Gandingan baru dalam kepimpinan Pas yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan, Mohamad Sabu (gambar) diibaratkan sebagai ‘Kabinet Perang’ untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, gandingan itu bersama barisan Kabinet baru perlu dibayangi pelbagai latar belakang, termasuk generasi muda.
“Inilah barisan Kabinet Perang untuk berdepan pilihan raya. Bagi pertahan dan mantapkan parti, perlulah lantik juga orang-orang muda. Ada pemimpin kita letak di bahagian tertentu, dan ada pemimpin kepalai angkatan, ada yang membantu. Kita lihat sahaja hasilnya kelak,” katanya, ketika diminta mengulas mengenai barisan kepimpinan baru Pas pada pemilihan lalu.
Menurutnya, parti lawan hendaklah membuat persediaan lebih rapi untuk berdepan barisan kabinet Pas kali ini, yang diyakini lebih mantap dan berkaliber.
“Saya pasti UMNO sekarang susah hati dengan kepimpinan baru Pas, sebab itu mereka timbulkan isu ulama tewas, tolak golongan ulama dan sebagainya. Ingatan saya kepada UMNO, bersedialah!,” katanya.
Mengulas mengenai perubahan dasar Pas yang kini mahu memperkenalkan dasar negara berkebajikan, Azizan berkata, ia juga sinonim dengan dasar negara Islam yang mengutamakan kebajikan rakyat dan amalan yang baik.
“Islam menyuruh kita berbuat baik, termasuk kebajikan. Apa salahnya sekadar tukar nama, namun pengisian tetap berteraskan Islam. Saya juga amalkan konsep kebajikan dalam pentadbiran, antaranya perkenalkan Skim Kafalah, sumbangan pada pelajar Kedah dan membangunkan agenda pendidikan,” katanya.
Azizan turut menepis dakwaan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengatakan UMNO sama sekali tidak tergugat dengan barisan kepimpinan baru Pas, malah yakin peluang mereka lebih cerah kerana pimpinan baru parti itu dipercayai tidak menyokong agenda perpaduan.
“Saya tak pasti apa tafsiran UMNO berhubung barisan kepimpinan Pas yang baru ini, sebab saya tidak mampu membaca apa yang terlintas di minda mereka. Tetapi mungkin mereka tidak puas hati dengan kelebihan yang ada pada gandingan baru ini yang boleh menggugat kedudukan mereka,” katanya.
Ditanya sama ada timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi berhubung keputusan pemilihan atau usul yang dibangkitkan pada Muktamar lalu, Azizan menidakkan perkara itu memberitahu ia bukti kesepakatan dalam parti.
“Tiada ahli Pas suarakan rasa tidak puas hati, mungkin yang bising itu orang UMNO. Atau mungkin pemimpin parti itu tidak puas hati dengan barisan baru Pas yang mantap. Semuanya berjalan lancar,” katanya. -SH
Ulasan GB
Patutlah UMNO BN kecut sangat dan lemparkan macam-macam tuduhan.

Sudah seminggu Mat Sabu jadi Tim.Presiden PAS yang dipilih oleh Mukatamar.Akhbar-akhbar tali barut UMNO masih menyuntik racun.Sebaliknya,Akhbar The Sun,Pengarang Meja Politiknya,Zainon Ahmad buat headline "PAS dynamism restored"(Dinamisma PAS dikembalikan).Us.Azizan,MB Kedah pula kata gandingan "Angkatan Perang" dan begitu ramai para blogger melihat PAS dalam suatu era baru "Era Perjuangan".
BalasPadamKomen Dinsman baik kerana seirama dengan apa yang disebut oleh TGNA,tak ada gulungan ulamak mahu pun profesional dalam PAS.Mereka semua ahli PAS.Inilah panduan yang wajar diambil oleh semua ahli PAS,menyinsing lengan,istiqomah dalam perjuangan dan bersedia menghadapi musuh pada PRU yang akan datang.