24 Jun 2011

Isu Barbican Lagi: Anak Syarikat UKM Nafi Keluarkan Status Bir Halal

UNIPEQ nafi keluar status bir halal

KUALA LUMPUR 23 Jun - Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menafikan ia telah mengesahkan status halal produk bir 'Barbican' seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr Siti Noorbaiyah Abdul Malek, berkata syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

"Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jakim untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noorbaiyah berkata sejak 15 tahun lepas, Unipeq bertindak sebagai sebuah makmal pemantauan kualiti makanan dan hanya menguruskan hal-hal berkaitan teknologi makanan.

"Kami khuatir sebab banyak sangat reaksi di luar sana berhubung dengan iklan yang dikeluarkan (pengeluar), saya haraplah kita boleh betulkan keadaan," katanya. -hm

Ulasan GB

Seperti yang GB telah ulas sebelum ini, surat analisis yang dikeluarkan oleh anak syarikat UKM tersebut telah disalahgunakan oleh pengedar & peniaga bir BARBICAN untuk "memulihkan"& melariskan perniagaannya dengan mendakwa "Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam dan berharap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican” TANPA pengesahan status halalnya oleh JAKIM.

Justeru itu pihak UNIPEQ perlu berhati-hati di masa muka untuk mempastikan surat yang dikeluarkannya tidak disalagunakan dengan menyertakan sekali DISCLAIMER (PENAFIAN) bahawa suratnya bukanlah pengesahan untuk menyatakan bahan minuman yang dianalisanya yang hanya berdasarkan sampel yang dibawakan kepadanya itu sebagai halal.

4 ulasan:

  1. ape yang specialnyer BARBICAN ni????

    BalasPadam
  2. kalau halal sekalipun harga dah sampai RM4-RM5, apasal bodoh sgt beli?

    Kan banyak ada air kotak, air tin dan air botol berperisa buah2an yg harganya jauh lebih murah?

    Ini semua sebab pemuda2 gilakan namanya sebagai beer, kemudian hisap shisha, bawak girlfriend, lepas tu berzina.

    BalasPadam
  3. Nama syarikat pun 'unipig' ..kena la tu betemu buku dengan ruas !

    BalasPadam
  4. zina = orang muda. bodoh punya anonymous. orang tua pun zina isteri orang, laki orang lagi teruk. periksa la dulu hujung pangkal, main pukul rata.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.