BERSIH 2.0: Peniaga akan untung besar Oleh Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi.
Beliau menyifatkan himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.
Perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.
Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman.
Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.
Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta. Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur.
Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda. Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini.
Walaubagaimana pun semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, PERKASA, PERKIDA, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan.
Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara. Di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.
Saya penuh yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman. Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia.
Pelancong-pelancong yang hadir akan berpuas hati dengan keharmonian yang berlaku. Seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Thaipusam di Batu Caves.
Pihak polis bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti tersebut.
Jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman ini maka insya Allah tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Peserta Bersih 2.0 bawa duit, peniaga untung
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Peniaga, penjaja dan pemandu teksi sepatutnya menyokong, bukan menyaman penganjur himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, ia kerana pihak penganjur iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan membawa lebih 800 ribu pelanggan kepada mereka.
"Kami nak bawa pelanggan. PAS sahaja 300 ribu orang. Sepatutnya peniaga sokong bila orang ramai nak datang.
"Mereka yang datang sini bawa duit bukan datang tangan kosong," katanya kepada Harakahdaily.
PAS, katanya seperti usul diluluskan pada Muktamar ke 57 lalu, akan mengerahkan 300 ribu dari ahlinya yang kini mencecah lebih 1 juta orang.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam 'meracuni' penjaja, peniaga dan pemandu teksi agar menyaman penganjur himpunan Bersih bagi menuntut ganti rugi berikutan pendapatan mereka yang mungkin terjejas semasa perhimpunan berkenaan.
Mengulas lanjut, Firdaus yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, himpunan aman Bersih 2.0 tidak akan menjejaskan perniagaan mereka melainkan diprovokasi oleh pihak polis sehingga menimbulkan kekecohan.
"Kalau polis tembak gas, kami kena lari la, bila lari bertembung tahu-tahu sahajalah.
"Cuba polis jaga dan kawal elok-elok, sudah tentu semuanya akan untung malah berlipat kali ganda," tambahnya lagi.
"Semua tiket bas dari utara dan timur, Air Asia penuh, FireFly habis, jadi apa petandanya tu?" soalnya.
Sehubungan itu katanya, Umno khususnya perlu menerima himpunan Bersih akan datang demi kebaikan mereka apabila menjadi pembangkang selepas PRU ke-13 nanti.
"Kalau mereka (Umno) dah jadi pembangkang nanti, mereka tak perlu buat demo lagi untuk mereformasikan pilihan raya untuk menang semula sebab kita dah buat," tegasnya sinis. -HD
kenyataan saorang menteri yang tak bertanggong jawab.
BalasPadamkalau 1 juta orang pergi, meniaga lagi laku, teksi pun banyak penumpang...
BalasPadamKenyataan dari org yg mmg tak suka dari akar umbi ttg perhimpunan tu, begitu le. Klu dia suka, kenyataannya berbeza..kena faham ttg sifat manusia ni.
BalasPadamKenapa dia tak suka? kita semua tahu & kena le faham. Peniaga2, pemandu2 bas,teksi, polis, pengguna2 dll.. juga ada yg suka & suka, maka akan keluar le kenyataan/ulasan2 yg bermacam2 juga.
Kesimpulannya, atas niat & pendirian kita masing2 le, klu kita sokong ---> apa pun tak jadi hal. Small matter. Yg dah terbukti, setakat ni perhimpunan tu aman, melainkan diprovokasi oleh pihak2 tertentu.. Mudah aje.
ape pun tak leh!!!