu sama terbabit dalam kejadian menyelit gambar lucah dalam surah Yassin dan kedua-dua kes dipercayai membabitkan lebih daripada dua pelaku. -BH

Ini bukan perbuatan org Islam..... kalau Islam,walau pon nipih imannyer,dier tak gamak ndak menghiner kalam Allah sampai mcm tu sekali.Memang susah utk kenai yg maner satu penganut Islam dan yg maner satu pakai namer mcm org Islam diMalaysia ni.
BalasPadamkita tidak mahu menuduh mana2 pihak cuma apa yang kita bimbang ialah pengaruh apco telah meresapi dalam masyarakat umum terutama orang islam inilah yang dikatakan fitnah ahir zaman dajjal sebelum dajjal yang disebutkan dalam hadis nabisaw.

BalasPadamIni sudah tentu kerja orang suruhan umno bn porno siapa lagi meka memang suka cerita bab lucah ni, tentu orang mamak penang kutty babu tu, melayu kenapa hang kak penang suka ikut pungkok mamak.
BalasPadamTak usah dituduh kat orang bukan Islam. Jangan kita tiupkan angin fitnah ini sedangkan belum tahu hujung pangkal. Yang AKU pasti bukan semua orang Islam takut akan Allah swt. Lihat saja apa yang berlaku kebelakangan ini. Orang yang terlibat dengan kes zina dan rogol sudah mula menuduh orang lain berzina. Orang yang berbohong mengata orang yang tidak berbohong melakukan pembohongan. Orang yang moralnya rendah bercakap tentang integriti dan ketinggian akhlak.
BalasPadamNasihat untuk cicit ngah layor, tak usah masukkan jarum perkauman dalam hal ini. Entah-entah orang kita yang melakukannya. Kita berdoa agar Allah swt tunjukkan kepada kita SIAPAkah sdalang itu nanti?
budak2 kot yg buat.
BalasPadamkalau orang tau... kerja-kerja macam ni selalu muncul dekat-dekat pilihan raya umum... buleh agak dalang-dalangnya... hahaha... semuga korang terima lah azab Allah nanti pasal sanggup sampai ke tahap nih...
BalasPadamorg umno mmg tak takut ...tak takut buat dosa...mereka memang berani buat kerja2 mcm tu
BalasPadam