9 Mei 2011

Sepatutnya Awie Bersyukur Kerana Bob Lokman Diberi Hidayah Oleh Allah

Usah melenting

TERGERAK di hati saya untuk memberi sedikit ulasan apabila membaca laporan akhbar ini bertajuk ‘Bob usah hipokrit, riak’ yang disiarkan pada 30 April lalu.

Awie nampaknya begitu marah dengan Bob Lokman yang dikatakan kerap menyerang dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu baru-baru ini.

Kemarahan Awie ini berikutan kenyataan Bob Lokman dalam satu portal hiburan mengenai pengundurannya daripada dunia seni disebabkan tidak lagi mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya hipokrit dan mempunyai unsur tidak baik.

Saya tidak membaca portal berkenaan tetapi, saya percaya, niat dan tujuan Bok Lokman apabila memberi kenyataan itu hanyalah untuk berdakwah.

Ini selari dengan tugas baru beliau iaitu untuk berdakwah.

Saya rasa Awie tidak perlu melenting dengan teguran Bob itu.

Anggaplah Bob Lokman sudah menerima hidayah daripada Allah ketika usianya memasuki penghujung.

Sepatutnya kita sebagai rakan artis bersyukur kerana Bob Lokman diberi hidayah oleh Allah dan berdoa kepada Allah supaya giliran kita pula diberi hidayah.

Saya bukanlah lulusan agama untuk mengulas kenyataan Bob Lokman yang menyatakan dunia hiburan tidak boleh dipercayai dan mempunyai unsur tidak baik.

Anda yang berada dalam golongan artis boleh menilai sendiri, nilailah daripada cara hidup kita, cara pergaulan kita, cara berpakaian kita, cara makan dan minum kita, cara ketrampilan diri kita apakah selari dengan tuntutan Islam.

Tak perlulah saya huraikan dengan lebih lanjut tetapi itu mungkin apa yang dikatakan unsur tidak baik yang dimaksudkan Bob itu.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya. Dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” – Hadis Riwayat Muslim.

Awie berkata, sebagai artis, beliau akan menjalani kehidupan seperti sedia ada dan sebagai umat Islam akan sampai masa untuk beralih arah kerana itu sebahagian daripada kehidupan.

Komen saya, apakah Awie pasti apabila sampai masa Awie juga akan beralih arah?

Apakah beralih arah atau berubah ini sebahagian daripada kehidupan?

Adakah Awie bermaksud semua yang jahat akan jadi baik suatu masa nanti?

Jika ini anggapan Awie, anda memang tersilap. Tidak semua orang diberikan hidayah oleh Allah.

Mengenai Bob Lokman yang memilih jalan berdakwah apakah Awie tidak suka?


Bob Lokman memilih jalan kedua dalam hadis Rasulullah itu kerana beliau dikurniakan Allah petah berkata-kata dan saya pula hanya berupaya dengan jalan ketiga menegur dengan hati, itulah iman saya yang lemah.

Namun, saya sentiasa berdoa semoga Allah tetap dan tingkatkan iman saya.


POKCU HET, Bagan Serai, Perak -HM

10 ulasan:

  1. bro bob, elok nye..lebih kan penhayatan islam tu sndiri...nanpak skarang bro bob penhayatan 10% tapi politik 90% ... byak kita ckap dan byak le kelemahan kite yg org tahu..

    BalasPadam
  2. nampak benar anon di atas jahil tentang Islam, masih memisahkan politik dengan agama.

    BalasPadam
  3. apa pun tindakan kita sebagai muslim namanya ibadat. Politik pun sebagai ibadat. So fikirkan bagaimana politik akan jadi ibadat. jika berpolitik untuk tujuan menegakkan mungkar maka ia termasuk dlm maksiat...wajib bertaubat. Ramai juga orang kat tanah melayu di malaysia kurang maklumat tak tau politik yang boleh dapat ibadat.

    BalasPadam
  4. Dia nak bersyukor macam mana, dia pun tak dapat hidayah lagi.

    BalasPadam
  5. xyah gaduh. sdr bob dh jelaskan dlm ceramahnya di bandar permaisuri (kalu x silap sy) ..sila buka youtube. jln cepat melatah dgn media hipokrit negara kita.

    salam.

    BalasPadam
  6. Islam is universal, syumul merangkumi segala aspek termasuk politik. anom first memang bengap byk comment menunjuk'n kejahilan... hahaha

    BalasPadam
  7. Tahniah kpd BL kerana telah sedar drp dunia fantasi dan memilih jalan hidup yg diperintah oleh Allah...jgn dengar cakap golongan jahiliah moden yg tiada pegangan hidup dan jauh menyimpang drp ajaran Islam...Allahuakbar>>

    BalasPadam
  8. Sila lawat blog saya. Ada video terkini penjelasan Bob terhadap isu ini

    BalasPadam
  9. marilah kita sama2 berdoa semoga awie mendapat hidayah sepertimana bob lokman..amin ya allah..

    BalasPadam
  10. Saya cukup sedih dengan komen2 negatif Awie terhadap saudara Bob Lokman kita tu walhal hidup Awie sampai sekarang masih lagi terbelenggu dengan dosa2 maksiat dan meminum arak. Saya memang tidak menafikan perkara itu keran mata saya sendiri yang melihat akan perkara2 sumbang yang beliua lakukan semasa di Pulau Pinang.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.