30 Mei 2011

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Bukti Kiamat Makin Hampir

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Bukti Kiamat Makin Hampir

Di dalam Al-Quran ada menyebut bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:


1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya
kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan
perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa
takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan
pengejek dalam masyarakat.
12. Semakin ramai golongan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.


Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat. Amin. -princess momoy

10 ulasan:

  1. Camana gempa bumi kat berlaku kat bumi tapi kedudukan matahari yang berubah?..atau sebenarnyer tajuk tu yang perlu diubah suai sikit ayat nyer..

    BalasPadam
  2. Mengapa masih cuba tidak menerima alasan yg.matahari itu telah berubah.

    Dan terus tanamkan dlm hati bahawa kiamat itu memang sudah hampir.

    Jgn tanguhkan masa, bangun beramal sedayaupaya yg.mungkin.,kesempatan yg tinggal sedikit gunakan sebaik baik nya.

    Tapi jgn lupa,biar pun kiamat itu sudah jelas kelihataan ,jika di tangan mu ada buah kurma,tanamkan nya.,supaya ia tidak sia sia.

    Mari kita teruskan belajar dan berguru.

    Jgn maree!!

    BalasPadam
  3. anon 12:38

    Samalah seperti apabila dikatakan "matahari terbit dari barat", apakah bererti matahari yang bergerak sehingga matahari itu yang dapat terbit dari timur atau barat?

    Fenomena itu berlaku dari sudut pandangan insaniah, seperti juga Allah menyatakan "bumi terhampar luas" bukan bererti bumi itu rata".

    BalasPadam
  4. sistem kewangan berasaskan riba wang kertas/wang elektronik akan sengaja diruntuhkan. Sesiapa yang berhutang bayar segera sebelum RM tiada nilai.

    BalasPadam
  5. Tabung dan simpalah Dinar emas atau dirham(wang syariah) sebagai kekayaan sebenar. Kenaikan harga barang sebenarnya ialah kejatuhan nilai wang kertas... akan sampai satu ketika nanti wang kertas tidak bernilai...

    BalasPadam
  6. Kalau tak silap sebenarnya bumi yang mengelilingi matahari dari sini kita dapat andaikan kedudukan bumi akan berubah. Dimana hanya kita rasa matahari akan timbul dibarat wahal putaran bumi yang berubah maka kita sangkakan sebaliknya. Maaf kalau silap.

    BalasPadam
  7. salam,ada sesetgh berpendpt bahawa matahri terbit disebelah barat adalah islam muncul kuat dari barat.. seperti yg kita lihat sekarang. ada ulama2 hbt dibarat seperti syeikh hamza yusuf..utk dikongsikan bersama

    BalasPadam
  8. itu kata abu hurairah. nama dai sabenar apa?

    BalasPadam
  9. SALAM..... KEMBALI LAH PADA AL QURAN DAN HADIS...... KIAMAT PASTI DATANG.. ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI... TANDA2 KIAMAT SUDAH BANYAK... INSAF LAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT........ LEBIH BAIK BERLAKU KIAMAT DARI TERUS MENJADI HAMBA DI BUMI SENDIRI... YANG KAYA BERTAMBAH KAYA... YANG MISKIN TERUS MISKIN....UMAT ISLAM BERGADUH SESAMA SENDIRI....... ALLAHU AKBAR..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum,

    ni aku copy dari website http://tanda-kiamat.blogspot.com/2010/09/tanda-besar-kiamat-matahari-terbit-dari.html

    Maha Suci Allah Pemilik Segala Ilmu

    Pada hadis yang diriwayatkan oleh Al Hafizh Abu Bakar bin Mardawiyah dari ‘Abdullah bin Abu Aufa, berkata ia:
    “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya akan datang kepada manusia suatu malam yang sama lamanya dengan tiga malam kamu ini, apabila peristiwa itu terjadi maka ia akan diketahui oleh orang-orang yang sedang berbuat amal sunnat, dimana apabila salah seorang mereka membaca satu hizib (dari Al Qur’an) kemudian dia tidur, setelah bangun iapun membaca satu hizib lagi, kemudian ia tidur, dan ketika mereka melakukan itu, maka orang-orang saling berteriak: “Ada apakah ini?”, maka mereka pun lari berlindung ke masjid-masjid dan tiba-tiba mereka melihat matahari sudah terbit dari tempat terbenamnya, sehingga apabila ia telah sampai di tengah langit, iapun kembali.”


    Al Hafizh Al Baihaqi dalam kitab “Al Ba’tsu Wa Annusyur” meriwayatkan suatu hadis dari Ibn Mas’ud tentang hal ini:
    “Pada malam itu seorang laki-laki akan memanggil tetangganya: “Wahai saudara apakah yang telah terjadi terhadap kita pada malam ini? Aku telah tidur sampai puas dan akupun telah shalat sampai penat”, kemudian dikatakanlah kepadanya (matahari): “Terbitlah kamu dari tempat terbenammu” dan itulah hari yang tidak berguna iman seseorang yang tidak pernah beriman sebelumnya atau berbuat baik dalam imannya.”
    (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Bab Thulu’issyamsi Min Maghribiha. Dan lihat kitabul-Fitan Wal-Malahim, Zikru Thulu’issyamsi Min Maghribiha)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.