21 Jun 2011

Bekas Suami Tikam Muka Guna Gunting

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diserang dengan gunting sehingga cedera di kepala, leher dan muka oleh bekas suaminya di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di bandar ini, petang semalam.

Gambar: HAZITA cedera parah di bahagian muka, leher kiri dan kanan dan belakang kepala selepas diserang bekas suami dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II), semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa, pelatih salun kecantikan, Hazita Mohamad, 28, yang berasal dari Tumpat berkunjung ke pasar raya itu untuk membeli barang keperluan salun.

Keengganan merujuk kembali kepada suspek menjadi punca motif kejadian berlaku. Wanita berkenaan mengalami kecederaan parah tetapi stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata mangsa dipercayai diekori oleh suspek sehingga ke tempat meletak kenderaan di pasar raya berkenaan sebelum bertindak menerpa masuk ke dalam kereta wanita itu.

“Suspek kemudian menggunakan gunting menikam belakang kepala, leher serta muka.

“Mereka bergelut dalam kereta berkenaan, orang ramai yang melihat kejadian cuba membantu mangsa, suspek pula bertindak melarikan diri," katanya. -BH


Azab Janda Muda

KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.

Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu.

“Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka.



2 ulasan:

  1. kepada para janda dan duda yang berpotensi diserang oleh 'si gila talak' masing-masing, sila berhati-hati dan berjaga-jaga.

    1. Elakkan tinggal berdekatan@satu kawasan@satu daerah dengan tempat tinggal 'bekas' anda
    2. Usah menunjuk-nunjuk pasangan baru kepada 'bekas' anda
    3. Elakkan membuat provokasi, mencabar dan under estimate keupayaan 'bekas' anda
    4. Jangan sekali-kali balik lewat, berseorangan, berada di tempat sunyi dan menyangkakan tiada apa akan berlaku

    she

    BalasPadam
  2. itulah akibatnya bila bertindak ikut perasaan

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.